6 Jenis Susu Tin Di Pasaran?Betul Ke Semua Tu Susu

Hai lemonade 🍋 korang perasan tak susu dalam tin ada banyak variasi? Kebiasaannya semua kita akan panggil as susu pekat kalau susu tu jenis pekat dan susu cair kalau susu tu jenis cair kan. Actually ada beza tau. Korang boleh refer nama setiap susu tin pada labelnya. Kandungan bahan dan cara pemprosesannya yang menyebabkannya berbeza.

Susu Isian Manis (pekat)

- Susu yang telah disejat sebahagian airnya dan ditambah dengan gula yang tinggi. Lemak susu digantikan dengan lemak sayuran. Sesuai untuk dessert, minuman dan sebagainya.

Susu Isian Sejat (cair)

- Susu yang telah disejat sebahagian airnya dan lemak susu digantikan dengan lemak sayuran. Sesuai untuk dessert, kuih muih dan masakan berkuah sebagai pengganti santan

Krimer Manis (pekat)

- Berasaskan gula & Lemak/minyak sayuran. Kandungan utama ialah gula. Sedap digunakan dalam minuman seperti teh tarik, bandung dan sebagainya. Sedap juga dimakan bersama roti putih dan roti canai. Tapi please ya lemonade 🍋 awasi kandungan gula yang sangat tinggi. Sekali sekala should be okay la.

Krimer Sejat (cair)

- Berasaskan lemak/minyak sayuran yang melalui proses pelunturan sehingga warna menjadi putih susu. Sesuai digunakan dalam masakan nasi berperisa, masakan berkuah sebagai pengganti santan, kuih muih dan dessert seperti ABC.

Susu Sejat Penuh Krim (cair)

- Susu yang telah disejat sebahagian airnya. Sesuai untuk dessert atau masakan berkuah.

Susu Pekat Manis Penuh Krim (pekat)

- Susu yang telah disejat airnya dan ditambah dengan gula. Mempunyai kandungan gula sangat tinggi. Sesuai untuk minuman manis seperti teh tarik, pembuatan kek dan sebagainya.

#foodknowledge #infosusutin #lemon8sharing #kitcheninfo

2023/9/26
Cari ·
ice cream malaysia resepi untuk jual