suria

Pelajar perempuan tingkatan 2 buang bayi bertali pusat di maahad tahfiz!

WhatsApp Image 2024-01-08 at 7.51.19 AM

SEORANG remaja lelaki dan perempuan yang masing-masing berusia 17 dan 14 tahun ditahan polis kerana disyaki membuang bayi di Pusat Pengajian Islam Nur As-Salam, Kampung Bukit, Sungai Nor, Rantau Panjang di Selama, Perak pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Selama Supt Sarudin Samah berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki bahawa dia menemukan seorang bayi perempuan di dalam kotak, yang diletakkan di pusat pengajian Islam itu kira-kira pukul 7.28 pagi Ahad.

Bayi dipercayai baru dilahirkan itu ditemukan dalam keadaan masih bersama uri dan tali pusat yang kemudiannya dibawa ke Hospital Selama oleh pengadu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Hasil siasatan, pihak polis berjaya membuat tangkapan terhadap suspek seorang lelaki berumur 17 tahun yang dipercayai terlibat membuang bayi berkenaan, serta perempuan berumur 14 tahun yang masih dalam rawatan pihak hospital.

“Kedua-duanya merupakan pelajar sekolah. Kes telah selesai dengan tangkapan kedua-dua suspek tersebut,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain