RUMAH TAK GELAP BILA PASANG GLASS AWNING DI LUAR

Kebanyakan rumah sekarang tidak disertakan awning sekali oleh pemaju. Ini merupakan inisiatif dan usaha sendiri untuk menambah awning pada rumah.

Kalau ikutkan cuaca di Malaysia, awning untuk rumah sebenarnya penting untuk beberapa sebab. Kebanyakan pemilik rumah akan menambah awning untuk berlindung atau berteduh dari hujan dan panas.

Awning rumah penting untuk menjaga harta benda seperti kereta yang diletakkan di anjung rumah, dan juga bagi mereka yang menyidai baju di luar rumah.

Untuk pemasangan awning di rumah sis memilih untuk memasang glass awning daripada tempered glass tanpa tiang. Kenapa pilih glass awning?

Selain dari faktor untuk berlindung dari hujan dan panas, glass awning juga mampu menaikkan seri rumah dan memberi elemen industri dan moden.

Memasang glass awning akan membuatkan pencahayaan di rumah nampak terang dan tidak gelap di bahagian dalam.

Apabila menyidai baju di luar rumah, cahaya matahari masih dapat menembusi kaca dan membuatkan baju cepat kering.

Ketahanan awning rumah jenis gelas ini juga mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Kalau jatuh pun, ia takkan pecah secara berderai kerana mempunyai sokongan polyvinyl butyral (PVB).

Dari segi kalis panas, glass awning ini tidaklah 100% dapat menghalang rasa panas cahaya matahari namun dapat membantu menurunkan suhu rumah.

Cara penjagaan dan selenggaraan glass awning pun sangat mudah. Hanya perlu mengemop dengan sabun dua kali setahun pun sudah memadai untuk membuang lumut pada kaca.

Namun, untuk memasang awning di rumah perlulah mendapatkan kebenaran dari pihak majlis di daerah masing-masing terlebih dahulu. Korang boleh melihat garis panduan secara online dan mengisi borang untuk memohon permit.

Dari segi kos pula glass awning agak mahal sedikit berbanding awning-awning yang lain. Tapi apa-apa pun semuanya bergantung kepada bajet masing-masing. Pada sis, sis memang sangat berpuas hati dengan glass awning ni sebab nampak cantik dan functional. Sis tak suka rumah nampak gelap.

Sis buat glass awning ni dengan Inhome Awning Specialist JB dengan kos sebanyak RM6.4k. Saiz awning adalah 60 sq/ft.

2023/6/29 Diedit kepada
Cari ·
deko ruang tamu memanjang