in

Uniknya Pekan Sehari Temerloh, tawar pelbagai jenis ikan sungai

PST 2
Deretan gerai jualan yang ada di Pekan Sehari Temerloh

TEMERLOH bukan sahaja terkenal dengan Ikan Patin dan Titik Tengah Semenanjung tetapi juga keunikkan pekan seharinya yang dikatakan terbesar di Semenanjung.

Pekan sehari yang terletak di persisiran Sungai Temerloh sepanjang lebih 2,000 meter melibatkan hampir 1,000 peniaga menjadi tumpuan masyarakat mendapatkan pelbagai barangan.

Terletak berhampiran dengan Sungai Pahang di Jalan Lurah Semantan, Pasar Sehari Temerloh padat dengan jualan bermacam jenis barangan,ini termasuklah pakaian, cenderamata, makanan, bahan basah dan banyak lagi.

PST 4
Pelbagai barangan dijual di Pekan Sehari Temerloh

Pasar itu dibuka dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari menyediakan barangan mentah, keperluan dapur, juadah makanan dan pakaian.

Antara menjadi tumpuan adalah ikan-ikan sungai seperti patin, kerai dan lampam selain kuih muih tradisional, sayur-sayuran hasil petani desa dan udang galah yang dijual dengan harga berpatutan.

Sementara itu, seorang pengunjung Jamariah Omar, 50, berkata, terdapat pelbagai pilihan jualan yang pastinya akan menarik orang ramai untuk berkunjung ke pasar itu.

FB IMG 1690686651005
Barang-barang antik turut dijual di sini

“Saya suka datang ke sini untuk membeli pelbagai jenis ikan sungai antaranya ikan patin dan lampam. Selain itu yang menarik di sini pelbagai jenis ula-ulaman.

“Memang saya suka datang sini kerana pelbagai jenis barang yang boleh dibeli untuk bekalan makanan di rumah,” katanya.

Bagi Asmaniza Lokman, 37, beliau dan keluarganya sering datang ke sini untuk membeli barang keperluan harian yang dijual dengan harga yang berpatutan.

“Alhamdulillah saya tengok ramai yang datang ke sini untuk membeli pelbagai barangan. Saya paling suka ulam-ulaman kampung selain kuih-muih yang ada di sini,” katanya. – nasionalkini.my

kem ain al helweh AFP 1690680440

Seorang rakyat Palestin maut pertempuran di kem pelarian

2285262

Budak 10 tahun mati lemas di Pantai Senangin