You are on page 1of 6

BALING SELIPAR Sejarah Asal-usul permainan ini tidak dapat dipastikan kerana telah sedia dimainkan di negara ini

sejak dahulu lagi. Namun begitu, permainan ini terus berkembang ke seluruh Tanah Melayu dan dimainkan oleh pelbagai kaum. Pengenalan Permainan Permainan baling selipar atau susun selipar merupakan sejenis permainan tradisional kanak-kanak Malaysia. Ia sama seperti permainan baling tin cuma ditukar kepada selipar. Tiga selipar diperlukan untuk permainan ini selipar disusun menegak dan dibaling untuk menjatuhkan. Ia sering dilihat menjadi aktiviti menghiburkan ketika berkumpul bersama rakan dan taulan. Permainan ini amat mudah kerana alatan yang diperlukan hanyalah selipar yang selalunya dipakai oleh masyarakat di Malaysia. Permainan tradisional ini juga boleh dilakukan di pelbagai majlis sukan rakyat.

Gambar

Peralatan 3 pasang selipar, 1 biji bola Prosedur Permainan Permainan ini dibahagikan kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan menyerang (A) dan 1 kumpulan bertahan (B). berikut adalah cara untuk bermain: 1. 3 selipar hendaklah disusun dengan keadaan berdiri. 2. Kumpulan A perlu jatuhkan susunan selipar itu dengan melontar selipar yang dipegang ke susunan selipar itu. 3. Jika orang pertama gagal untuk menjatuhkan susunan selipar itu, orang kedua hingga orang terakhir dalam kumpulan A boleh cuba untuk menjatuhkan selipar itu. 4. Seorang pembaling hanya diberi peluang untuk membuat 2 balingan sahaja. Jika tidak berjaya menjatuhkan selipar dalam 2 balingan tersebut, maka orang itu akan dikira mati. 5. Jika semua selipar berjaya dijatuhkan, kumpulan B dikehendaki membuat balingan ke anggota badan kumpulan A dengan menggunakan selipar yang disediakan. 6. Misi kumpulan A adalah untuk menyusun semula susunan selipar tersebut dalam kedudukan berdiri semula. 7. Kumpulan B perlu mengawal dan menghalang kumpulan A daripada menyusun selipar itu 8. Ahli kumpulan B yang mengawal kumpulan A daripada memasang selipar, tidak boleh bergerak/ mengejar jika memegang bola. 9. Mereka hanya boleh membaling dalam keadaan berdiri setempat/ boleh hantar bola kepada rakan untuk mematikan kumpulan lawan.

10. Ahli kumpulan A yang tidak memegang bola boleh bergerak di dalam kawasan permainan. 11. Jika kesemua ahli kumpulan A telah dimatikan sebelum selipar disusun, tiada mata akan diberikan kepada mana-mana pasukan. 12. 1 mata akan diberikan jika kumpulan A berjaya menyusun selipar sekali sebelum kesemua ahli kumpulan A dimatikan dalam tempoh 5 minit. 11. Selepas 5 minit, kumpulan B menjadi penyerang manakala kumpulan A bertahan. Peraturan Permainan 1. Permainan ini dimainkan oleh pemain lelaki. 2. Pemain dalam kumpulan mempunyai 2 kali percubaan lontaran untuk menjatuhkan semua selipar. 3. Pemain yang melebihi kawasan permainan akan mati secara automatik. 4. Setiap kumpulan mempunyai 4 orang pemain sahaja. 5. Masa yang diberi hanya 5 minit untuk 1 kumpulan bagi setiap perlawanan. 6. Kumpulan membaling tidak boleh menggolekkan bola dan hanya boleh membaling atau melantunkan bola menuju ke selipar tersebut. 7. Jarak antara selipar dan pembaling bola antara 5-8 meter. 8. Kalau kedua-dua kumpulan dapat 0 mata, kumpulan yang bertahan paling lama dalam masa 5 minit daripada dimatikan semua dikira menang. Sistem Pertandingan Carta Perlawanan

Juara A/B/C A B B/C C D D/E E D/E/F F

*perlawanan adalah perlawanan kalah mati

Borang pemarkahan Tiada borang pemarkahan yang spesifik untuk permainan tuju selipar ini. Pengadil dan hakim boleh mencipta borang pemarkahan yang bersesuaian dan relevan.

Pusingan Satu Pusingan Dua Markah Selipar yang Selipar yang berjaya berjaya disusun disusun Kumpulan A Kumpulan B

Masa Yang Diperlukan 10 minit untuk 1 perlawanan Ukuran Tempat Yang Diperlukan 2 gelanggang sepak takraw

Selipar

Kumpulan A

Kumpulan B

You might also like