suria

Ngeri! Jenayah culik berleluasa, anggota badan 'dicacatkan' demi wang tebusan

Pemeriksaan keselamatan yang dijalankan anggota keselamatan Ecuador.

SANGAT mengerikan!

Jenayah telah berubah menjadi sadis di Ecuador, di mana penculik kini kerap memotong jari mangsa mereka dan menghantar imej untuk menekan saudara-mara membayar wang tebusan yang lebih tinggi.

Selama beberapa dekad, Ecuador telah menjadi tempat yang berbahaya.

Tetapi hari ini, ia semakin menyerupai Peru dan Colombia yang berdekatan, dua pengeluar besar kokain dengan sejarah jenayah yang ganas.

Pada Mac, isteri seorang ahli perniagaan di bandar pelabuhan Guayaquil menerima imej seseorang memotong dua jari dari tangan kiri suaminya, mengancam untuk mencacatkannya lagi melainkan mereka dibayar $100,000. (RM460,000)

Pada penghujung tahun 2022, polis mengeluarkan gambar seorang anggota tentera laut Chile yang telah dipotong dua jari ketika diculik semasa dia berada di negara itu melawat teman wanita.

Media sosial kecoh seketika pada April apabila x-ray tangan tanpa jari tersebar.

Imej itu adalah milik seorang pendatang Ecuador ke Amerika Syarikat yang terperangkap dalam penculikan semasa bercuti.

Bagi lima bulan pertama tahun ini, laporan penculikan meningkat tiga kali ganda kepada 189 kes berbanding tempoh sama pada 2022, apabila 60 kes direkodkan.

Bagaimanapun, jumlah itu dipercayai masih kurang berbanding angka sebenar dilaporkan. - South China Morning Post

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain