Naik Menara Taming Sari percuma 20 Februari 2024

Masa Membaca:54 Saat

BANDA HILIR 23 Disember – Rakyat Melaka dan pelancong berpeluang menaiki Menara Taming Sari secara percuma pada 20 Februari tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Bhd Azlan Abidin berkata, tawaran istimewa itu adalah bersempena Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Malaysia yang juga merupakan cuti umum baharu bagi Negeri Melaka.

Menurut beliau, tawaran tersebut sah sepanjang hari pada tarikh berkenaan dan disasarkan seramai 3,500 pengunjung bakal menikmati perkhidmatan itu.

“Tawaran istimewa ini diberikan bagi menyahut saranan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang mewartakan 20 Februari sebagai cuti umum bagi Negeri Melaka.

“Ia juga merupakan tanda terima kasih kami kepada pengunjung yang telah banyak memberikan sokongan sepanjang 14 tahun Menara Taming Sari beroperasi.

“Pada tarikh itu, kita tidak akan menetapkan sebarang kuota dan ia boleh dinikmati semua tidak kiralah rakyat Melaka atau pelancong dari dalam dan luar negara dari pagi hinggalah malam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini pada Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Tower Hunt Menara Taming Sari 2023 di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

10310
Kongsi :
Previous post Tower Hunt TMM2024 bakal libatkan 4 menara
Next post Pameran sejarah selama sebulan di Melaka
Ubah saiz-+=