Ayam masak kicap ni sangat familiar dengan masyarakat Jawa. Lazimnya akan ada di kenduri-kendara. Time Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni mana ada kenduri kan? So kalau nak rasa, kenalah masak sendiri.
Lauk ayam masak kicap memang sentiasa mampu membuka selera. Ayam digoreng dulu, kemudian barulah dimasak. Memang sedap sungguh. Tumisan bawang dan cili menjadi asas keenakan ayam masak kicap. Gunakan kicap lemak manis, menambah sedapnya lauk sebegini. RASA kongsikan resipinya.
AYAM MASAK KICAP PEKAT MELEKAT
BAHAN-BAHAN
• 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
• 3 biji bawang merah kecil (ditumbuk)
• Sos tiram
• Kicap
• Gula
• 8 ketul ayam (digoreng agak garing, ketepikan)
• 1 labu bawang besar (potong bulat)
• Cili padi atau cili besar (dihiris)
CARA MEMBUAT
1. Tumis bawang putih dan merah kecil.
2. Masukkan sos tiram, kicap dan gula. Kacau.
3. Masukkan ayam, bawang besar dan cili. Kacau rata seketika. Matikan api.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Soo Lee Hin dari Telegram KakiMakan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Masak Kari Ayam Kampung Stail Nasi Kandar
Suka makan Kari Ayam yang dijual di restoran Nasi Kandar? Saudari Niza Zaini ada kongsikan resipinya. Caranya sangat mudah dan tidak renyah. Selain ayam kampung, boleh juga menggunakan ayam biasa. Cubalah. Hasilnya pasti tidak mengecewakan.
RESIPI KARI AYAM KAMPUNG STAIL NASI KANDAR
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam kampung – dipotong kecil dan gaul garam kunyit
- 3 paket kecil serbuk kari daging
- Sedikit kulit kayu manis
- 4 biji buah pelaga
- 1 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 1 biji bawang merah besar – hiris
- 6-7 tangkai cili kering – basuh
- 3 biji cili hijau – belah 2
- 2-3 biji ubi kentang – potong kecil
- 2 biji tomato – belah 4
- 3-4 ulas bawang putih – kisar
- 1 inci halia – kisar
- 1-2 tangkai daun kari
- Sedikit santan – jika suka
- Air secukupnya
- Garam dan perasa secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih hingga naik bau.
2. Masukkan bwawang merah, cili kering dan cili hijau. Masak hingga sedikit layu.
3. Seterusnya masukkan daun kari. Gaul sebati hingga wangi.
4. Tambahkan ubi kentang. Kacau seketika.
5. Masukkan ayam yang telah diperap bersama kunyit tadi. Gaul sekali lagi.
6. Kemudian masukkan bawang putih dan halia kisar.
7. Masukkan rempah kari. Elakkan terlalu kacau keran takut bahan-bahan menjadi hancur. Hanya kacau perlahan-lahan sahaja.
8. Masukkan air dengan secukupnya. Perasakan dengan garam serta serbuk perasa. Biarkan mendidih sehingga ayam dan kentang empuk. Jika suka, boleh tambah sedikit santan. (Resipi asal tidak guna santan)
9. Bila ayam telah lembut dan kentang empuk, padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Niza Zaini
Ini Caranya Masak Lemon Chicken Macam Di Restoran
Kalau korang suka makan lemon chicken macam dekat restoran Cina Muslim, wajib cuba resipi ni. Insyallah Sedap gila!
Lemon chicken ni kuah kena pekat-pekat sikit dan ayam pun kalau boleh rasa rangup. Rasa dia zesty dan masam-masam sikit dari lemon, dan ada sikit kemanisan. Menu ni sesuai makan untuk makan malam seisi keluarga.
Percaya tak dari bahagian ayam tadi bila dah digoreng tepung boleh makan untuk tiga orang. Jimat kan? Jadi jomlah buat sendiri.
LEMON CHICKEN
Bahan untuk kuah:
4 sudu besar sos plum*
4 sudu besar lemon Sunquick*
1-2 sudu besar perahan air lemon*
1 sudu kecil stok ayam*
1 sudu kecil gula / madu*
1 sudu besar kicap cair*
100ml air*
(satukan kesemua bahan bertanda dalam mangkuk dan bancuh)
PERAPAN AYAM
1 keping ayam chicken whole leg (debone dan potong kecil)
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar kicap cair
sedikit lada sulah
*gaul rata semua bahan ni dan perap sekejap
Cara membuat:
1.Guna bahagian chicken whole leg sebab isi lebih tender dan juicy.Pastikan korang guna minyak bijan yang baik kualiti.
2. Lepas dah perap, gaul dalam tepung jagung. Tapi dalam ni dicampur sikit dengan tepung KFC.Tak campur pun tak apa.
3.Bila minyak dah panas, goreng. Goreng sampai garing / golden brown.
4.Ni bancuhan sos. Masa ni belum campur air lagi. Masa ni memang pekat. Nanti dah campur air akan cair sikit.Lepas bancuh,korang rasa dulu ikut selera ke tidak. Kalau tak manis, tambahlah madu atau sunquick. Bergantung pada ayam korang banyak mana.
5.Mula-mula tumis halia dan bawang putih yang ditumbuk lumat. Ini akan memberikan rasa herby dan earthy sikit pada menu korang.Bawang putih dan halia tumis ni akan memberi sedikit kelainan rasa selain kuah tu rasa sos semata-mata.
6.Bila bahan tumis dah garing, masukkan bancuhan sos.
7.Sedikit chicken stok.
8.Masak sampai mendidih. 9.Bila kuah dah pekat, tuangkan terus ke atas ayam. Kalau nak masukkan ayam waktu ni pun boleh. Kalau nak masukkan ayam dan masak sekali dalam kuah, jangan lama-lama. Nanti kuah kering sebab terserap masuk dalam tepung ayam tu.Jadi ayam yang garing akan lembik.
9.Dah siap. Hiaskan bersama hirisan lemon, bijan dan daun bawang. Kalau nak parut kulit lemon pun boleh.
Kredit: Wan LuQman
Resipi Pizza Homemade Lembut & Sedap. Memang Best Bila Buat Sendiri
Buat Sendiri Teh Masala/Chai Dari Pakistan, Cukup Lemak & Manisnya
Masak Lemak Cili Padi Itik Salai & Sambal Udang Petai Cara Chef Mummy.
Itik Salai Gulai Lemak Cili Padi dipadankan pulak dengan Sambal Udang Petai memang terbaiklah, orang Negeri Sembilan memang tak tolak punya. Rasa pedas sedap itu menjadikan ramai ketagih dengan dua menu ini. Apa lagi kalau resipinya dikongsikan oleh yang pakar dalam memasak, iaitu Chef Mummy dari Armada Hotel, Chef Mummy memang lagend dalam bab masak tradisional Melayu, Nak tau sejauh mana keenakannya, korang boleh cuba dua resipi yang dikongsikan oleh Chef Mummy. t
.
ITIK SALAI GULAI LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg itik salai
- 300ml santan pekat
- 2 keping asam keping
- 4 helai daun limau purut
- 3 batang serai | titik
- 3cm lengkuas | ketuk
- Garam & gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 15 biji cili padi
CARA MEMASAK:
- Potong kecil itik salai, kemudian bersih dan toskannya.
- Masukkan itik salai dalam kuali atau periuk, diikuti dengan bahan kisar.
- Masukkan juga serai, lengkuas dan daun limau purut.
- Masukkan sedikit air, biarkan mereneh supaya isi itik salai sebati dengan bahan kisar.
- Apabila isi itik masak, masukkan santan pekat, jika terlalu pekat tambah sedikit air.
- Masukkan asam keping dan terus kacau atas api sederhana.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api dan Itik Salai Gulai Lemak Cili Padi sedia dihidangkan.
.
SAMBAL UDANG PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm udang kertas saiz XL | buang janggut, bersih dan tos
- 250gm isi petai
- 1 biji bawang besar |hiris bulat
- 200gm cili kisar
- 150gm bawang merah | kisar
- 100gm bawang putih | kisar
- 100gm halia | kisar
- 2cm belacan
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng udang dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng udang dan petai secara berasingan dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
3. Tumis bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan cili kisar dan belacan.
4. Kacau rata hingga naik bau.
5. Masukkan udang, kacau rata, kemudian tambah bawang Holland dan petai goreng tadi.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Tutup api dan Sambal Udang Petai sedia dihidangkan.