Harian Metro

JUTAWAN CICAK

„ Penternak cicak Genko kecewa dikelenton­g lima tahun

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz am@hmetro.com.my

> Selama lima tahun dia bela cicak tokek macam menatang minyak yang penuh. Dia dijanjikan jutaan ringgit jika reptilia itu membesar sehingga 900 gram. Namun kehampaan yang menanti Hamid, 58, apabila cicak itu hanya mampu dijual RM15 seekor kepada kedai haiwan peliharaan, lapor Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

“Lima tahun kami menunggu saat bergelar jutawan tokek (cicak Genko). Malangnya semua itu temberang. Kami dikelenton­g hidup-hidup,” kata seorang penternak cicak Genko yang hanya mahu dikenali sebagai Hamid, 58.

Menurutnya, cicak tokek yang didakwa berharga mencecah RM75 juta seekor bagi tokek seberat 900 gram itu sebaliknya kini hanya mampu dijual kepada pengusaha kedai haiwan peliharaan pada harga RM15 seekor.

Dia antara puluhan individu yang membela cicak berkenaan selepas tertarik dengan tawaran kononnya cicak itu boleh dijual mencecah harga puluhan juta ringgit seekor.

Tarikan luar biasa berkaitan cicak tokek bermula apabila ada pihak mendakwa reptilia itu mujarab untuk merawati penyakit maut HIV /Aids dan kanser sekitar tahun 2010.

Ramai individu terutama penduduk kampung teruja dengan tawaran berkenaan berusaha menangkap dan mendapatka­n cicak tokek untuk dibela di dalam sangkar khas di belakang kediamanny­a.

Hamid berkata, ketika itu ramai orang luar yang muncul di kampung ini dan berpura-pura menjadi pemborong cicak tokek yang kononnya mahu dieksport ke Singapura dan Eropah.

“Ada antara lelaki asing muncul menaiki kereta BMW itu memberitah­u hanya tokek yang mencapai berat 330 gram dan ke atas mempunyai harga untuk dipasarkan.

“Dia mendakwa cicak tokek pada saiz itu akan mengeluark­an enzim khas yang mujarab untuk menyembuhk­an penyakit maut itu,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu sempat memberi ceramah kononnya cicak tokek dewasa akan mengeluark­an zat aktif bersifat terapeutik bagi menyembuhk­an penyakit kanser dan HIV/Aids.

Hamid memberitah­u pemborong terbabit mengarahka­n mereka membela cicak tokek berkenaan sehingga mencapai berat diingini.

“Kami dimaklumka­n kononnya harga seekor cicak tokek dewasa boleh mencecah RM450,000 seekor jika berat reptilia itu mencapai berat antara 380 gram hingga 390 gram.

“Malah, jika haiwan itu mempunyai berat 400 gram, ia boleh dijual pada harga RM5.5 juta. Lelaki itu turut mendakwa cicak tokek yang mencapai berat 900 gram ke atas boleh dijual sehingga RM75 juta seekor,” katanya.

Seorang lagi rakannya yang mahu dikenali sebagai Wan, 54, berkata, tawaran itu menyebabka­n dia dan rakan teruja sebelum berusaha mendapatka­n cicak tokek dengan menangkapn­ya di dalam hutan hingga ke Hulu Terengganu.

“Saya bermula dengan memelihara dua cicak tokek seberat 80 gram dan 90 gram. Saya berusaha memberi pelbagai makanan dan serangga supaya cicak itu cepat membesar.

“Pelbagai janji bulan dan bintang ditabur menyebabka­n ada penduduk kampung sanggup keluar masuk hutan untuk menangkap cicak ini. Malah, ada yang meninggalk­an hobi mem- bela burung murai atau merbuk,” katanya.

Namun, dia menyedari ditipu apabila individu yang mendakwa mahu membeli cicak itu tidak muncul-muncul selepas empat tahun dia membela 20 cicak itu.

“Saya rasa tertipu dan hasrat menjadi orang kaya itu hanya dongeng. Kami bukan menjadi jutawan tokek sebaliknya menjadi orang sengkek,” katanya ketawa.

Kononnya harga seekor cicak tokek dewasa boleh cecah RM450,000 seekor

Hamid

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia