fbpx

Jika minggu lalu jam tangan penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi tumpuan, kali ini tudung atau skarf yang digayakan oleh Siti untuk sebuah persembahan malam tadi menjadi bualan ramai.

Seperti sudah disangka, laju sahaja netizen melakukan siasatan mengenai harga selendang jenama Christian Dior yang dipakai penyanyi itu.

BACA: Pakai Jam Tangan Jutaan Ringgit, Siti Nurhaliza Dipuji Tetap Rendah Diri

Hasil carian mendapati, skarf berwarna coklat yang diberi nama D-Oblique Shawl itu berharga RM4,100 sehelai. Bukan selendang biasa, ianya diperbuat daripada bahan eksklusif iaitu wul, kain kapas dan sutera.

Apa yang pasti rata-rata netizen memuji penampilan Siti pada persembahan malam tadi apabila dilihat lebih fresh dan nampak muda daripada usia.

Terdahulu, kecoh apabila penyanyi itu dilihat menggayakan seutas jam tangan jenama mewah, Richard Mille yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.