Foto

Sesi Dialog bersama Warga Felda Lepar Utara

Sesi Dialog bersama Warga Felda Lepar Utara

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bersama-sama warga Felda Lepar Utara dalam sesi dialog berhubung inisiatif Bajet 2022 yang telah diumumkan oleh Kerajaan.

Antaranya adalah inisiatif Semarak Niaga Keluarga Malaysia yang memfokuskan kepada pembangunan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS).

Pelbagai kemudahan pembiayaan dan bantuan bayaran balik pinjaman disediakan terutamanya dalam fasa pemulihan pasca pandemik ini. Beliau berhasrat supaya inisiatif sebegini dimanfaatkan oleh warga peniaga dan usahawan Felda Lepar Utara.

Bagi beliau, orang ramai mestilah menggunakan peluang tersebut untuk meningkatkan taraf perniagaan seterusnya ekonomi setempat. Semoga kita dapat membangunkan kembali komuniti peniaga dan usahawan ke arah lebih berdaya saing.

Arkib Foto

Logo Accessibility