suria

Beli nasi lemak, telur rebus ‘auto ghaib’ jika tambah lauk lain! Pelanggan rasa tak adil, tuntut penjelasan peniaga

Sesetengah peniaga tidak meletakkan telur rebus apabila pelanggan menambah lauk lain. -Gambar hiasan

NASI lemak merupakan menu sarapan pagi yang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia.

Meskipun sering dinikmati, mungkin ramai dalam kalangan kita masih belum tahu bahawa 'anatomi' untuk sebungkus atau sepinggan nasi lemak yang sempurna 'wajib' mempunyai sambal, ikan bilis, timun, kacang dan telur rebus.

Bagaimanapun, terpulang kepada para peniaga untuk menetapkan harga serta kuantiti bahan berkenaan selepas mengambil kira kos yang dikeluarkan mereka.

Yang penting kesemua bahan asas tersebut mestilah terkandung dalam sebungkus nasi lemak yang dijual.

Tular satu hantaran di laman sosial di mana seorang individu membangkitkan persoalan mengapa ada peniaga tidak meletakkan telur rebus walaupun ia merupakan salah satu bahan asas dalam nasi lemak.

Pumpkin recipe shoot.

Hidangan untuk sebungkus atau sepinggan nasi lemak yang sempurna 'wajib' mempunyai sambal, ikan bilis, timun, kacang dan telur rebus. -Gambar Raymond Ooi/The Star

"Ingin mohon pencerahan daripada para peniaga nasi lemak. Memang prosedur jualan kalau (beli) nasi lemak telur mata, tak ada (letak) rebus yang potong empat atau potong lapan tu ye?

"Saya rasa kurang adil kepada kami para pembeli. Rasanya harga yang peniaga caj termasuk sekali dengan telur rebus.

"Saya suka nak bagi kredit kepada gerai yang jual nasi lemak telur mata, mereka masih tetap sertakan dengan telur rebus," tulisnya pada hantaran di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tak terkejut lelaki beli nasi lemak tepi jalan RM40, cedok macam-macam lauk... Siap tolong buat kira-kira semula, harga logik!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan merungut tak kenyang makan nasi lemak bungkus RM1, tuduh peniaga nak cepat kaya... “Ikan bilis seekor belah empat”

Menurut individu tersebut, tujuannya hanya mahu mendapatkan pencerahan kerana menganggap mungkin ada peniaga yang terlepas pandang akan telur rebus apabila pelanggan membeli lauk tambahan.

"Isu ni kecil saja sebenarnya. Tapi nak tahu juga apa pendapat mereka yang ahli serta bijak pandai agama berkenaan hukum dalam agama," tulisnya lagi.

Sekarang jarang sekali yang cukup 'rukun'. Buat peniaga yang jujur tetap menyediakan sebungkus nasi lemak yang lengkap, semoga rezeki kalian diberkati Allah.

NETIZEN

Hantaran individu tersebut menjadi tular dan dikongsikan di beberapa laman Facebook sehingga meraih ribuan komen.

Rata-ratanya bersetuju dengan luahan individu berkenaan malah turut berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah berdepan dengan ragam peniaga nasi lemak.

"Kalau berniaga nasi lemak wajib tahu basicnya. Kalau customer minta lauk tambahan, telur rebus wajib letak juga. Bukannya kalau customer minta telur mata, kamu simpan telur rebus. Sekadar ingatkan sebab ada peniaga 'buat muka' bila kita tanya.

WhatsApp Image 2023-08-11 at 8.54.09 AM (1)

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Samalah pernah kena. Beli nasi lemak tambah ayam, balik tengok telur hilang. Nasi caj RM4, ayam RM3 dan bayar RM7. Kalau beli nasi lemak biasa RM4 ada pula telur rebus separuh. Potong selera rasanya.

"Sekarang jarang sekali yang cukup 'rukun'. Buat peniaga yang jujur tetap menyediakan sebungkus nasi lemak yang lengkap, semoga rezeki kalian diberkati Allah," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain