Dalam kemeriahan Syawal, nampaknya keluarga pemain bola sepak negara, Zaquan Adha Abdul Razak dan Ayu Raudhah selamat menerima kehadiran ‘orang baharu’ dalam keluarga mereka.
Zaquan Adha berkongsi berita gembira melalui Insta Stories mengenai isterinya, Ayu Raudhah telah selamat melahirkan cahaya mata keenam pada jam 2.25 petang.
Sejak semalam, penyerang bola sepak Negeri sembilan itu berkongsi keadaan isterinya yang dimasukkan ke hospital. Malah dia turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menitipkan doa yang baik untuk isteri dan anaknya itu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011. Hasil perkongsian hidup selama 12 tahun, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 9 tahun, Muhammad Aisy Aryann, 8, Laura Zuleyka, 5, Muhammad Aisy Khaliq, 3 dan Muhammad Aisy Al Jibreel, setahun enam bulan.
Minggu lalu, keluarga ini sempat meraikan sambutan Aidilfitri di Kedah bersama keluarga besar Ayu Raudhah di mana sudah menjadi kebiasaan keluarga ini berkumpul beramai-ramai untuk meraikan Aidilfitri.
Tahniah dan selamat berpantang!
Sumber: Instagram Zaquan Adha dan Ayu Raudhah.
Dari Model Kini Lawyer! DATO PROF DR RAZAK MOHAIDEEN Luah Rasa Bangga Anak Teruna Kini Jadi Peguam
Pasti ramai pembaca-pembaca NONA membesar menyaksikan filem-filem arahan pengarah berpengaruh Dato Prof Dr A Razak Mohaideen yang cukup digemari ramai. Dari satu naskah terbitan dan arahannya pasti mengamit rasa, antaranya yang masih berbekas di hati ialah filem-filem malar segar seperti Mami Jarum, Gemerlapan, Anak Mami The Movie, Jutawan Fakir, Bujang Senang, Otai, Duyung dan Sifu & Tongga.
Pengarah yang berasal dari Bukit Gelugor Pulau Pinang ini juga pengasas dan pemlik syarikat penerbitan filem Malaysia, LineClear Motion Pictures. Beliau kini memegang jawatan sebagai Dekan Fakulti Filem Teater dan Animasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.
Dan baru-baru ini, menerusi hantaran di media sosialnya Razak Mohaideen berkongsi rasa bangganya apabila anak terunanya, Aniq Aqil atas kejayaan menjadi seorang peguam bela dan peguam cara menerusi upacara call to the bar.
“Alhamdullilah. Tahniah Aniq Aqil atas kejayaan melalui call to the bar. Semoga terus cemerlang dan gemilang. Dalam bidang guaman dan modeling. Amin,” tulis Razak Mohaideen di ruangan kepsyen Instagramnya.
Aniq yang juga merupakan seorang model di bawah pengurusan The Models Lab turut meluahkan coretan hatinya selepas melalui pelbagai pahit getir menjadi seorang pengamal undang-undang sambil turut berkongsi gambar dirinya bersama ayah, ibu; Nazeera Ahmed Bazari dan adiknya; Batrisyia Abdul Razak di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Selepas bertahun-tahun meragui keupayaan diri saya sendiri, akhirnya saya boleh mengatakan yang saya berbangga dengan diri saya kerana tabah, gigih membaca halaman tambahan pada pukul 5 pagi setiap hari, mengheret diri saya ke kelas walaupun saya rasa saya tidak mahu pergi (ini tipu, saya ponteng banyak kelas).
Saya berjaya juga akhirnya, kini dengan rendah hati saya boleh meletakkan “PEGUAM” di profil saya dan berbual tentang pencapaian serta peluang yang saya miliki. Terima kasih buat semua yang menjadikan hari ini hari yang cukup istimewa.
Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa bersyukurnya saya atas kebaikan, sokongan dan dorongan yang saya terima. Untuk lebih bekerja keras dan maju. Terima kasih kerana membaca,” tulis Aniq.
Sekadar info menerusi sumber, upacara Call To The Bar ini adalah acara kemuncak dalam permulaan karier seorang peguam. Majlis ini akan dihadiri oleh ahli keluarga, mover atau peguam yang mengusulkan petisyen, rakan-rakan dan orang-orang tersayang akan beramai-ramai hadir ke Mahkamah Tinggi untuk mendengar sendiri petisyen ini.
Tahniah sekali NONA ucapkan kepada Aniq. Semoga kejayaan anak muda ini jadi inspirasi anak-anak muda di luar sana!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lepas Berjaya Tawan Dunia Kosmetik, BONDA ROZITA Cipta Kejayaan Rumah Hutan Terapi Alam!
Kagum dengan semangat usahawan wanita ini yang bagaikan tidak pernah lelah erti putus asa. Selepas berjaya mengusahakan produk kosmetik Sendayu Tinggi sejak tahun 1998 hingga sekarang, Bonda Rozita Ibrahim terus melakar pelbagai kejayaan baharu hari ini. Meninggalkan legasi Sendayu Tinggi kepada anak tersayang, kini tumpuan Bonda Rozita lebih terarah kepada servis hospitaliti berkonsepkan spa resort lebih dikenali sebagai Rumah Hutan Terapi Alam!
Dibuka kepada orang ramai sejak 2018, rata-rata tetamu yang pernah menginap di Rumah Hutan Terapi Alam amat berpuas hati dengan layanan dan servis yang diberikan. Pendek kata, tarikan dan keunikan Rumah Hutan Terapi Alam menjadi bualan ramai hingga ke hari ini.
Selaku pemilik Rumah Hutan Terapi Alam yang terbahagi kepada Rumah Hutan dan Rumah Sungai ini, Bonda Rozita bersyukur kerana minat dan usahanya menaik taraf tanah persendirian di Batang Kali, Selangor tersebut menerima sambutan hangat daripada pencinta alam semula jadi.
Sering berkongsi rutin dan aktiviti di kawasan eksklusif berkenaan, ibu kepada usahawan Dato’ Seri Aliff Syukri ini menjelaskan, “Rumah yang saya tinggal di Rumah Hutan adalah pembinaan yang pertama dibina pada 2016. Saya sangat sayang rumah ni dan kini saya buka kepada penginapan kerana saya sudah tinggal di Rumah Sungai Kampung Bubinga.”
Lebih istimewa, tidak sekadar menyediakan pakej penginapan yang mengetengahkan elemen tradisi Melayu, di sini juga terdapat pusat rawatan urutan tradisional.
“Rumah ni bersebelahan dengan Rumah Hutan dan tempat urut wanita. Terlalu istimewa kerana lokasinya yang sangat luas, best sangat mood terutamanya selepas hujan. Boleh nampak view Genting Highland dan sangat sejuk pada waktu malam, tak pasang aircond pun takpe! Perabot yang sangat mahal dan suasana bilik membawa mood sangat tenang rumah di puncak hutan yang nyaman.
Kawasan rumah ini caj penginapan lebih mahal kerana landskap, view, seni binanya. Ia tanah persendirian bukan untuk dilawati atau dibuka untuk public. Orang yang menginap di sini merasai pengalaman yang berbeza dengan kemewahannya tersendiri. Tanah persendirian dijaga sangat rapi dengan kos pembersihan, pemuliharaan sungai libatkan kos tinggi, batang kayu sampah-sampah berkutip setiap hari.
Landskap dan seni bina selfie spot sangat mahal. Kami sangat menjaga kualiti dan memasang pagar untuk privacy penginap,” kongsinya yang turut mengusahakan produk penjagaan dan kesihatan diri iaitu Jamu Ratu Malaya (JRM).
Bahkan pada awal-awal pembukaan Rumah Hutan Terapi Alam ini Bonda Rozita pernah dikunjungi usahawan kaya Singapura yang ingin membawa sejumlah pelancong menginap di sana. Bagaimana pun pelawaan tersebut ditolak secara baik kerana segala kemudahan dan infrastruktur ketika itu masih belum mencukupi.
Bonda Rozita Ibrahim sememangnya terkenal sebagai wanita yang berpandangan jauh dan sukakan cabaran. Namun pada hujung Oktober lalu dia mengalami kecederaan di bahagian pergelangan kaki sekaligus mengehadkan pergerakan.
Menyedari kejayaan yang diraih hari ini menjadi inspirasi ramai wanita, Bonda Rozita turut berkongsi pesanan ini. “Pengalaman itu universiti kehidupan yang Bonda rasakan. Kejayaan tu bukan bentuk material atau status tapi cara kita mengawal emosi dan ketahanan diri melalui ujian hidup.
Cara Allah menyayangi kita bukan dengan mengurangkan masalah kita tapi dengan menguatkan iman kita! Walau sebesar mana gelombang masalah kita tetap bertahan tak akan menyerah. Cara Allah sayang kita maybe tak mudah jalan kita menuju sukses tapi dengan kesukaran tu nanti membawa kita semakin berkesan dan istimewa.
Hidup tu perjuangan, hidup tu sakit menjadi dewasa, hidup itu memenatkan supaya kita punya kekuatan! Perlu pengorbanan supaya kita tau kerja keras! Perlu air mata supaya ada sifat rendah diri, perlu dicaci supaya kita tahu rendah diri, perlu senyum untuk expresskan nilai syukur!”
Kredit: Instagram Bonda Rozita Ibrahim
Pencetus Islam Hadhari, Sosok Terkini Tun Abdullah Badawi Genap Usia 84 Buat Ramai Sayu!
Tampuk pemerintahan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi pastinya dikenang rakyat sampai hari ini. Mengangkat gagasan Islam Hadhari ketika mentadbir negara pada tahun 2003, jasa dan pengorbanan beliau memartabatkan agama mendapat perhatian rakyat.
Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi menjawat tugas pemimpin tertinggi negara itu selama sepenggal selepas pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lah selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-84 pada 25 November lepas.
Sudah agak lama tidak melihat sosok figura disegani ramai ini dan ternyata penampilan Pak Lah ketika menghadiri sambutan hari lahir beliau menarik tumpuan khalayak.
Pemimpin kelahiran Pulau Pinang ini hadir berkerusi roda sekaligus mengundang rasa sebak melihat kesihatan bekas Perdana Menteri tersebut.
Menerusi perkongsian Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican di media sosial miliknya, Pak Lah cukup dekat di hati Ahli Parlimen Kepala Batas berkenaan dan kerana bekas pemimpin itulah dia membawanya menceburi dunia politik.
“Tun Abdullah bin Hj Ahmad Badawi. Satu nama dan tubuh yang sangat dirindukan oleh saya secara peribadi dan pastinya juga orang-orang Kepala Batas.
Hari ini, saya dan isteri dapat menghoskan majlis makan bersama beliau dan Tun Jeanne Abdullah, tanda ingatan meraikan ulang tahun kelahiran Pak Lah ke-84 pada esok hari, 26 November 2023.
Turut hadir, sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa mengingati jasa besar Pak Lah kepada Kepala Batas dan negara.
Sungguh, saya cukup rindu untuk bersembang, berkongsi idea dan mendengar celoteh beliau.
Pak Lah lah yang membimbing saya erti mengkhidmati masyarakat dan seterusnya membawa saya ke dalam dunia politik. Boleh dikatakan, tanpa Pak Lah, tiada juga Reezal Merican di pentas politik tanah air ini.
Alhamdulillah Pak Lah sihat sahaja. Semoga Pak Lah dipanjangkan umur dan sentiasa di dalam rahmat Allah SWT.”
September tahun lalu, buat pertama kali Khairy Jamaluddin yang juga menantu Pak Lah mendedahkan keadaan bapa mentuanya itu menghidap demensia.
Khairy juga berkata Pak Lah turut tidak mengingati namanya, isteri serta ahli keluarga lain.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/moga-jadi-sumber-inspirasi-anak-anak-ayu-abas-bangga-tomok-genggam-ijazah/