Suami kepada penyanyi Elyana, Khairul Anuar Husin,48, menjawab pertanyaan media mengenai kesetiaannya dalam menjaga isteri yang berjuang melawan kanser selama 10 tahun.
Menurut Khairul Anuar, dia sebagai ketua keluarga cuba sebaik mungkin untuk berada di samping isteri tercinta selepas selamat diijab kabulkan sebagai pasangan yang sah walau apa yang terjadi.
“Ia satu situasi yang memang saya kena hadapi. Kita kena fikir bahawa kita sudah berjanji ketika akad nikah untuk menjaganya. Selagi kita mampu, kita jaga.
“Sebab kita bukan sahaja berjanji kepada manusia, tetapi juga pada Allah SWT. Jadi saya cuba tunaikan,” katanya.
IKLAN
Tambahnya lagi, perasaan sayang yang kuat terhadap penyanyi lagu Kalis Rindu itu turut mendorongnya untuk terus harmoni bersama isteri dan anak-anak.
“Mungkin juga kerana saya terlalu menyayanginya. Iyalah sebagaimana orang lain mungkin ada ibu bapa lagi. Saya pula sebaliknya. Hanya tinggal dia dah anak. Hanya mereka yang saya ada untuk jaga. Jadi cubalah untuk menjaga mereka dengan baik,” katanya lagi.
IKLAN
Terdahulu, Elyana,34, memaklumkan berita gembira apabila apabila penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya telah hilang.
Menerusi laman sosial Instagram, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, memuat naik sekeping foto dan video hasil imbasan badannya bersama doktor untuk tatapan umum pada 8 Disember lalu.
IKLAN
Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar pada tahun 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata Cinta Sumayyah, 12, dan seorang anak angkat iaitu Ramadhani yang kini berusia tiga tahun.
Niat asal yang sekadar membantu suami akhirnya membenihkan rasa cinta buat pemilik empayar perniagaan King Laksa Sarawak, Nur Alya Mona Jikim, 38, untuk serius membina masa depan dalam dunia makanan dan minuman (F&B).
Malah dengan minat dan kesungguhan yang ada, anak jati Sarawak ini enggan menoleh ke belakang dalam mengangkat jenama makanan berkenaan yang diusahakan sejak tahun 2017.
Malah hingga kini, jenama makanan popular di bumi Kenyalang berdaftar di bawah Rizalya Sdn Bhd itu sudah mempunyai dua cawangan restoran di Kota Samarahan dan ICOM Square.
Malah ia turut menjadi bualan hangat ramai sekaligus mencetuskan viral selain menjadi pilihan selebriti seperti Ella, Alyah, Ernie Zakri, Sweet Qismina, Adam Lee, Daler Yusuf, Yana Samsudin, Mas Idayu dan ramai lagi.
“Insya-Allah cawangan ketiga akan dibuka Januari tahun depan di Metro City, Matang, Kuching.
“Malah sebelum itu, kami bangkit di era pandemik COVID-19 dengan penuh optimis membuka cawangan kedua di ICOM Square. Permintaan dan peningkatan jualan juga mendadak naik ketika itu.
“Insya-Allah fokus lima hingga 10 tahun ke depan lagi, kami bercadang membuka beberapa lagi cawangan di bandar besar di sini. Setiap cawangan juga disasarkan mendapatkan keuntungan RM4 juta setahun,” kata isteri kepada Rizal Jamali ini.
Bertindak sebagai pengarah dan isteri pengasas jenama itu, Nur Alya Mona bercadang meneroka peluang dengan melebarkan francais atau perlesenan bagi penambahan cawangan di Sarawak.
“Lima tahun mendatang juga, kami bercita-cita membuka cawangan di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Berkemungkinan awal tahun 2024, kami jangka akan buka cawangan di Bangsar. Insya-Allah dalam masa sama mengintai peluang untuk membuka cawangan di luar negara.
“Malah dalam masa sama, kami mahu terus memberikan perkhidmatan dan layanan terbaik kepada pelanggan tercinta menerusi motto Positive Customer Experience Journey.
“Ia termasuk menyediakan manual operasi perniagaan bagi pasukan kerja dan pengurusan menjalankan aktiviti harian membabitkan pelanggan termasuk maklum balas sebarang ketidak puasan hati pihak mereka.
“Tentunya, visi kami sendiri adalah memasak dan menghidangkan makanan berkualiti tanpa kompromi kepada pelanggan. Misi saya juga mahu mengangkat menu dan masakan kebanggaan Sarawak ini ke mata dunia,” kata ibu kepada dua cahaya mata ini.
Mengintai kembara perjalanannya sebelum menumpukan perhatian di dalam bisnes F&B, Nur Alya Mona pernah menimba pengalaman kerja dalam pelbagai bidang seperti koordinator projek Teknologi Maklumat, penasihat hutang peribadi, kerani dan pengurus perniagaan.
“Tapi akhirnya dunia perniagaan F&B yang menjadi pujaan hati. Saya menceburi perniagaan ini juga dengan 1001 ujian dan cabaran.
“Saya juga memulakan perniagaan ini dengan mendapat bimbingan syarikat RichWorks kendalian Datuk Wira Azizan Osman. Demi ilmu dan keinginan untuk menyertai kelas dianjurkannya, saya nekad menggadaikan gelang emas pertama berharga RM5,000.
“Dengan bimbingan itu jugalah saya dapat menjalankan perniagaan dengan betul dan mempunyai hala tuju yang jelas tentang perniagaan saya.
“Saya akur berniaga ini tak boleh semberono. Kena ada ilmu. Saya kini bersyukur menguruskan 52 staf selain memiliki kilang dan ibu pejabat.
“Kepakaran kami tentunya menyediakan Laksa Sarawak dengan udang bersaiz besar, isi yang sangat manis, kuah pekat dan likat. Tak ketinggalan pes sambal King Laksa juga menjadi kegilaan ramai.
“Keuntungan jualan juga ketara bermula hanya dari RM373,351 pada 2017 hingga angka 7 juta pada tahun ini.
“Saya juga buka peluang pekerjaan bagi mereka yang memerlukan dengan bimbingan yang kuat daripada kumpulan kami” kata penerima Anugerah Top SME CEO dan Top 500 Trust Brand Award, Majlis Tindakan Pengguna Negara pada tahun ini lagi.
Terdahulu, Alya Mona juga yang pernah memenangi kategori Promising Brand Food & Beverage, Bumiputera Business Excellent Business.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Cantiknya Elizad bertudung bawal. Menerusi entri terbaharu, pelakon jelita ini berkongsi kisah gaya lipatan tudung bawal yang paling indah di mata ‘suami’, Ungku Ismail.
Difahamkan, keduanya sedang menjalani penggambaran sebuah drama televisyen.
“X faham betullah , ? byk2 cara pemakaian tudung bawal , Zaril Ikhwan kata dia suka isteri dia Nia Athirah pakai mcm ni.”
Pelakon berusia 35 tahun ini berkongsi hasil kreatif di entri berikutnya dan meminta pendapat netizen.
“Puas pk , heloookkk keee kelepettt cenggini ?? ? Tak paham dgn Zaril Ikhwan ni , dia kate ni lahhh cara yg palinggg helokkk memBAWAL . Tak tau Nia Athirah patut stress atau pun idokkkk . ? Korang gaserrrr ???” tulisnya yang bakal muncul bersama dalam drama Aku Yang Kau Tinggalkan.
Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, malah Datuk Seri Siti Nurhaliza turut beranikan diri, mampu juga menjadi seorang penyampai berita.
Perkara itu dikongsikan TokTi di Instagramnya.
“Bila saya membaca berita.. Harini Lupa pakai lens power .. mata dah rabun , inilah jadinya.. nasib baik rakaman.. kalaulah live jadi macam ni nayaaaaa,” tulisnya.
Video tersebut melihatkan Tokti mengenakan baju berwarna hitam dan tudung pastel dengan intonasi sebagai seorang penyampai berita.
Lalu, netizen memuji kebolehan penyanyi lagu Anta Permana ini menyampaikan berita menerusi Komuniti Awani di saluran 501, Astro Awani.
Sehingga kini video tersebut telah mendapat hampir satu juta tontonan.
Terdahulu, barisan selebriti seperti Misha Omar, Adibah Noor, Noorkhiriah dan Hafiz Shuip turut dijemput sebagai penyampai berita untuk program berkenaan.
Video : Instagram CTDK
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman yang telah sah bergelar isteri kepada pereka fesyen, Emran Rijal, pada Jumaat memberikan reaksi terhadap persembahan penyanyi Aina Abdul pada majlis...