Nominees

Mr Bashir Auni Bin Md. Akhir

From SK Ayer Hitam

Mr Bashir Auni Bin Md. Akhir's photo

Nominated by Busyra Hayati Binti Md. Akhir

Beliau telah melakar sejarah dalam Malaysia Book of Record sebagai guru yang bertanggungjawab dalam mereka gerak dalam gerak bela diri di SMK Dato' Syed Omar, Alor Setar, Kedah. Semangatnya memartabatkan seni Silat Spelet Tapak Tiga dan Silat Jawa sangat tinggi. Pada beliau, silat bukan sekadar medium mempertahankan diri, tetapi sebagai warisan bangsa yang perlu diangkat dan dipertahankan. KDYM Sultan Kedah telah mencemar duli menyaksikan gerak bela diri yang dianggotai oleh lebih dua ribu peserta. Jiwa guru pada cikgu Bashir terserlah kerana berjaya mengemudi peserta dari pelbagai latar belakang seni mempertahankan diri dengan satu pergerakan bela diri pada 12 Mac 2019 yang lalu. Semangat cikgu menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk fokus dalam apa jua bidang yang diceburi.