fbpx

Tak Mengidam Pelik-Pelik, Puteri Aishah Cuma Teringin Kek Tapak Kuda

Bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, pelakon Puteri Aishah berkata dia tidak mengalami sebarang alahan teruk sepanjang kehamilan.

Memetik mStar Online, Aishah berkata ketika di awal kehamilan dia mudah rasa letih dan malas keluar rumah namun semuanya kembali normal selepas trimester pertama.

BACA: Puteri Aishah Umum Hamil Anak Sulung

“Trimester kedua saya dah okay. Cuma trimester perkata itu saja saya macam tak nak keluar rumah dan malas. Nak makan dan tidur saja, tapi muntah-muntah dan alahan saya sangat sederhana,” katanya.

Usia kandungan sudah mencecah tujuh bulan, Aishah berkata dia tidak mengidam makanan pelik-pelik namun teringin makan kek tapak kuda selepas ianya viral di media sosial.

“Ada teringin kek tapak kuda sebab selalu lalu dekat sosial media. Tapi susah nak dapat jadi rasa macam lambatnya nak dapat dan buat saya rasa tertunggu. Alhamdulillah dapat dan saya beli secara atas talian saja,” katanya.

Dalam pada itu, Aishah berkata dia masih belum membuat persediaan kelengkapan anak dan masih belum memilih nama anak serta ianya akan dilakukan apabila anaknya lahir kelak.

“Kami pertama kali jadi ibu bapa tak tahu sebenarnya nak beli apa yang penting dan tidak. Kami tak nak main ambil saja tapi tak tahu benda itu penting atau tidak…jadi membazir.

“Saya akan pilih nama sebab suami tak pandai sangat tapi saya dah beri beberapa nama namun belum ada kata putus. Mungkin bila dah lahir nanti. Bila nampak muka dia sikit kami akan pilih nama yang sesuai.” katanya.

Untuk rekod, Puteri Aishah mendirikan rumah tangga dengan Firdaus pada November 2021.