Foto

Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur

Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menunaikan Solat Sunat Aidilfitri bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, rakan-rakan Kabinet dan #KeluargaMalaysia di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.

Khutbah Aidilfitri tahun ini berkisar mengenai ‘Kemenangan Menuju Keredhaan’. Sesungguhnya, Aidilfitri adalah satu kemenangan. Kemenangan umat Islam setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadan. Dan sebaik-baiknya, kemenangan ini kita sambut dengan merapatkan ukhuwah sesama umat dengan aktiviti ziarah.

Syukur ke hadrat Ilahi, selepas 2 tahun menyambut Aidilfitri dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dengan keredhaan yang tinggi, akhirnya tahun ini kita diberkati dengan nikmat menyambut dengan lebih kebersamaan dan intim bersama keluarga dan sahabat handai.

Beliau juga mengajak orang ramai untuk memanjatkan setinggi kesyukuran atas nikmat ini dengan terus mempraktikkan kawalan kendiri mengikut keperluan seperti yang dinasihatkan.

Dengan berkat doa berterusan #KeluargaMalaysia dan disiplin kawalan kendiri, kemenangan kita melawan COVID-19 akan tercapai.

Arkib Foto

Logo Accessibility