Pokok semalu
(puteri malu)

Bunga pokok semalu atau puteri malu

Pokok semalu atau puteri malu sangat unik. Daunnya menguncup bila disentuh. Tumbuhan liar ditepi jalan dan kawasan terbuka, malah di halaman rumah.

Kajian sains menunjukkan pokok ini mempunyai properties antibateria dan antioksidan, meningkatkan tenaga batin dan menahan sakit.

Banyak kegunaan dalam perubatan tradisional. Antaranya untuk kuatkan faraj, buasir, resdung, cirit birit, sukar tidur dan lain lain. 

Klasifikasi

Family: Leguminnosae, Fabaceae

Genus: Mimosa

Species: Mimosa pudica L.

Nama Saintifik

Mimosa pudica

Nama lain (Nama biasa)

Putri Malu (indonesia), semalu, duri keman, rumput rimau, memalu, keman, makahiya (Filipina), sensitive pant (Eng.), puteri malu (Brunei),  togop-togop (Sabah, Malaysia)

habitat pokok semalu

Natif di amerika tengah dan selatan Amerika Native. Banyak tumbuh di negara-negara Asia

Banyak tumbuh di kawasan terbuka , tepi tepi jalan, tanah yang diusahakan, laman terbiar dan kawasan terbiar.

sifat ciri pokok semalu

Jenis herba parenial (perennial). Pokok unik kerana daunnya menguncup jika disentuh atau terkena sesuatu objek. Semalu berbatang agak liat dan berserabut (fibrous) . Mempunyai duri tajam berselerak yang berbentuk seperti cangkuk. bersais sehingga 2.5 cm diameter, kulit berwarna brown.

Daun berpasang-pasang, daunnya ada leaflets berbentuk obliq. Bunganya berbulu kasar semacam spike.

Daun pokok semalu atau puteri malu
Bunga pokok semalu atau puteri malu

cara pembiakan

Biji benih dan keratan batang. 

Bunga pokok semalu atau puteri malu
Bunga pokok semalu atau puteri malu

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Mengandungi bahan antiasthmatic, meningkatkan tenaga batin (aphrodisiac), hilangkan sakit (analgesic), antidepression (antidepressant) dan antioxidants properties, antibakteria, antiparasit dan antifertiliti, masalah faraj dan rahim, keletihan dan beberapa lagi. 

Kajian sains melaporkan cacing bulat (roundworm) menjadi lumpuh dan mati bila diletak ekstrak biji  Mimosa pudica.

Pokok ini juga mengandungi serotonin. Bahan ini dipercayai dapat mencuci tubuh sehingga memberi ruang kepada bakteria baik untuk berfungsi. Serotonin dikatakan dapat meningkatkan kesihatan otak.

Kajian juga menunjukkan Mimosa pudica bukan sahaja membunuh parasit, bahkan juga menghampakan larva.

Ingredien Aktif

Tannin, alkaloids, non-protein amino acid (mimosine), flavonoids C-glycosides, sterols, terpenoids, saponin, serotonin  and fatty acids, phytosterol, alkaloids.

Farmakologi Tradisional

Penggunaan

Pokok mimosa pudica sudah lama digunakan dalam perubatan tradisional. Antara penyakitnya; Asma, alopecia (gugur rambut), cirit-birit (diarrhea), berak berdarah (dysentery), tumor, infeksi urogenital, buasir (haemorrhoids), resdung, kencing manis, reumatik dan buah pinggang, 

Pokok ini juga digunakan untuk masalah ganguan fikiran seperti gelisah, tak boleh tidor (insomnia), dan membaiki mood, daya ingatan.

Petikan daripada International Journal of Pharmaceutical Sciences and Drug Research 2013:

“Ayurveda has declared that its root is bitter, acrid, cooling, vulnerary, alexipharmic. It is used in the treatment of leprosy, dysentery, vaginal and uterine complaints, and inflammations, burning sensation, asthma, leucoderma, fatigue and blood diseases. Decoction of root is used as gargle to reduce toothache. It is very useful in diarrhea (athisaara), amoebic dysentery, bleeding piles and urinary infections”

Bahagian pokok digunakan

Semua bahagian pokok (daun, biji, batang dan akar)

Cara guna (perubatan traditional)

Mandi teresat (selepas bersalin/haid)

Pokok semalu boleh digunakan untuk mengecut, menguat dan membersihkan faraj, khususnya selepas bersalin atau haid.

Sumber: Maklumat daripada pengamal atau pengguna 

Kaedah 1

Batang pokok semalu bersekali dengan akarnya direbus bersama sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping. Rebus sehingga asam keping kembang dan biarkan airnya menjadi suam. Air rebusan ini boleh digunakan sebagai mandian (bukan minum).

Kaedah 2

Pokok semalu bersama akar dan herba teresat lain seperti daun nilam, serai wangi, kemudu, senduduk dan daun pandan. Rebus. Air rebusan digunakan untuk mandi (bukan minum).

Cekang kaki atau tangan

Cekang kaki atau tangan yang pecah-pecah akibat dimakan air.

Ambil beberapa batang pokok semalu bersama akarnya, campur sedikit kapur dan tumbuk sehingga lumat. Sapukan pada bahagian yang ingin dirawat.

Bengkak luka atau bisul

Tumbuk daun semalu bersama kunyit dan kerak nasi (terenia polygonaides). Tampalkan pada bahagian yang sakit.

Insomenia (Sukar tidur)

Rebus semua bahagian pokok, termasuk akarnya dan minum. note: pokok mimosa ada bahan sedatif.

Buasir

Kisar daun segar puteri malu dan ambil jus. Letak pada buasir. Luar dan dalam.

Sakit tekak atau demam

Air dari batang semalu boleh diminum bagi merawat sakit tekak, batuk dan demam.

Merawat hepatitis

Rebus 10 gm pokok dan akar dengan 200 cc air sehingga mendidih selama 15 minit. Hasil rebusan diminum setiap hari. Selain dari itu semalu juga dikatakan boleh mengatasi insomnia, bronkitis dan reumatik.

Sumber: Facebook Jabatan Pertanian Malaysia 17 Fabuari 2017

Menghilangkan bisa gigitan haiwan

Batang dan daun pokok semalu yang ditumbuk dan ditampal pada bahagian yang digigit oleh binatang berbisa boleh meredakan kesakitan akibat bisa daripada gigitan tersebut.

Ps Herbs ada keluarkan krim untuk merawat gigitan serangga atau kudis bakteria atau fungus

Menahan darah

Ambil daun segar puteri malu dan hancurkan. letak pada luka.

Kesan sampingan Pokok semalu

University of California senaraikan pokok semalu sebagai tanaman yang selamat pada orang.

Website University of Connecticut College of Agriculture and Natural Resources juga senaraikan pokok ini selamat untuk manusia dan haiwan.

Mengikut dapatan kajian dalam World Journal of Pharmaceutical Sciences, Volume 5, Issue 3, 420-432, tiada atau sangat kecil kesan sampingan terhadap manusia. 

Nota pengarang: Pokok ini mengandungi tannnin yang munkgin toksid jika diambil berlebihan. 

Scroll to Top