BIJAK BELANJA! KOS MASAK 2 LAUK TAK SAMPAI RM5!

Hi girls.. happy weekend

Harini i nak share dengan korang posting kos memasak super duper jimat poket. Yang i masak ni lauk untuk anak-anak i 3 orang. percaya tak kos dua jenis lauk ni i beli tak sampai RM5.

Ikan i beli ikan mabong super besar dengan harga RM0.66 seekor. Besar betul sampai terkeluar pinggan tu. So i masak 2 ekor je.

Then i masak pula masak lemak labu. Labu i beli sebelah saja dengan harga RM1.24 je. Pair 2 lauk ni memang mengancam habis selera anak.

Portion i masak ni boleh 3-5 orang cuma ikan tu kena tambah lagi la kan. Tapi sayur lemak tu lebih dari cukup. Jom i share breakdown harga lauk ni.

1)Ikan RM0.66sen seekor = RM1.32

2)Labu Separuh = RM1.24

3)Santan sekotak = RM0.90

*Serai

*Halia

*Ikan bilis segenggam

*cili merah

*bebawang

Total kos xtermasuk * = RM3.46 so kita ada baki lagi RM1.54 kalau budget RM5. Andaikan itu kos untuk bahan-bahan lain * sebab guna sikit je kan.

Boleh tgok details harga dekat gambar. Bijak berbelanja bukan saja dapat membantu dalam ringankan beban kita tapi jugak lebih sihat dan bersih dengan masakan dari rumah.

Semoga sharing ni bermanfaat. Follow for more.

#moneymanagement #moneychallenge #bijakberbelanja #carajimat #jimatwang #jimat #lemon8sharing #lemon8tips #lemonlifestyle #tipslemon8

2023/8/19
Cari ·
budget belanja sebulan