top of page

Isteri Minta Suami Kahwin Babysitter Untuk Dapatkan Zuriat


Isteri Minta Suami Kahwin Babysitter

Seorang wanita di Malaysia bukan hanya sanggup berkongsi kasih malah beliau juga yang menyuruh suaminya untuk berkahwin satu lagi.

menyuruh suaminya untuk berkahwin satu lagi.

Sumber: TikTok, @aliyamysara3

Kisah pasangan itu, Sarifah Salmah Tuan Embong dan suaminya, Saiful Abdul Satar mendapat perhatian netizen selepas madunya, Nur Elyana Aleeya Mysara Shah Rizan memuatnaikkan video dan gambar perkahwinannya di TikTok baru-baru ini.

Posting beliau itu telah meraih lebih daripada 709,200 views, 29400 likes, 580 komen dan 640 shares.

Posting beliau itu telah meraih lebih daripada 709,200 views, 29400 likes, 580 komen dan 640 shares
Nur Elyana Aleeya Mysara Shah Rizan

umber: TikTok, @aliyamysara3

Menerusi rakaman video itu, kelihatan Nur Elyana dan Sarifah duduk berdua di pelamin dengan memakai busana pengantin sedondon berwarna hijau.

Nur Elyana dan Sarifah duduk berdua

Sumber: TikTok, @aliyamysara3

Sarifah, yang menetap di Kampung Bahagia, Mersing, Johor mengakui bahawa beliau yang meminta suaminya berkahwin dengan Nur Elyana.

oh, wow

Semua itu dilakukan demi kebahagiaan suaminya yang inginkan lagi zuriat namun sukar ditunaikan kerana beliau berisiko tinggi untuk hamil sekali lagi selepas mengalami keguguran anak kedua pada 2019.


“Yaa (nama gelaran Nur Elyana) bukan lagi asing bagi saya dan suami kerana dia adalah pengasuh anak sulung kami dan tinggal bersama kami sejak empat tahun lalu. Hubungan kami tidak seperti majikan dan pekerja kerana saya sudah menganggapnya seperti adik sendiri.”


“Anak saya juga rapat dengannya jadi sebab itu saya tidak kisah terima Yaa sebagai madu, bukan wanita lain kerana sudah kenal lama dengannya,” katanya Sarifah menurut laporan berita setempat.


Menurutnya, suaminya terkejut selepas dia menyuarakan hasrat berkenaan.

Menurutnya, suaminya terkejut selepas dia menyuarakan hasrat berkenaan

Bagaimanapun, Sarifah berkata, keputusan itu adalah yang terbaik buat mereka kerana beliau tahu suaminya sudah lama menyimpan keinginan untuk menambah zuriat.

suaminya sudah lama menyimpan keinginan untuk menambah zuriat.

Sumber: TikTok, @aliyamysara3

“Saya sudah berbincang dengan keluarga sebelum membuat keputusan itu dan mereka terima selepas saya jelaskan alasannya. Malah, saya sendiri yang pergi merisik Yaa di rumah keluarganya dekat Felda Kerteh, Paka Terengganu pada 1 Januari lalu dan mendapat restu kedua ibu bapanya.


“Jujurnya, saya gembira melihat mereka disatukan kerana selama ini Yaa yang menemani saya dan anak ketika suami tidak pulang disebabkan ada kerja di luar kawasan, jadi saya percaya dia wanita yang baik dan mampu menggalas tugas sebagai isteri walaupun masih muda,” katanya juga.


Nur Elyana juga berkata bahawa beliau tidak sangka hubungan dengan Saiful yang dianggap majikan dan abang berakhir sebagai suami isteri pada 18hb Mac 2021 lalu selepas dinikahkan di Pejabat Kadi Daerah Mersing, Johor.

Nur Elyana juga berkata bahawa beliau tidak sangka hubungan dengan Saiful yang dianggap majikan dan abang berakhir sebagai suami isteri

Sumber: TikTok, @aliyamysara3

“Terkejut juga ketika Kak Sa (nama gelaran Safirah) suarakan hasratnya untuk melihat saya berkahwin dengan suaminya.


“Namun, saya bincang dengan keluarga terlebih dulu dan Alhamdulillah, mereka restui perkahwinan itu.


“Ini yang dinamakan jodoh dan sebagai isteri kedua, saya sedia beralah dengan Kak Sa dan tiada masalah sesuaikan diri kerana sudah lama tinggal bersamanya.


“Malah, saya yang ajak Kak Sa pakai baju pengantin warna sedondon kerana mahu meraikan hari bahagia dengannya,” katanya.

aww, that's sweet

Semoga segala urusan mereka sekeluarga dipermudahkan dan semoga rumahtangga yang terbina kekal ke pintu syurga, inshaAllah ameen!

Semoga segala urusan mereka sekeluarga dipermudahkan

Luahan Wartawan: Untung betul abang ni dapat isteri yang sungguh understanding sampai sanggup make such a huge sacrifice such as this. Hopefully abang ni dapat do his wife’s sacrifice justice and be a suami yang berlaku adil kepada dua-dua isterinya.


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

0 views0 comments

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page