1. Kita masukkan perencah maggi kari dan kacau sampai sebati. Kemudian masukkan 3 biji telur, ke dalam bahan yang kita masak tadi kacau sampai sebati. 2. Rebus mee maggi sampai lembut.
4. Panaskan minyak. Masukkan mee maggi ke dalam kuali sehingga masak, kemudian kita terbalikkan mee maggi. 5. Kemudian kita angkat mee maggi. Hiaskan dengan mayonis dan cili sos. Dah siap untuk dimakan.
Lauk ini memang ringkas sangat cara memasaknya, tapi bila dah siap memang terbaik rasanya.
Ada yang panggil lauk ini singgang, bening atau pun asam pedas. Apa jua namanya tapi lauk asam rebus ini memang sedap. Guna ikan kembung atau ikan mabong pun boleh.
Kuah mesti kena banyak dan sedap sangat kalau dihirup. Cara membuatnya dikongsi oleh Tuan Mahani yang menurutnya diturunkan dari arwah neneknya.
Masak asam rebus ikan kembung, lauk paling senang nak buat
Bahan-bahan
3 ekor ikan kembung / mabong
5 – 7 helai daun kesum
1 – 3 asam keping
1 batang serai -dititik
Air 700 ML – 1 L
Bahan dikisar
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
Cili merah
Belacan
Air
Cara membuat
1. Tumis bahan kisar lebih kurang lima minit kemudian masukkan daun Kesum, asam keping dan serai.
2. Masak lagi selama lima minit kemudian baru masukkan ikan dan air.
3. Didih lagi selama 10 – 15 minit. Ikan cepat masak jadi tak perlu masak lama-lama. Siap.
Cuaca panas memang sedap kalau dapat makan aiskrim kan? Kalau buat sendiri dirumah rasa lebih puas hati sebab boleh buat lebih dan simpan dalam peti kalau terasa nak makan tinggal ambil je. Resipi Aiskrim Nutellayang dikongsikan oleh Fairuz Abu Hassandi Facebook ni memang mudah sangat, hanya perlu sediakan 3 bahan dah menjadi Aiskrim Nutella. Sedapnya Aiskrim Nutellani jomlah kita cuba resipi Aiskrim Nutellani sekarang buat awal cepat beku cepatlah kita dapat makan Aiskrim Nutella ni.
Musim petai dah kembali. Bagi para peminat ulam ni, macam-macam menu boleh masak. Antara paling sedap yang boleh anda cuba ialah dua menu RASA kongsi di bawah ni. Memang mudah & boleh pakat cuba.
1. SAMBAL TUMIS PETAI BILIS CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | kopek
3 papan petai muda| kikis kulit ari dan potong dengan kulit-kulit
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
20 biji cili padi
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan | ambil dari yang telah dikopek tadi
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak secukupnya, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak dan tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan hirisan bawang dan petai.
Kacau rata hingga petai berubaah warna, masukkan air asam Jawa.
Setelah kulit petai bertukar warna, masukkan ikan bilis, kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkkan api dan terus kacau hingga pecah minyak.
Tutup api dan sambal sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Petai dikikis untuk menghilangkan rasa pahit kulit petai.
2. PUCUK UBI BERSAMA PETAI MASAK LEMAK TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk ubi kayu | ambil daun dan hiris kasar
Sedikit daun kaduk | hiris kasar
3 helai daun kunyit | hiris halus
3 papan petai | kikis dan hiris dengan kulit sekali
4 batang serai | hiris halus
5 sudu makan tempoyak
500ml santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
3cm kunyit hidup
50gm ikan bilis yang telah dikopek
CARA MEMASAK:
Renehkan air, kemudian rebus pucuk ubi. Angkat dan tos.
Masukkan santan dalam periuk, kemudian tambahkan bahan kisar.
Kacau rata, masukkan pula Asam gelugor, asam tempoyak, daun kaduk, hirisan daun kunyit, serai, petai.
Kacau rata hingga mereneh, masukkan pula pucuk ubi.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah kuah pekat dan cukup rasa, boleh tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Jika ingin lebih pedas boleh tambahkan cili padi.