fbpx

Mahu Sembelih Orang Bukan Islam, Zul Huzaimy Mohon Maaf

Susulan kenyataannya didakwa mahu menyembelih orang bukan Islam dalam satu ceramah di Kemaman, Terengganu, pelakon Zul Huzaimy membuat permohonan maaf.

Pelakon yang lebih dikenali sebagai Spark itu memuat naik video permohonan maaf di laman Instagramnya pagi tadi.

BACA: Zul Huzaimy Tak Setuju Pelakon Buat Kelas Lakonan, Rosakkan Industri Seni

Menerusi video itu, Zul menafikan dakwaan dirinya terlalu ekstrem hingga membuat kenyataan kontroversi tersebut serta meminta orang ramai mendengar semula video berkenaan yang lebih panjang untuk penerangan lebih terperinci.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul huzaimy (@zulhuzaimy_m)

“Jangan salah anggap hanya berdasarkan klip video yang pendek itu kerana ia menggambarkan kenyataan yang kurang tepat.

“Apa yang saya sebut ialah orang bukan Islam (kafir zimmi) wajar dijaga sebaiknya kerana mereka juga menyokong pemerintahan Islam di negara ini, mereka ini adalah baik dan wajib pemimpin yang beragama Islam menjaga mereka.

“Ada pun kafir harbi (yang disebut dalam video ucapan) adalah musuh Islam yang nyata, maksud saya di sini ialah Non Muslim yang benci Islam, suka perkauman,” katanya.

Menurut Zul lagi, dia berharap kenyataan dalam video itu tidak disensasikan sebagai ucapan berunsurkan kebencian.