suria

Kanak-kanak kini boleh guna produk penjagaan kulit seawal usia 4 tahun... Ada losyen badan, pencuci dan krim muka

Produk penjagaan kulit Little Lady BZU BZU daripada alam semulajadi.

LAMBAKAN jenama produk penjagaan kulit untuk kanak-kanak dalam pasaran membuatkan para ibu bapa berasa rungsing untuk memilih.

Mana tidaknya, bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan setiap produk perlu diteliti kerana dibimbangi memberi kesan tidak baik.

Tambahan pula kulit kanak-kanak tidak sama seperti orang dewasa.

Bagi anda yang masih ragu-ragu, bolehlah menggunakan Little Lady yang merupakan rangkaian produk penjagaan kulit jenama terkemuka BZU BZU.

BZU BZU lancarkan Little Girl untuk kanak-kanak.

BZU BZU lancarkan Little Girl untuk kanak-kanak.

Terdiri daripada mousse pembersih wajah, krim wajah serta losyen badan, formulasinya telah dirumus khas untuk membantu menjadikan kulit mulus dan berseri.

Apa yang menarik, produk ini boleh digunakan oleh kanak-kanak perempuan seawal usia 4 tahun.

Selain menggunakan bahan-bahan semula jadi, produk yang dihasilkan telah diuji pakar dermatologi dan terbukti lembut untuk kulit.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif BZU BZU Raphael Jiang, rangkaian produk penjagaan kulit ini merupakan satu penyelesaian yang sesuai digunakan oleh kanak-kanak.

“Pihak kami seringkali melihat produk penjagaan kulit untuk golongan remaja, jadi kami ingin menawarkan sesuatu yang baharu dan sesuai untuk kanak-kanak.

“Dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi terpilih yang terbaik dan berkesan, tujuan rangkaian Little Lady adalah untuk memelihara kulit kanak-kanak dengan baik,” jelasnya.

Tambahnya, proses kawalan kualiti yang terperinci memastikan bahawa produk akhir mencapai piawaian yang ditetapkan dan ibu bapa memperoleh produk terbaik yang mengandungi bahan-bahan semula jadi serta lembut dan selamat digunakan untuk anak-anak mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain