Pokok Senduduk Bulu

Pokok senduduk bulu tergolong dalam famili yang sama dengan mana-mana pokok senduduk yang lain iaitu melastomataceae. Fizikal nya juga hampir menyamai dengan yang lain kecuali ia mempunyai bulu yang jelas kelihatan. Kegunaanya dalam rawatan tradisional termasuklah untuk melegakan pening kepala, penjagan kesihatan dalaman, mengawal tekanan darah tinggi dan juga mengawal aras glukosa darah. Tidak susah untuk temui senduduk bulu kerana ia tumbuh meliar di kawasan padang dan tanah rendah.

Klasifikasi

Family: Melastomataceae

Genus: Clidemia

Species: Hirta

Nama Saintifik

Clidemia hirta

Nama lain

Senduduk bulu (Pahang), keduduk melata (Kedah), keduduk cerang (Perak), senduduk hutan (Kelantan).

habitat

Di semenanjung Malaysia, tumbuhan ini boleh dijumpai di pinggir kawasan hutan yang redup. Tumbuhan ini dipercayai berasal daripada kawasan tropika Amerika.

sifat

Tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 2 m. Batangnya berbentuk silinder dan tumbuh secara menegak.

Susunan daunnya secara setentang, berbentuk ovat hingga eliptik, hujung daun berbentuk akuminat, pangkal daun berbentuk kordat, tepi daun jenis siliat, tangkai daun jenis berbulu hirsut, berwarna putih keperangan.

Jambak bunga senduduk bulu pada aksilari, jenis sima. Bunganya berwarna putih, kaliks berbentuk tubular bergigi panjang dan sempit.

Buahnya jenis beri, berbentuk oblong. Diselaputi bulu hirsut, hijau apabila muda, biru kehitaman apabila masak.

cara pembiakan

Keratan batang dan biji benih

Berbeza dengan sendudu biasa, senduduk ini jenis yang berbulu agak lebat
Semua bahagian senduduk buluvmempunyai manfaat

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Berdasarkan kajian yang dijalankan, senduduk bulu turut sama menghasilkan tannin seperti mana senduduk yang lain. Ia menjadi penyumbang kepada rasa masam.

Keluarga ini juga mempunyai aktiviti antibakteria. Ia menunjukkan kesan baik ke atas bakteria di mana banyak kumpulan bakteria dapat dimatikan dengan menggunakan ekstrak senduduk ini.

Dalam kajian in vitro ke atas senduduk bulu, kandungan flavonoid dan saponin juga dapat ditemui.

Ingredien Aktif

Ingredien aktif wujud seperti alkaloid, flavanoids, saponin, tannin.

Farmakologi Tradisional Pokok Senduduk bulu

Dalam rawatan tradisional menggunakan pokok senduduk bulu untuk mengubat penyakit sawan. Selain itu, ia juga sering digunakan untuk mengubat luka.

Ia agak pahit. Jesteru, ia kerap digunakan untuk menghentikan cirit-birit, pendarahan, dan penyembuhan luka jangkitan termasuklah selepas bersalin.

Rebusan akar dari tumbuhan ini telah digunakan untuk mewarat demam disebabkan keracunan, kerengsaan.

Kaum Asli di Brazil menggunakan tumbuhan ni dalam merawat leishmaniasis kulit. Jus dari daun dijadikan sebagai teh untuk masalah selsema biasa . Teh campuran antara daun dan akar digunakan untuk masalah perut.

Di rantau Carribean, campuran senduduk bulu bersama berberapa herba lain telah digunakan sebagai mandian kesihatan untuk bayi.

Cara guna (perubatan traditional)

Melegakan pening kepala

Buah senduduk bulu dimakan 2-3 biji untuk dua kali sehari (Perak)

Mengawal aras glukosa dalam darah

Akar senduduk bulu dijadikan satu daripada ramuan untuk mengawal aras glukosa dalam darah. Kesemua akar dibersihkan, dijemur sehingga kering, dan dikisar sehingga halus, dan dimasukkan ke dalam kapsul. Kapsul dimakan tiga kali sehari.

Rawatan komplemen kepada masalah batu karang

Segenggam akar pokok senduduk bulu bersama dengan pokok rempah padang, pokok pepulut jantan, kemuncup, dan lakinang direbus lebih kurang 1 L air sehingga menjadi ½ L. Air rebusan diminum selepas mengurut, tiga kali sehari pad waktu pagi, petang dan malam (Perak).

Penjagaan kesihatan dalaman

Akar senduduk bulu dijadikan satu daripada amuan untuk penjagaan kesihatan dalaman. Ramuan diracik halus diambil segenggam bagi setiap jenis bahan dan direbus. Air rebusan diminum satu hingga tiga kali sehari atau mengikut keperluan (Kedah).

Kesan sampingan

Tiada kesan sampingan yang dilaporkan setakat ini.

Sumber Rujukan

Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Scroll to Top