in

Berbuka, tarawih di Lepar Utara

Gambar ihsan Pejabat ADUN Lepar

KUANTAN, 24 Mac – ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus tidak melepaskan peluang sepanjang Ramadan apabila menyantuni seberapa ramai penduduk di kawasan diwakilinya.

Khamis lalu, dia berkunjung ke FELDA Lepar Utara bagi menyertai warga peneroka di situ berbuka puasa.

Majlis Iftar FELDA Wilayah Timur itu diadakan di Masjid Lepar Utara 1.

Mohd Yazid Mohd Yunus

Selesai berbuka puasa, Mohd Yazid bersama kariah masjid berkenaan menunaikan solat Maghrib di masjid itu.

“Saya kemudiannya bersama penduduk di FELDA Lepar Utara 2 untuk solat tarawih sebelum bertolak balik ke Kuantan,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Dia yang juga Ketua BERSATU Paya Besar turut bercadang untuk menjelajah semua masjid dalam kawasan DUN Lepar sepanjang Ramadan tahun ini.

Ia adalah bagi mendekati warga peneroka dan penduduk kampung tradisional, sebagai tanda terima kasih kerana memilihnya sebagai wakil rakyat.— nasionalkini.my

Lucut kewarganegaraan jika gagal kuasai Bahasa Melayu

Asnaf terima agihan zakat