suria

Pembuat kek ‘disekolahkan’ rakan-rakan peniaga sebab ikut kehendak pelik pelanggan! Rupanya permintaan asal lebih ‘ekstrem’

Kek fondant yang dihasilkannya mendapat perhatian warga maya selepas dimuatnaik di media sosial.

SETIAP orang pasti mempunyai cara tersendiri untuk membahagiakan pasangan.

Ada yang gemar memberikan kejutan, tidak kurang pula yang memilih hadiah sebagai tanda penghargaan.

Menerusi perkongsian seorang pelayar di Facebook, dia memberitahu pelanggannya meminta menghasilkan kek istimewa bagi menyambut hari kelahiran insan tersayang.

Turut berkongsi gambar kek yang telah dihasilkan, dia kemudian bertanyakan pendapat warga maya tentang harga yang diletakkan.

Antara kek pelik yang dihasilkannya.

Antara kek bentuk pelik yang dihasilkannya.

“Nak Tanya pendapat GHR (geng hero dapur) biasa kek fondant macam ni area kamu ambil berapa?

“Saya tersilap bagi harga... entah macam mana boleh terlepas bagi harga RM200. Saiz kek ni besar, rezeki pelanggan,” ujarnya.

Namun perkongsian yang dibuat bertujuan untuk mendapatkan pandangan tentang harga kek itu dibanjiri dengan ‘nasihat’ daripada warga maya yang kebanyakannya turut menjalankan bisnes sama.

“Sebenarnya tak elok buat makanan bentuk-bentuk yang dikategorikan macam 'kotor' walaupun cantik macam mana pun. Kita orang Islam, perlu hormat makanan kita. Maaf ya... puan bagi murah, anggaplah sebagai pengajaran supaya lepas ni jangan ambil order bentuk-bentuk yang tak elok.

ARTIKEL BERKAITAN: Kek premium, harga psiko! Lulusan universiti ‘redah’ buka gerai ala bakeri di tepi jalan... lebih 50 kek ‘licin’ tak sampai setengah hari

ARTIKEL BERKAITAN: Ralit baca karangan, ramai terpesona tengok tulisan atas kek... Tak perlu cari kad ucapan, ‘baker’ ini boleh selesaikan!

“Jangan normalisasi atau menyokong permintaan kek pornografi macam ni, sekali pun yang minta dibuatkan tu non Muslim.

“Bentuk kek pun macam tu mungkin sebab itulah ditakdirkan tersalah bagi harga... lain kali jangan sokong rekaan kek macam ni lagi ya,” ujar beberapa warga maya.

Bagaimanapun, terdapat beberapa individu lagi yang menyatakan pandangan bahawa harga yang ditawarkan kepada pelanggan itu adalah murah selain menyifatkan ia adalah rezekinya.

“Macam ni punya cantik dan kemas harga murah, confirm selepas ini dia cari awak lagi... terpaksa berterus terang.

Masa tanya harga, saya terus jawab RM200... semasa tengah siapkan kek dia barulah saya tersedar yang tersalah bagi harga.

SYAZA LIYANA

“Saya biasa order kek fondant dulu RM200, harga beberapa tahun dulu. Zaman ni, tak jumpa kek besar fully fondant harga macam tu,” ujar beberapa netizen lagi.

Berkongsi kisah dengan mStar, pembuat kek berkenaan, Syaza Liyana berkata, dia sering menerima tempahan kek berbentuk pelik daripada pelanggan.

“Saya memang ada dua, tiga pelanggan yang akan minta buatkan kek pelik.

“Yang ini untuk suka-suka dia saja... pelanggan mungkin nak bagi pada isteri dia. Kalau ikutkan permintaan dia lagi ekstrem,” katanya.

Rakannya yang baru memeluk agama Islam dan berkahwin dengan jejaka dari Arab Saudi.

Rakannya yang baru memeluk agama Islam dan berkahwin dengan jejaka dari Arab Saudi.

Mengakui tersalah meletakkan harga, dia berkata ketika perbincangan dengan pelanggan tersebut situasi agak kelam kabut.

Mesra disapa Nana, katanya, pada masa itu dia perlu menguruskan majlis perkahwinan rakan yang baru sahaja memeluk Islam.

“Kawan saya India Muslim... dia bersanding pada 28 Oktober dan sudah tempah awal untuk doorgift, kemudian pada 20 hari bulan, ayahnya meninggal dunia.

“Dia dah serabut nak uruskan majlis selain tak berapa faham tentang cara Muslim berkahwin. Pada masa sama pakej pelamin yang diambil tiba-tiba batal saat akhir kerana sakit.

Nana memastikan hasil kerja kek fondant adalah kemas dan berkualiti.

Nana memastikan hasil kerja kek fondant kemas dan berkualiti.

“Jadi saya tolong carikan pelamin nikah, khemah dalam masa yang terhad... nak siapkan doorgift dia, pelanggan lain,” ceritanya.

Bukan itu sahaja, wanita berusia 34 tahun dari Johor Bahru, Johor ini turut menerima tempahan saat akhir daripada seorang rakan yang memintanya menyediakan kek kahwin dan kek batik.

Meskipun sibuk dengan tempahan yang lain, dia tetap mengambilnya kerana rakan tersebut adalah kenalan sejak kecil.

“Kemudian, pelanggan yang tempah kek pelik ni hubungi nak buat tempahan. Dia malu nak cakap tentang bentuk kek pada awalnya, kemudian terus WhatsApp cakap nak tempah kek t***k.

“Saya memang terkejut dengan permintaan dia, tapi dia tukar pula kepada kek panties (seperti dalam gambar).

“Masa tanya harga, saya terus jawab RM200... semasa tengah siapkan kek dia barulah saya tersedar yang tersalah bagi harga,” luahnya lagi.

Namun begitu, Nana enggan menukar harga atau mengenakan caj tambahan sebaliknya menganggap ia adalah rezeki pelanggannya itu.

Malah pelanggan itu turut mengakui berpuas hati serta suka dengan kek yang dihasilkan.

Berpangkalan di Melati 5, Jalan Tampoi Johor Bahru, dia yang berpengalaman hampir 11 tahun dalam penghasilan kek memaklumkan bayaran kek tersebut hanya sekadar memberi pulangan modal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain