You are on page 1of 6

SILA HURAIKAN CONTOH ISI PENTING DI BAWAH DENGAN AYAT SENDIRI

Tajuk: Isu Pencemaran Udara Di Bandaraya Kuala Lumpur (pilih sama ada udara,
air, tanih)
Objektif kajian: Objektif utama adalah menyiasat punca, kesan dan langkah
pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur
Kaedah kajian: Borang kaji selidik, Kaedah Temubual, Rakaman Audio atau
Visual

1. Konsep dan takrifan pencemaran alam yang dikaji
(pilih mengikut tajuk yang anda pilih sama ada udara, air atau tanah)

Pencemaran Udara :
Menurut Wikipedia, pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan
kimia, jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan
ketidakselesaan. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif
kepada manusia, tumbuhan dan haiwan. Antara penyebab utama pencemaran udara adalah
melalui pembebasan asap kenderaan, pelepasan asap kilang dan sebagainya.

Pencemaran Air :
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinikan sebagai apa-apa
perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi atau
radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan atau
meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu
keadaan berbahaya dan memudaratkan kesihatan kepada orang awam. Pencemaran air
juga memberi kesan kepada hidupan lain termasuk hidupan akuatik.

Pencemaran Tanah :
Pencemaran tanih dapat ditakrifkan sebagai perbuatan yang berlaku kepada sesuatu
kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ia disebabkan oleh
bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Pembuangan sampah saran dan
kumbahan yang tidak terkawal merupakan salah satu punca yang menyebabkan
pencemaran tanah berlaku.

2. Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut
(huraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan
keaslian dan kritis. anda perlu menghuraikan mengikut kajian kes di tempat anda sendiri.
dan huraikan juga mengikut ayat anda sendiri)


Faktor dan Punca Pencemaran Udara
Antara penyebab utama pencemaran udara adalah:
Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan.
Penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.
Pembakaran di tempat pelupusan, pembakaran terbuka di bandar dan pembakaran
hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.
Penyemburan racun makhluk perosak
Aktiviti perlombongan yang menghasilkan habuk
Amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan
habuk atau debu akibat tiupan angin.
Letusan gunung berapi
Pelepasan asap kenderaan
Aktiviti Perindustrian dan pembangunan

3. Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di
tempat kawasan kajian
(huraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan
keaslian. Setiap kesan kejadian yang diberi mestilah mempunyai fakta, huraian serta contoh
di kawasan kajian kes anda)

Kesan Pencemaran Udara
Kesan utama pencemaran udara adalah menjejaskan kesihatan manusia, tumbuhan,
haiwan, penipisan lapisan ozon, hujan asid, pemanasan global.

Kesan terhadap Kesihatan Manusia
menjejaskan sistem pernafasan.
Karbon monoksida gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam
darah.
Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata
dan juga menjejaskan matamanusia.



Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan
Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran
daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan.
Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan
adanya gas ozon di udara.
Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi
sebahagian daripada pendudukdibumi juga terganggu.

Kesan Terhadap Haiwan
Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan
terbunuh.
Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar
setelah terdedah kepada bahanbahan toksid yang terdapat di dalam udara.
Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa
maut kepada haiwan.

Kesan Terhadap Bahan
Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya
kepada bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain.
Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris
pusat kira-kira 0.3 mikrometer.
Selain itu, kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur
dioksida(SO2) di dalam udara.
Bahan cemar juga menyebabkan fabrik-fabrik mudah rosak.

Kesan Terhadap Lapisan Ozon
Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang
melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari.
Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat
penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini.
Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit
yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain.








Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global
Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada
masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.
Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gaskarbon dioksida dan
terkumpul di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap
dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.

4. Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar
tersebut.
(huraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan pencemaran yang anda
pilih dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian. Setiap kesan kejadian yang
diberi mestilah mempunyai fakta, huraian serta contoh di kawasan kajian kes anda)

Langkah mengurangkan pencemaran udaraAntara langkah untuk mengurangkan
pencemaran udara adalah:
Menghijaukan kawasan
Penggunaan petrol tanpa plumbum
Program kitar semula
Kempen
Tindakan Undang-undang
Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar

(a) Menghijaukan kawasan
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat
mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam
udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses
fotosintesisnya.

(b) Penggunaan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam
pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering
berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan
selsema daripada berlarutan.

(c) Program kitar semula
Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman
perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh
dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula
ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh
diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.

(d) Kempen
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati
supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap
individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.

(e) Penukar bermangkin
Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan
catalytic converter. Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan
penukar bermangkin (Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor.
Penukar bermangkin dua hala (Two-way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga
98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon
Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three-way
Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa
mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan
bermotor.

(f) Tindakan Undang-undang
Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah pihak
berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati bersalah mencemarkan
alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar wajar
menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-pihak yang
berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit
mencemarkan alam.

(g) Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar
Selain itu pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-
murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah
pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar
pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam
mata-mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan
untuk menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan.

5. Kesimpulan/ Rumusan
Kesimpulannya, rakyat dan kerajaan harus berganding bahu untuk mengatasi masalah
pencemaran udara. Walaupun hal ini tidak boleh diatasikan dalam sekelip mata, tetapi
dengan kerjasama daripada pelbagai pihak masalah pencemaran udara dapat diatasi. Kita
harus memikirkan generasi-generasi yang akan dating memerlukan alam sekitar yang
cantik dan nyaman untuk mereka hidup di dunia ini. Akhir sekali, sayangilah alam sekitar
yang telah dicipta oleh tuhan.

6. Sumber/ Rujukan
Senaraikan sumber seperti internet, buku, jurnal, artikel, majalah, sumber orang dan
sebagainya.

You might also like