fbpx

Linda Rafar, Suami Selamat Timang Cahaya Mata Lelaki

Tahniah diucapkan kepada pasangan sama cantik sama padan, Linda Rafar dan Syed Aiman yang berjaya melahirkan anak ketiga mereka di Hospital Gleneagles, Ampang, jam 2.05 petang tadi. Bayi comel itu selamat dilahirkan menerusi pembedahan dengan berat 2.85 kilogram.

BACA: Gambar Sekitar Majlis Baby Shower Linda Rafar

Linda Rafar, Suami Selamat Timang Cahaya Mata Lelaki - ROTIKAYA_in

“Kali ini hero (lelaki) lagi. Alhamdulillah, segala-galanya telah berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan. Kami berada di hospital sejak jam 7 pagi tadi. Dalam jam 12 tengah hari, Linda telah dimasukkan ke dewan pembedahan”

“Saya juga turut berada di sisinya dari awal hingga selamat bersalin. Biarpun terpaksa menunggu lama untuk anak ketiga ini, tetapi ia satu rahmat buat saya dan Linda,” katanya dengan penuh kegembiraan kepada Berita Harian Online.

Seebelum ini pasangan selebriti ini telah mengadakan sebuah majlis doa selamat dan baby shower dengan meriah sekali pada tempoh hari bagi menyambut kelahiran bayi mereka. Lebih unik lagi, majlis tersebut diserikan lagi dengan tema bertelekung buat wanita. (rkty/w)