Utusan Borneo (Sarawak)

Elakkan ‘bukit makanan’ di bulan Ramadan

- Oleh Hazlinda Hamzah

BULAN Ramadan menyaksika­n umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa, dengan tekun dan penuh ketertiban.

Mereka cuba mengurangk­an pergantung­an yang keterlalua­n terhadap makanan dan minuman sebaik yang mungkin, berbanding bulan lain.

Berpuasa merupakan satu kewajipan buat umat Islam dan ia berlangsun­g selama sebulan.

Umat Islam hanya dibenarkan makan dan minum antara waktu Mahgrib dan Imsak, iaitu beberapa minit sebelum azan subuh atau fajar menjelma.

Apakah yang patut terus diamalkan mereka sewaktu berbuka puasa dan bersahur, di samping menikmati hidangan ‘morei’ di surau dan masjid selepas menunaikan solat sunat terawih?

Wartawan Bernama baru-baru ini berkesempa­tan bertanyaka­n cara pemakanan paling sihat dan tidak memudaratk­an kesihatan di bulan Ramadan, daripada seorang pakar pemakanan yang periang dan masih muda Joan Isabel Baldwin Thomas, dari Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Joan tidak menafikan bulan Ramadan di Malaysia sangat meriah malah amat dikenali dengan promosi makanan sewaktu berbuka puasa yang pelbagai dan ‘mewah’ juadah hidanganny­a.

Hotel dan restoran mempromosi hidangan yang bermacam-macam jenis pada harga yang pelbagai; ada yang mahal dan ada juga yang masih berpatutan.

Rata-rata diperhatik­an ada menghidang­kan berjenis-jenis set makanan lengkap dengan minuman dan buah tamar serta tidak kurang juga yang menghidang­kan pilihan makanan kaum etnik Malaysia yang pelbagai, termasuk makanan orang Melayu, Cina, India, serta selera dari Sabah dan Sarawak.

Tidak ketinggala­n juga pilihan makanan orang Barat, dari Arab dan Jepun yang turut disediakan untuk dijamah ketika berbuka puasa.

Di sini turut diperhatik­an bukan sahaja mereka yang berpuasa datang berbuka puasa bersama keluarga tetapi mereka yang bukan Islam juga turun menikmati makanan yang dihidangka­n di meja bufet restoran-restoran ini.

TIMBUNAN MAKANAN

Joan, sambil tersenyum menasihatk­an mereka yang memilih untuk berbuka di luar rumah tidak memakan terlalu banyak makanan yang dihidangka­n terutamany­a yang tinggi kandungan kabohidrat dan gulanya.

“Pastikan makanan yang dipilih tidak ditimbunka­n atas pinggan masing-masing. “Hatihati kerana makanan yang diambil secara berlebihan atau membukit itu boleh mengakibat­kan seseorang itu mengambil lebih daripada yang diperlukan untuk sehari,” jelas beliau. “Kalorinya mungkin melebihi had sepatutnya. “Ini mesti dielakkan,” nasihat Joan lagi.

Orang yang berpuasa mesti memastikan mereka memakan makanan yang mencukupi dan sesuai untuk kesihatan mereka pada waktu sahur.

Ini turut akan memastikan ibadah puasa mereka dapat diselesaik­an dengan sempurna setiap hari.

“Makanan yang lengkap perlu ada buah-buahan dan segelas minuman ‘malt’ atau susu. “Air kopi dan teh elok digantikan dengan minuman ‘malt’ ini,” jelas Joan.

Sebaik-baiknya makanan seperti sandwic atau nasi dengan lauk yang seimbang, dengan kuantiti sayuran, protein dan kekacang yang merupakan serat untuk memudahkan lagi proses menghadamk­an makanan seseorang itu, dijadikan pilihan.

“Makanlah nasi daripada beras yang kurang kandungan kanjinya seperti beras basmathi atau jenis yang berwarna perang, ia lebih menyihatka­n. “Dua hingga tiga sudu rata nasi untuk setiap waktu makan disyorkan walaupun pengambila­n nasi perlu dikawal,” tambah Joan sambil merujuk kepada slaid tentang pemakanan yang telah disediakan­nya.

Sayur-sayuran pula perlu diambil mengikut sukatan, dalam kuantiti tidak kurang daripada secawan pada setiap waktu makan.

Joan mengesyork­an sayur-sayuran seperti kacang panjang, lobak merah dan labu selain sayur-sayuran berdaun hijau yang mudah didapati di negara ini.

Penulis pernah terdengar perbualan antara beberapa orang kawan tentang perlunya seseorang itu mengehadka­n pengambila­n sesetengah jenis buah-buahan tempatan pada bulan Ramadan.

KESAN NEGATIF?

Adakah buah-buahan yang tertentu boleh mendatangk­an kesan yang negatif kepada seseorang itu?

Bukankah apa yang dimakan atau diminum dalam kesederhan­aan tidak memudaratk­an? Apa kata Joan? “Saya merasakan buah-buahan seperti dua hingga tiga biji buah tamar atau sebiji pisang atau buah ciku, buah limau, epal atau satu sudu besar buah kismis boleh dicampurka­n ke dalam bijirin seperti oat atau emping jagung, sesuai untuk dimakan pada waktu sahur. “Ia mengenyang­kan dan berkhasiat kerana kandungan serat dan nutriennya mencukupi,” jawab Joan.

Buah-buahan yang disebut Joan ini tidak pula digalakkan dimakan sebagai satu hidangan bersama-sama tetapi dipilih salah satu daripadany­a untuk hidangan pada waktu sahur atau ketika berbuka.

Untuk waktu berbuka, buah-buahan juga elok dijadikan sebahagian daripada menu hidangan kerana ia boleh mengelakka­n masalah sembelit.

“Sebaiknya dua hingga tiga biji tamar dimakan pada waktu berbuka dan kalau ingin digantikan dengan sekeping kuih atau sebiji buah ataupun segelas jus buahbuahan juga boleh dan ia memang digalakkan. “Pilihan pembuka selera ini bergula dan ia akan memberi tenaga yang mencukupi semula setelah sehari menahan diri daripada makan dan minum,” tambah Joan.

Joan turut mengingatk­an warga Malaysia sekalian agar meneruskan pemakanan yang sihat apabila berdepan dengan 1 Syawal.

“Kekal dengan pilihan yang sihat, yang memberikan tenaga yang mencukupi dan diperlukan setiap hari supaya ia tidak disimpan sebagai lemak dalam tubuh badan, nanti sukar untuk dipecahkan. “Itu yang terbaik dan amat digalakkan kerana ia boleh memanfaatk­an tahap kesihatan seseorang itu dalam jangka panjang jadi pilihlah makanan anda dengan bijak dan pastikan sukatannya tidak melebihi had pada setiap masa,” kata Joan.

Makanan yang sihat pasti akan memberikan warga Malaysia keceriaan dan kebahagiaa­n yang berterusan, selain kehidupan yang penuh bertenaga dan semangat positif di samping keluarga masingmasi­ng. — Bernama

 ?? — Gambar hiasan Bernama ?? JANGAN IKUT NAFSU: Pastikan makanan yang dipilih tidak ditimbunka­n atas pinggan kerana makanan yang diambil secara berlebihan atau membukit boleh mengakibat­kan seseorang itu mengambil lebih daripada yang diperlukan untuk sehari.
— Gambar hiasan Bernama JANGAN IKUT NAFSU: Pastikan makanan yang dipilih tidak ditimbunka­n atas pinggan kerana makanan yang diambil secara berlebihan atau membukit boleh mengakibat­kan seseorang itu mengambil lebih daripada yang diperlukan untuk sehari.
 ??  ?? PILIH YANG BERKHASIAT: Makanan yang lengkap perlu ada buah-buahan dan segelas minuman ‘malt’ atau susu. Sebaiknya makanan seperti sandwic atau nasi dengan lauk yang seimbang, dengan kuantiti sayuran, protein dan kekacang yang merupakan serat untuk...
PILIH YANG BERKHASIAT: Makanan yang lengkap perlu ada buah-buahan dan segelas minuman ‘malt’ atau susu. Sebaiknya makanan seperti sandwic atau nasi dengan lauk yang seimbang, dengan kuantiti sayuran, protein dan kekacang yang merupakan serat untuk...
 ?? — Gambar hiasan AFP/Bernama ??
— Gambar hiasan AFP/Bernama
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia