Personaliti media sosial, Kak Girl atau nama sebenar Nur Amira Maslan, 32, mengesahkan dirinya sudah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Johor Bahru, Ahad lalu, lapor mStar.
Wanita yang popular menerusi video parodi lip sync ini memaklumkan, dia dan bekas suami, Mohd Hafizi Marzuki memilih untuk berpisah kerana tiada persefahaman dalam hubungan.
“Hubungan kami memang ada masalah sejak beberapa bulan lalu, tapi akhirnya kami terpaksa mengambil keputusan untuk bercerai.
“Puncanya kerana sudah tiada persefahaman dan ada masalah komunikasi antara kami. Hubungan mula jadi renggang kerana jarang berjumpa, dia kerja di Singapura dan saya pula berulang alik Kuala Lumpur dan Johor.
“Macam-macam usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan rumah tangga ini, namun tidak berhasil dan akhirnya kami bercerai secara baik, tiada bergaduh atau benci,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, dia juga menolak kemungkinan populariti yang diraih menjadi punca perceraian.
“Kalau orang kata sebab dah semakin popular membuatkan hubungan kami mula dingin, itu adalah tidak benar.
“Sebelum saya dikenali lagi memang hubungan kami dah ada masalah. Tapi kami cuba sembunyikan dalam usaha memperbaiki hubungan.
“Memang orang nampak kami sentiasa senyum, ketawa, tetapi apa yang berlaku di sebalik kehidupan kita tiada siapa tahu. Saya pula bukan jenis yang suka berkongsi kesedihan di media sosial,” jelasnya lagi.
Pasangan ini berkahwin pada 20 Februari 2015 dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Foto/Sumber: Mstar/Instagram Kak Girl
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Macam Raya Je Kata Dorang,” – Yatt Hamzah Akui Anak Seronok PKPB
Pelakon, Yatt Hamzah ada berkongsi cerita perihal anaknya menerusi akaun Instagram.
Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah memberitahu, anak-anaknya berasa gembira untuk menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di rumah.
Pada masa sama, Yatt juga memaklumkan sudah bersedia menjalankan tugas sebagai seorang ibu sepanjang tempoh PKPB dilaksanakan.
“We are ready for PKPB tomorrow? Are you ready? (Maka mak2 pun dah standby dg senduk dan resepi2 dr YouTube utk masak dan rotan dan cili utk anak msg2). Ada siapa2 nak tambah apa2??
“Anak2 Bonda 4 ketol dah kemain seronok nak PKPB esok. Mcm raya je kata dorang..Ahahaha.. Tah apa yg seronok tah.
“Tak tahu Bonda dorang dah gigil ni nak sambut PKPB esok..,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by BONDA of 5, 4 here 1 in HEAVEN (@yatthamzah_suci) on
Sekadar informasi, PKPB di seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya telah berkuatkuasa mulai 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020.
Foto: Instagram Yatt Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Allahyarhamah Tempah Hampir 50 Pasang Baju Untuk…,”- Rizman Ruzaini Kongsi Kisah Sama Arwah Faziani Rohban
Beberapa minggu sebelum sambutan Syawal, pengasas produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad telah kembali ke rahmatullah selepas terlibat sebuah kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand.
Kejadian sedih itu berlaku pada 18 Mei lalu.
Lalu menerusi akaun Instagram pereka fesyen, Rizman Ruzaini ada berkongsi kenangan bersama dengan arwah Faziani yang turut mempunyai hubungan rapat dengan orang industri seni.
“Sekalung Takziah kepada keluarga kak @faziani_rohban . Allahyarhamah menempah hampir 50 pasang baju untuk beliau dan keluarga serta saudara mara.
“Kak Faziani juga merupakan mereka yang sentiasa menyokong #rizmanruzaini bertahun2 lamanya. Setiap kali raya, pasti mereka akan mengayakan rekaan kami.
“Terima kasih.. Semoga roh akak dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al- Fatihah, ” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on
Pada masa sama, netizen turut sama menitipkan kata-kata doa dan ucapan takziah kepada keluarga arwah.
MH mendoakan semoga keluarga Allahyarhzam terus cekal dan tabah dalam menghadapi ujian hidup, salam takziah dan al-Fatihah.
View this post on InstagramA post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on
Foto : Instagram Rizman Ruzaini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Telah Dianiaya Orang Yang Rapat…,” – Didakwa Menipu Ketika Jadi Penganjur Sebuah Konsert Artis Tempatan, Ini Penjelasan CEO PRIHATIN
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Datuk Mohd Aizuddin Ghazali menafikan pihaknya telah menipu dan tidak telus ketika menjadi penganjur untuk sebuah konsert artis tempatan sehingga artis berkenaan dikatakan menanggung kerugian besar.
Menurut Aizuddin, pertemuan secara empat mata telah diadakan bersama pihak artis tersebut bagi menyelesaikan isu yang berbangkit.
“Sebelum ini, kita ada mengadakan satu penganjuran konsert berskala besar. Namun, pihak artis dikatakan tidak mendapat penjelasan mengenai apa yang berlaku.
“Jadi, saya panggil pihak tersebut dan berjumpa. Pertemuan tersebut dihadiri oleh pihak saya dan pengurusan artis berkenaan.
“Artis tersebut juga membawa peguam untuk mendapatkan gambaran jelas,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Aizuddin menjelaskan artis tersebut sebenarnya dipercayai telah dianiaya oleh orang terdekat, membabitkan ‘team’ pengurusannya sendiri.
“Namun, selepas kami memberikan gambaran sebenar, barulah artis itu tahu yang dia telah dianiaya oleh satu pihak lagi.
“Malah, pihak tersebut juga merupakan orang yang rapat dengan artis tersebut. Ketika dipihak saya, individu itu menceritakan satu hal yang lain.
“Manakala di pihak artis pula, dia memburukkan lagi keadaan. Bila kami berikan penjelasan, barulah ada penyesalan daripada pihak artis.
“Mereka akui telah berlaku salah faham. Namun, saya tidak menganggap ini sebagai satu isu. Lagipun, ini bukan kali pertama saya bekerjasama dengan artis,” ulasnya lagi.
Aizuddin berkata sedemikian ketika ditemui di Majlis Iftar & Penyampaian Sumbangan Nurjiwa Perihatin di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Selasa.
Katanya lagi, masalah seperti ini juga yang membuatkan dirinya berasa agak susah untuk bekerjasama dengan artis tempatan.
“Masalah ini berlaku kerana kita menggunakan platform pihak ketiga iaitu pengurusan artis.
“Mungkin sebab ini juga ramai yang mempersoalkan mengapa saya sering bekerjasama dengan artis luar.
“Saya bukan tak mahu bekerjasama dengan artis tempatan cuma ada segelintir artis yang mempunyai pengurusan yang tidak betul.
“Itu yang menyebabkan berlaku salah faham. Bila kami tunjukkan dokumentasi, barulah isu ini jelas,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Aizuddin memaklumkan ia telah pun selesai dan hubungannya bersama artis berkaan masih baik.
“Pada saya, untuk menjadi artis yang berjaya, mereka kena ada pihak pengurusan yang kuat. Saya kesiankan artis itu dan saya tak salahkan dia.
“Bila saya bercerita elok-elok, dia pun faham. Dia ada bakat dan vokalnya bagus tapi bila diberikan sepenuh kepercayaan, pihak pengurusan ambil kesempatan pula.
“Masalah ini sudah selesai dan hubungan saya dengan artis tersebut sangat baik,” akhirinya.
Bercakap mengenai kerjasama dengan Yayasan Nurjiwa, Aizuddin akui kagum dengan semangat penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mahu menyantuni golongan tidak bernasib baik di bulan Ramadan ini.
Malah dia juga menyokong usaha Siti yang mahu membalas jasa pihak media yang menjadi tulang belakang sepanjang bergelar anak seni.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI