suria

‘Sumpahan Jerunei’ buat Bront Palarae tak fikir panjang, genre seram tapi sarat adat dan budaya

Bront harungi cabaran di tengah hutan untuk bawa watak Doktor Sani.

KEUNIKAN kaum Melanau di Sarawak membuatkan pelakon Bront Palarae tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran berlakon dalam filem genre seram berjudul Sumpahan Jerunei.

Bront atau Nasrul Suhaimin Saifuddin, 44, berkata, selain tertarik dengan jalan cerita diketengahkan, aspek adat dan budaya masyarakat Melanau yang diangkat dalam filem tersebut membuatkan dia kagum.

"Saya ditawarkan penerbit, Datin Wendy Wong dan Datuk Nancie Foo untuk membintangi berlakon dalam filem ini pada Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa Asean (AIFFA) pada 2019.

"Saya menerima tawarannya untuk berlakon dalam filem Sumpahan Jerunei kerana tertarik dengan elemen pengembaraan dan nilai budaya yang diketengahkan dalam naskhah ini," katanya.

120b2c80-7832-4e4f-aa13-e36bc2a758cf

Nancie (kanan) dan Wendy selaku penerbit filem Sumpahan Jerunei.

Sumpahan Jerunei adalah terbitan Produksi Seni 2020 turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Uqasha Senrose, Daiyan Trisha, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Tony Eusoff, Ruminah Sidek, Yuyun Hikmah dan ramai lagi.

Ia bakal menemui penonton di pawagam bermula 27 Julai ini.

Dalam pada itu, Bront berkata, meskipun filem ini mengangkat genre seram namun terdapat pelbagai babak menarik yang boleh memberi pengalaman menyeronokkan kepada penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Sumpahan Jerunei’ angkat misteri adat pengebumian, sejarah budaya kaum Melanau

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose tak berani keluar rumah tanpa teman, Kamal Adli pula murung selepas insiden diserang

Namun katanya, Sumpahan Jerunei turut memiliki kekuatan dan mesej berguna kepada penonton.

"Secara peribadi, saya rasa filem ini berpotensi menjadi bahan hiburan santai dengan cerita yang segar.

"Aspek budaya yang diketengahkan juga sedikit sebanyak menjadi nilai tambah yang menarik buat filem ini," ujarnya.

Bercakap mengenai wataknya sebagai Dr Sani yang bertugas di Jabatan Muzium di Kuching, Sarawak, Bront berkata, cabaran dihadapi dari segi aspek logistik kerana banyak babak dan lokasi membabitkan penggambaran dalam hutan.

Secara peribadi, saya rasa filem ini berpotensi menjadi bahan hiburan santai dengan cerita yang segar.

BRONT PALARAE

PELAKON

Tidak cukup dengan itu, filem tersebut turut menuntut aspek fizikal memandangkan ia turut membabitkan babak aksi lagak ngeri yang memerlukan persiapan teliti termasuk memikirkan aspek logistik yang mencabar.

“Selain aspek logistik, saya juga berdepan cabaran dari aspek fizikal. Ini kerana ia juga membabitkan babak aksi lagak ngeri dalam filem ini.

“Jika nak diikutkan, babak pelakon wanita iaitu Daiyan dan Uqasha lebih mencabar dalam filem ini.

Jerunei 1

Antara babak Uqasha dan Bront dalam Sumpahan Jerunei.

“Namun, mereka sangat profesional ketika bekerja dan berjaya melakonkan babak dengan baik di lokasi penggambaran,” ujarnya.

Sumpahan Jerunei mengisahkan, di Melanau purba, kematian bangsawan atau ketua kampung dihormati oleh tiang kubur yang dipanggil Jerunei.

Apabila profesor arkeologi, Dr Sani menyedari bekas isterinya hilang dalam ekspedisi untuk memeriksa Jerunei yang misteri, dia berlepas ke Sarawak untuk mencarinya.

Bront 2

Bront sebagai Doktor Sani dalam Sumpahan Jerunei.

Dr Sani disertai oleh Arjuna (bekas pelajar), Bee dan Hana (pegawai pemeliharaan warisan) dan Tommi (jurukamera dan YouTuber).

Dalam kegelapan malam, setiap ahli mengalami kejadian halusinasi, misteri, sakit luar biasa, mimpi buruk dan ada juga mendapati diri mereka terjaga di tempat yang menakutkan.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila jasad salah seorang daripada mereka diambil alih oleh roh yang dikorbankan di sebuah Jerunei.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain