Harian Metro

PENGASUH ANAK JADI ISTERI KEDUA

Wanita lamar pengasuh anak sebagai isteri kedua demi tambah zuriat

- Oleh Redzuan Muharam redzuan.muharam@hmetro.com.my

Bukan hanya sanggup berkongsi kasih, malah Sarifah Salmah Tuan Embong sendiri menyatukan suaminya, Saiful Abdul Satar dengan madunya, Nur Elyana Aleeya Mysara Shah Rizan.

Kisah pasangan itu mendapat perhatian warganet selepas Nur Elyana, 18, berkongsi video dan foto perkahwina­nnya di TikTok, baru-baru ini. Menerusi video itu, Nur Elyana dan Sarifah, 26, dilihat duduk berdua di atas pelamin dengan memakai persalinan pengantin sedondon berwarna hijau.

Turut dimuat naik dalam video itu adalah gambar bertiga Nur Elyana dan Sarifah bersama suami mereka, Saiful, 34, ketika bersanding di atas pelamin yang sama.

Berkongsi kisah sebenar, Sarifah yang menetap di Kampung Bahagia, Mersing, Johor mengakui dia yang meminta suaminya berkahwin dengan Nur Elyana.

Katanya, semua itu dilakukan demi kebahagiaa­n suaminya yang mahu menambah zuriat namun sukar ditunaikan­nya kerana berisiko tinggi untuk hamil lagi selepas mengalami keguguran anak kedua pada 2019. “Yaa (nama gelaran Nur Elyana) bukan asing bagi saya dan suami kerana dia pengasuh anak (Amir MaSaiful, lik 7) dan tinggal bersama kami sejak empat tahun lalu.

“Malah, hubungan kami tidak seperti majikan dan pekerja kerana saya menganggap­nya seperti adik sendiri. “Anak saya juga rapat dengannya, jadi sebab itu saya tidak kisah terima Yaa sebagai madu, bukan wanita lain kerana sudah kenal lama dengannya,” katanya. Menurut Sarifah, suaminya terkejut selepas dia menyuaraka­n hasrat berkenaan kerana kedua-duanya tidak pernah menaruh hati terhadap satu sama lain. Bagaimanap­un, Sarifah berkata, keputusan itu yang terbaik buat mereka kerana dia tahu suaminya sudah lama menyimpan keinginan menambah zuriat.

“Saya berbincang dengan keluarga sebelum membuat keputusan itu dan mereka terima selepas saya menjelaska­n alasannya.

“Malah, saya sendiri merisik Yaa di rumah keluargany­a dekat Felda Kerteh, Paka, Terengganu pada 1 Januari lalu dan mendapat restu kedua ibu bapanya.

“Jujurnya, saya gembira melihat mereka disatukan kerana selama ini Yaa yang menemani saya dan anak ketika suami tidak pulang disebabkan ada kerja di luar kawasan, jadi saya percaya dia wanita baik dan mampu menggalas tugas sebagai isteri walaupun masih muda,” katanya.

Sementara itu, Nur Elyana berkata, dia tidak menyangka hubungan dengan Saiful yang dianggap majikan dan abang bertukar sebagai suami isteri selepas dinikahkan di Pejabat Kadi Daerah Mersing, Johor pada 18 Mac lalu.

“Terkejut juga ketika Kak Sa (nama gelaran Safirah) suarakan hasrat untuk melihat saya berkahwin dengan suaminya. Namun, saya bincang dengan keluarga terlebih dahulu dan Alhamdulil­lah, mereka restui perkahwina­n itu.

“Ini dinamakan jodoh dan sebagai isteri kedua, saya sedia beralah dengan Kak Sa dan tiada masalah sesuaikan diri kerana sudah lama tinggal bersamanya.

“Malah, saya yang ajak Kak Sa pakai baju pengantin warna sedondon kerana mahu meraikan hari bahagia dengannya,” katanya.

“Saya tidak kisah terima Yaa sebagai madu kerana sudah kenal lama dengannya Sarifah

“Sebagai isteri kedua, saya sedia beralah dengan Kak Sa Nur Elyana

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA foto pada hari bahagia Sarifah, Nur Elyana dan suami mereka, Saiful.
SARIFAH (kiri), Saiful dan Nur Elyana bersama anak mereka, Amir Malik.
ANTARA foto pada hari bahagia Sarifah, Nur Elyana dan suami mereka, Saiful. SARIFAH (kiri), Saiful dan Nur Elyana bersama anak mereka, Amir Malik.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia