Buku tentang Silat dan Buli | Buku Review

Hi Lemonbabes!

Dah lama saya tak tulis buku review, hari ni saya nak ulaskan tentang satu buku bertajuk Silat Warrior keluaran Bookiut PTS. Buku ni fokusnya lebih kepada silat. Plot nya amat menarik kerana tentang silat dan oenuh dengan pengajaran, jarang sekali saya baca buku macam ni.

Meen merupakan seorang pelajar paling pendiam di SMK Seri Menanti namun jangan fikir sungai yang tenang tiada buaya sebab Meen juga mahir bersilat tapi kerana trauma dia enggan lagi bersilat. Kamarul pula kaki buli di SMK Seri Meranti dan juga merupakan pelajar silat atuk Meen, Abdul Bijo. Kamarul sedaya upaya mahu Meen kembali bersilat dan ingin jadi kawan Meen tapi Meen tolak mentah-mentah. Oleh sebab itu Kamarul lagi giat membuli rakan-rakan lain kerana Meen.

Banyak pengajaran yang boleh dipelajari darioada buku ni. Tentang persahabatan, silat, pembulian, trauma dan macam macam lagi. Sebab tula saya selalu sarankan remaja sekolah untuk baca buku-buku Bookiut ni. Bagus untuk pembacaan dan juga otak.

#Lemon8Diary #booklemon8 #bukureview #bukulokal #bukurekomendasi

Melaka Tengah
2023/12/19
Cari ·
buku skrap sekolah