Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

Gagal mendapat tajaan, termasuk daripada kerajaan mungkin mencetuskan spekulasi lain.

Tidak terkecuali untuk persembahan Malam Nada Biru di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada awal Mac depan.

Bagaimanapun, kata penerbitnya Mujik Productions menegaskan pemilihan anak Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najwa Mahiaddin, semata-mata kerana bakat.

“Dan mengenai Najwa, apa saya lakukan dalam industri tidak pernah dikaitkan dengan politik.

"Saya pilih Najwa kerana dia pandai tulis lagu dan sebab vokalnya tetapi bukan kerana bapa dia bekas timbalan perdana menteri," kata penerbit dan pemilik produksi Mujik, Atilia Haron ( gambar ).

Atilia, 42, seorang penyanyi jazz, mengakui ada mendekati pihak kementerian bagi tujuan itu tetapi gagal mendapat hasilnya.

“Memang saya ada mendekati kementerian dengan kertas kerja namun mereka menolaknya kerana tiada peruntukan untuk konsert berkenaan.

Malaysiakini cuba mendapatkan reaksi Atilia sekiranya ia melibatkan isu politik kerana membabitkan anak pemimpin kanan negara yang digugurkan jawatan kerana tidak sependapat dalam isu IMDB.

Persembahan Malam Nada Biru akan berlangsung pada 5 dan 6 Mac ini, membariskan Atilia sendiri dan ibunya Salamiah Hassan, Adibah Noor, Julie Sudiro, Datuk Yusni Hamid, Jaclyn Victor dan Dina Nazir.

Lihat Komen
ADS