suria

Kerja individu ‘sangap’! Wanita menggigil jumpa kamera pada pelekat ‘flush rosak’ di tandas stesen minyak

Kamera tersembunyi diletakkan dalam tandas awam oleh pihak tidak bertanggungjawab. -Gambar hiasan

TANDAS awam sering menjadi sasaran individu tidak bertanggungjawab yang gemar menyalahgunakan kemudahan itu untuk kepentingan atau kepuasan diri sendiri.

Selain dimasuki penceroboh yang disifatkan sebagai gila seks, ia juga dijadikan 'port' rakaman video atau gambar untuk kandungan berunsurkan pornografi.

Dalam kejadian terbaharu, seorang wanita berkongsi detik cemas apabila dia mendakwa menemukan kamera tersembunyi yang diletakkan di bahagian 'flush' di tandas sebuah stesen minyak di Danau Kota, Kuala Lumpur.

Perkongsian seorang pelayar X tentang kamera tersembunyi di stesyen minyak.

Perkongsian seorang pelayar X tentang kamera tersembunyi di stesen minyak.

Dia menyedari perkara tersebut selepas ternampak pantulan kecil pada pita pelekat berwarna hitam yang ditampal di bahagian itu.

Pita pelekat tersebut tertera ayat 'flush rosak'.

"Saya ternampak tanda 'flush rosak' yang ditampal guna tape hitam, kemudian nak keluar la... tapi terdetik untuk tengok balik sebab nampak macam ada pantulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kejar lelaki gila seks, rakam aksi tengah kencing! Suspek sempat padam tapi kantoi dalam folder ‘trash’

ARTIKEL BERKAITAN: Tengah leka ‘lepas hajat’ dalam tandas R&R, pemuda terkejut ada orang rakam dari bawah – “Lelaki berak pun kau bernafsu”

"Like a small reflection pada area tape hitam tu. Terus sentuh dan rasa macam ada benda.

"Terus cabut, tengok-tengok ada kamera... s***n tu lekat pada tempat flush jamban cangkung," ujarnya.

Apa yang dilihat itu membuatkan dia diselubungi pelbagai perasaan dan terus menggigil.

Apalah yang orang macam ni sangapkan dengan imej atau video tengah berak dan kencing?

WARGA MAYA

Susulan penemuan itu, dia terus memanggil suaminya dan seterusnya membuat laporan polis.

Malah katanya, laporan polis terpaksa dibuat pada tengah malam itu juga disebabkan tindakan individu yang tidak bermoral.

Pada masa sama, dia menasihati golongan wanita supaya lebih berhati-hati dan sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling terutama jika menggunakan tandas awam mahupun di stesen minyak.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Kisahnya itu dikongsikan seorang pelayar X yang turut meminta masyarakat sentiasa peka dengan persekitaran.

"Apabila dunia makin bahaya, manusia harus makin peka dengan persekitaran... pesanan khidmat masyarakat," ciapnya ringkas.

Rata-rata pengikutnya meluahkan rasa bimbang dengan situasi yang berlaku malah ada yang menyatakan perkara sama berlaku pada kaum lelaki.

"Sekarang ni nak berak dengan tenang pun tak selamat, baik lelaki ataupun perempuan... tandas mana-mana pun sama.

"Apalah yang orang macam ni sangapkan dengan imej atau video tengah berak dan kencing? Jijik betul.

"Ya Allah tak selamat dah kat hotel pun," luah beberapa warga maya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain