Cara Jimat Belanja Fikir Luar Kotak

Cara jimat beli telur.

Hello everyone 🍋✨

Kali ni saya nak share dengan korang cara jimat belanja fikir luar kotak suami saya 😅.

Iaitu bela ayam penelur !

Allah sungguh diluar pemikiran saya untuk bela ayam penelur.Mac - July 2023 masa tu memang agak sukar jumpa telur ayam, kalau ada pun harga agak cekik darah.

Selalu menjadi perbualan kami tentang kesukaran mencari telur ayam. Dan dengan harga yang agak tak masuk akal.

Suatu hari suami bawa balik anak ayam penelur baka Lohmann Brown 😮.Memang teekejut beruk saya nak terima kenyataan 😂. Dengan nak bela kat mana, nak bagi makan apa.

Suami amik keputusan bela dalam sangka arnab yang kami kosongkan. Dan cara bela pun boleh dikatakan sangat mudah. Cuma perlu letak air dan makanan. Awal- awal tu kami pasangkan lampu bila malam untuk elak anak ayam kesejukan.

Dan sekarang kami dah boleh kutip telur ayam setiap pagi sebanyak 18 biji . Tak risau dah bab teur ayam . Dan boleh berbahagi kepada jiran jugak. Lepas ni kami plan untuk jual pulak😊, hasil jualan boleh cover untuk beli makanan ayam.

Korang ada ke cerita luar kotak pemikiran korang ? Jom kongsi kat comment .

#tipsjimat #Ayam #lohmannbrown #kampungvibes #Lemon8 #Lemon8Diary #ayamgoreng #idea

2023/12/20
Cari ·
cara nak sembuh resdung