You are on page 1of 79

TRAGEDI MEMALI

Luka Lama Yang Belum


Diubati

SYED AHMAD FADHLI

2017

2 | Tragedi Memali
3 | Tragedi Memali
TRAGEDI MEMALI
LUKA LAMA YANG BELUM DIUBATI

TERBITAN SEPTEMBER 2017

DENGAN IZIN TERBIT


SYED AHMAD FADHLI

© Hak Cipta terpelihara

Fon Teks : Arial, Saiz 12


Fon Topik : Bebas Neue, Nexa Bold, Nexa Light

Penulis : Syed Ahmad Fadhli


Editor : Ahmad Fahmi Mokhtar
Zahirul Nukman Narakna
Pereka Letak Kulit : Aiman Amir DK

_________________________

Terbitan

PAMI RESOURCES | Empayar Revolusi Buku


Facebook : Projek Anak Muda Islam – PAMI
Instagram : @pami_resources
E-mel : projekanakmudaislam@gmail.com

4 | Tragedi Memali
-------------- KANDUNGAN --------------
PERKARA HALAMAN

Kata Penerbit 6

Catatan Khas
Tragedi Memali : Luka Lama Yang Belum Diubati 7

Pencelahan Oleh Ahli Parlimen Semasa


Ust Dato’ Fadzil Bin Mohd Noor Menyampaikan Ucapan
Berkenaan Memali Di Parlimen. 34

CATATAN KHAS
Ucapan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Menyanggah
Tun Dr Mahathir Berkenaan Tragedi Memali 54

Lampiran 1
Kenyataan Presiden PAS 67

Lampiran 2
Kenyataan Timbalan Presiden PAS 70

Lampiran Khas
Transkripsi Sidang Media Presiden PAS Mengenai Isu Memali 72

Biodata Penulis 78

5 | Tragedi Memali
-------------- KATA PENERBIT --------------
Alhamdulillah, syukur kepada Allah, berhasil juga kami siapkan e-buku ini.
Terima kasih kepada saudara Syed Ahmad Fadhli yang sudi memberi
kami keizinan untuk menerbitkan tulisannya bagi memudahkan pembacaan
anak muda khususnya dan masyarakat umumnya.

Niat kami mengeluarkan buku ini adalah untuk menjelaskan duduk sebenar
perkara isu Memali yang dibangkitkan kembali setelah 32 tahun. Apatah
lagi anak muda yang ada kini sudah makin lupa akan peristiwa penting ini,
sehingga sanggup memihak kepada diktaktor dalam isu ini.

Tulisan kali ini banyak mengambil catatan dan ucapan lama seperti
Ucapan Allahyarham Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Aziz dan juga
Ucapan Allahyarham Ust Dato’ Fadzil Mohd Noor dalam Parlimen. Ucapan
–ucapan ini membawakan pembaca kepada kronologi dan juga duduk
sebenar isu yang dimainkan ini.

Semoga e- buku ini mampu merasionalkan pemikiran anak muda untuk


jauh daripada politik sentimen dan juga persepsi. Tuhan jualah yang
memandu jiwa-jiwa anak muda dan seluruh manusia.

Ahmad Fahmi Bin Mokhtar


Ketua Pengarah Eksekutif
Projek Anak Muda Islam – PAMI

6 | Tragedi Memali
CATATAN KHAS
TRAGEDI MEMALI:
Luka Lama Yang Belum Diubati
SYED AHMAD FADHLI
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
Bertarikh: 24 Zulkaedah 1438H / 17 Ogos 2017M

1. Rentetan daripada kekecohan yang berlaku dalam program Nothing


to Hide 2.0 yang berlangsung pada 13 Ogos 2017 yang lalu, kisah
duka Tragedi Memali bergema kembali.

Tun Dr Mahathir gagal menjawab soalan yang dikemukakan tetapi


sekalian juak penyokongnya bersorak bertepuk tangan tatkala beliau
berkata mangsa Memali yang dibunuh itu adalah kerana mengikut
SOP (standard operating procedure) Polis.

Apa pendirian terkini Mat Sabu dan Mahfuz Omar terhadap


kenyataan Tun Mahathir ini? Bukankah kamu berdua dahulu antara
yang paling lantang mengecam kezaliman Tun Dr Mahathir dalam hal
ini.?

Oh, demi impian ke Putrajaya, semua itu sudah dilupakan.

Tun Dr Mahathir kini dinobat sebagai negarawan dan bakal calon PM


2.0 oleh PH.

7 | Tragedi Memali
2. Tuan Guru Presiden PAS turut mengulas mengenai isu Memali ini
(Kenyataan Penuh di Lampiran 1).

Antaranya beliau menyebut;

"Namun ramai yang melempar batu menyembunyikan tangan


dalam mengulas isu sejarah hitam ini. PAS hanya menyebut
pepatah Arab yang berbunyi:

"Dia yang memukul saya, dia pula yang menangis. Dia yang
menzalimi saya, dia pula yang mengadu"

Tiada guna mengungkit cerita lama sejarah hitam itu tanpa


bertaubat dan meminta maaf sekiranya bersalah, dan
tanpa membetulkan keadaan dengan membayar yang perlu
dibayar dan mengganti yang perlu diganti."

3. Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man pula
menyatakan PAS mendesak agar satu Suruhanjaya Diraja
diwujudkan bagi menyiasat semula tragedi Memali bagi memberikan
keadilan kepada semua pihak dan membersihkan nama-nama
mereka yang tidak bersalah (Kenyataan Penuh di Lampiran 2).

4. Tragedi Memali adalah sejarah hitam yang tidak akan dapat


dipadamkan daripada sejarah negara pada era pentadbiran ala
diktator oleh Tun Dr Mahathir. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

8 | Tragedi Memali
iaitu tahanan tanpa bicara digunakan sewenangnya oleh Tun Dr
Mahathir terhadap musuh politik UMNO.

Almarhum Ustaz Ibrahim Libya dibunuh bersama 13 lagi muridnya


manakala 4 orang anggota polis turut terkorban dalam tragedi yang
berlaku pada 19 November 1985.

Kerajaan telah membentangkan Kertas Putih Memali iaitu Kertas


Perintah 21 Tahun 1986 di Parlimen bagi menjelaskan apa yang
berlaku dalam Tragedi Memali mengikut versi Kerajaan.

5. Pada 12 Mac 2002, almarhum Ustaz Dato' Fadzil Bin Md Noor


(Presiden PAS 1989-2002) yang pada ketika itu bergelar Ketua
Pembangkang dan Ahli Parlimen Pendang telah memperjelas
dengan panjang-lebar isu Tragedi Memali ini ketika membahaskan
Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Parlimen.

Ucapan Almarhum Ustaz Fadzil itu agak panjang iaitu selama 4 jam
beliau berucap. Rakaman video suasana perbahasan yang hangat itu
boleh ditonton di youtube. Begitu menarik sekali kerana kita dapat
lihat kemampuan Almarhum menjawab persoalan sekaligus
menangkis gangguan yang dibuat oleh Ahli Parlimen BN.

6. Berikut adalah sebahagian intipati utama Ucapan Almarhum Ustaz


Fadzil berpandukan Penyata Rasmi Parlimen (Hansard) yang
bertarikh 12 dan 13 Mac 2002;

9 | Tragedi Memali
a) Malangnya saya katakan tadi, negara-negara ketiga
termasuk Malaysia mengambil kesempatan daripada isu
terrorisme ini, isu keganasan untuk bertindak ke atas
penentang-penentang politik mereka termasuk di negara kita.

RTM menggunakan kesempatan untuk memburukkan


Taliban dan dikaitkan dengan PAS, keganasan Taliban
dikaitkan dengan PAS. Saya tidak hendak membela Taliban
kerana kami PAS tidak ada hubungan apa-apa dengan
Taliban. Tetapi adilkah RTM?

Adilkah Menteri Penerangan dan Setiausaha Parlimen,


budaknya, memberi gambaran buruk tentang Taliban kerana
menyekat kebebasan wanita. Kemudian dikaitkan disiarkan
dalam gambar yang sama perhimpunan PAS, Muktamar
PAS, apa hubungan muktamar PAS dengan Taliban? Kalau
tidak mempunyai niat yang jahat untuk membuat fitnah.

Kita tidak pernah membalas keganasan dengan keganasan


apa lagi hendak memulakan keganasan.

b) Ada orang PAS yang dibunuh, kita tidak bertindak balas.


Bangunan PAS dipecahkan kita tidak bertindak balas.
Dipukul, disepak dan diterajang, kita tidak bertindak balas.
Malah kita commit dengan perjuangan yang berdasarkan
kepada Islam dan memenuhi ciri-ciri demokrasi.

10 | Tragedi Memali
c) Kemudian, apabila mereka melihat isu Taliban bukan
merupakan isu yang tajam untuk memusnahkan PAS,
mereka memilih pula klip video Memali – peristiwa yang
berlaku 17 tahun yang lalu – fitnah Memali itu begitu berat
ditanggung oleh PAS, yang melibatkan terkorbannya
seorang alim, seorang ulamak serta murid-muridnya dan
wanita yang menjadi balu dan anak-anak yang menjadi
yatim.

Atas nasihat polis juga, permintaan polis, dia kata, PAS


janganlah lagi mengadakan hari-hari peringatan peristiwa 19
November 1985 di Memali. Kita akur dengan permintaan itu.
Selepas itu PAS tidak pernah lagi mengadakan hari-hari
peringatan Memali. Saya akan bercerita tentang perkara ini.

Tiba-tiba RTM menghidupkan semula, kerajaan


menghidupkan balik. Membuka semula luka yang sudah
berparut. Fitnah yang sudah tidur digerakkan semula oleh
UMNO. UMNO hendaklah takut kepada ancaman yang
diberikan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sebuah sabdanya:
[Membaca sepotong hadis] "Fitnah itu tidur, Allah melaknat
siapa yang menggerakkan, mengejutkan fitnah yang sedang
tidur."

d) Siapa yang membangkitkan semula fitnah Memali ini.?


UMNO. Ini dua orang yang bertanggungjawab, Menteri
Penerangan, Setiausaha Parlimennya, budak ini.
11 | Tragedi Memali
Yang kedua-dua mereka ini ada masalah. Menteri
Penerangan ada kes dalam penyiasatan BPR atas
pendakwaan yang dibuat oleh wakil rakyat Beserah, yang dia
masih menyimpan lagi sembilan dokumen tentang tingkah
laku dan salah laku, penyelewengan yang dilakukan oleh
Menteri Penerangan waktu dia menjadi Menteri Besar
Pahang. Mana punya harta itu?

Apakah dengan perbuatannya menyiarkan semula klip video


Memali itu akan menutup kesalahan-kesalahannya. Ini orang
yang bermasalah, morally dan legally. Dari segi undang-
undang, dari segi moral, dia seorang yang bermasalah.

e) Kemudian, buatlah klip video Memali, ini fitnah. Apa tujuan


kalau tidak hendak memburukkan Ibrahim Libya rahimallah
dan hendak mengaitkan PAS dan memburukkan PAS. Ini
menyalahi akhlak Islam. Tetapi saya tujukan kepada
Menterinya dan Setiausaha Parlimennya. Setiausaha
Parlimennya sahabat baik, belajar sama dengan saya dahulu
tetapi dia belajar sekerat jalan dia lari keluar. Dia berhenti.
Yang ini saya baru kenal, kenal-kenal sudah teruk sudah. Ini
tidak ada akhlak.

Orang yang sudah mati dicerca sedangkan Nabi kita


bersabda, [Membaca sepotong hadis] yang bermaksud:
“Sebutlah kebaikan-kebaikan orang yang sudah mati dari
kalangan kamu”. Bukan sahaja kalangan orang Islam, orang
12 | Tragedi Memali
yang tidak Islam pun, Rasulullah melarang menyebut
keburukan mereka.

Dalam satu peperangan bagaimana apabila peperangan itu


berhenti ada di kalangan sahabat yang mencerca beberapa
orang pemimpin-pemimpin musyrikinnya yang mati, Nabi
melarang mereka, jangan kamu cerca mereka. Cercaan itu
akan menyakiti hati keluarga mereka. Itu terhadap orang
yang bukan Islam, musuh. Ini terhadap orang Islam, seorang
alim, dicerca begitu rupa, tidak ada akhlak.

Ini orang yang hendak mengendalikan Kementerian


Penerangan yang hendak membentuk pemikiran rakyat,
orang yang tidak berakhlak macam ini.

Biarlah Perdana Menteri buat reshuffle Kabinetlah.

f) Ibrahim Libya, dia seorang pendakwah bekerja di Pusat


Islam, di bawah Syeikh Ahmad Awang - Ustaz Ahmad Awang
- dan dia diakui sebagai pendakwah yang terbaik di Kuala
Lumpur, di Wilayah Persekutuan pada waktu itu. Dia
mempunyai kelulusan dan kelayakan, pulang ke kampung
untuk mendidik orang-orang kampung dan mendidik ahli
PAS, pernah bertanding dalam pilihan raya. Dia memimpin
murid- muridnya. Dia bersyarah, memang dia seorang ahli
pidato yang baik yang dapat menarik ramai peminat.

13 | Tragedi Memali
Akhirnya dia menubuhkan sekolah agama, mendidik anak-
anak muridnya dan keluar bersyarah di mana-mana.

Kemudian kerajaan membuat keputusan untuk menahan dia


di bawah ISA. ISA adalah satu akta yang zalim. Dan kita dari
dahulu mengatakan ISA sebuah akta yang zalim walaupun
kerajaan bangga kononnya Amerika pun hendak ikut cara
Malaysia hendak menggunakan ISA. Bangga apa?

Kalau orang ikut cara kita yang tidak baik, banggakah?

Kita berbangga kalau perkara yang kita buat itu baik, adil,
saksama, orang ikut, baru kita berbangga.

Kalau undang-undang yang ada pada kita undang-undang


yang zalim, undang-undang yang tidak adil, undang-undang
yang tidak baik, orang hendak ikut, kita banggakah?

Bolehkah seorang perompak bank mengatakan dia


berbangga kerana ada orang lain yang mahu ikut jejak
langkah dia menjadi perompak? Banggakah ini? Ini fikiran.

g) Dia tidak mahu menyerah diri dia, itu sahaja. Dia tidak
mahu menyerah diri dia. Dan saya pada waktu itu sebagai
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah. Setelah hampir dua tahun
dia macam dikongkong, ditahan, dikepung di kampung dia

14 | Tragedi Memali
sendiri, saya mengambil daya usaha untuk menemui Ketua
Polis Negeri Kedah, Dato’ Abdul Aziz Hashim nama dia.

Saya berbincang dengan dia dan dihadiri bersama oleh


Ketua Cawangan Khas Negeri Kedah pada waktu itu. Pada
waktu itu, dia belum Dato’ lagi. Nama dia Abdul Aziz Hashim
yang telah meninggal dunia. Saya berbincang dengan Ketua
Polis Negeri Kedah. Saya kata: “Dato, Ustaz Ibrahim ini
sudah hampir dua tahun dia dikepung, dia tidak boleh keluar.
Di mana dia pergi, polis tahu dia hendak pergi, polis sudah
tunggu berates-ratus orang. Jadi, dia macamlah ditahan di
bawah ISA juga walaupun dia tidak ditahan.”

Saya kata, “Tidak bolehkah Dato’ tengok keadaan pun sudah


tenang, apa salahnya Dato’ membuat satu perakuan kepada
Menteri Dalam Negeri, Dato’ Musa Hitam pada waktu itu,
supaya menarik balik waran penangkapannya di bawah ISA.
Biar dia hidup bebas macam orang lain juga.”

Panjang saya berbincang dengan Ketua Polis Negeri Kedah


ini. Saya Nampak dia macam bersetuju dan dia mengatakan
kepada saya, “Saya akan fikirkan”. Saya harapkan dia
menulis, tetapi peristiwa 19 November telah berlaku.

Saya tidak pasti sama ada dia telah menulis atau tidak
menulis.

15 | Tragedi Memali
h) Peristiwa ini berlaku adalah kerana tekanan-tekanan
UMNO. Ini adalah kenyataan bekas Timbalan Menteri Dalam
Negeri, Dato’ Radzi. Dalam satu kenyataan Radzi Syeikh
Ahmad yang pada waktu Peristiwa Memali, beliau menjadi
Timbalan Menteri Dalam Negeri dan waktu beliau memberi
kenyataan ini, beliau menjawat jawatan Timbalan Menteri
Perusahaan Utama, ketika perebutan berlaku dalam UMNO
dalam pemilihan pada tahun 1987 yang kemudiannya diikuti
dengan “Operasi Lalang”.

Dalam pada itu katanya, desakan supaya polis dan


Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan menyekat
kegiatan PAS yang ekstremis, juga disuarakan di
Perhimpunan Agong UMNO pada bulan September 1985
oleh dua orang wakil negeri Kedah iaitu Yusof Rahman yang
juga telah meninggal dunia, bekas Exco Kerajaan Negeri
Kedah, dan Haji Abdul Manaf Ahmad yang sekarang
menjawat sebagai Timbalan Pengarah Yayasan Dakwah
Islamiah Malaysia (YADIM).

Menurutnya dan juga atas desakan daripada Ketua UMNO


Bahagian Baling yang juga telah meninggal dunia iaitu Haji
Saroji Harun, juga pernah menjadi Ahli Parlimen Baling,
menurutnya atas desakan dua orang wakil di Perhimpunan
Agung UMNO pada tahun 1985, beliau telah pergi ke Baling
dan menemui ahli-ahli jawatankuasa UMNO bahagian yang
berkenaan; turut dianggotai oleh setiausaha politik Dato’ Seri

16 | Tragedi Memali
Sanusi Joned iaitu Bahadur Shah ikut sama dalam
rombongan itu.

Mereka desak dan terus mendesak supaya satu tindakan


diambil. Apabila balik ke Kuala Lumpur, saya pun
menyampaikan hasrat mereka kepada Dato’ Musa. Atas
desakan UMNO!

i) Persoalan yang saya selalu bangkitkan dan pimpinan PAS


selalu bangkitkan:

Apakah kesalahan Ibrahim Libya yang membolehkan dia


dibunuh?

Apa jenayah yang dia lakukan? Tidak ada sebarang rekod


jenayah yang dilakukan oleh Allahyarham Ibrahim Libya. Dia
tidak merompak harta benda orang, dia tidak merogol anak
isteri orang, dia tidak mencabuli kehormatan orang dan tidak
pernah membunuh orang. Dia tidak pernah menggelapkan
wang rakyat, wang kerajaan. Tidak ada wang PPRT yang
digelapkan, yang diselewengkan oleh Ibrahim Libya
sebagaimana pemimpin UMNO melakukannya.

Apa alasannya dia dibunuh? Tidak ada alasan. Syarie pun


tidak ada alasan, undang-undang negara pun tidak ada
alasan untuk membunuh atau menembak dia.

17 | Tragedi Memali
j) Waktu selepas peristiwa itu Kerajaan Negeri Kedah
memanggil Ahli-ahli Dewan Rakyat, Parlimen, Dewan Negeri
dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan untuk mendengar satu
taklimat yang diberikan oleh polis negeri Kedah mengenai
peristiwa Memali. Saya pada waktu menjadi Ahli Dewan
Undangan Negeri dan saya menghadiri taklimat itu yang
disampaikan oleh Pengarah Cawangan Khas Negeri Kedah
pada waktu itu, iaitu Encik Nor Aziz Hashim. Dia memberi
tiga sebab kenapa Ibrahim Libya diambil tindakan...

Ini penting untuk catatan sejarah.

Dia memberi sebab antaranya dia mengatakan bahawa:

Pertama, kerana Ibrahim Libya memberi perlindungan


kepada aktivis-aktivis komunis dalam kawasan perumahan.

Kedua, Ibrahim Libya mempunyai senjata-senjata yang


merbahaya.

Ketiga, saya tidak pasti mungkin tuduhan mengatakan


Ibrahim Libya membina kubu dalam kawasan rumahnya yang
kemudian apabila Ketua Polis Negara yang bercuti belajar di
London pulang, iaitu Tan Sri Haniff pergi melawat ke tempat
itu, akhbar melaporkan, Haniff bertanya, "Di mana kubu?

Adakah pongsu yang dianggap kubu?"

18 | Tragedi Memali
Selepas Pengarah Nor Aziz memberi taklimat, saya bangun
menyoal, saya kata "Mana dia kenyataan kerajaan dan
kenyataan polis menunjukkan di antara mereka yang
ditangkap itu aktivis komunis? Mana dia?" Mana dia senjata-
senjata?

Dia tidak boleh menjawab.

Tidak ada – tidak ada aktivis komunis, tidak ada senjata,


tidak ada kubu. Tetapi ada juga di antara polis-polis hutan -
waktu itu nama Polis Hutan lagi, sekarang baru tukar nama
PGA, nama 'hutan' sudah tidak ada lagi. Ada juga di antara
mereka yang datang menemui pimpinan PAS mengatakan
kami menyesal kerana kami diberitahu yang kami hendak
serang dan kami hendak bunuh itu ialah komunis.

Ada seorang konstabel polis nama Jaafar, dia telah


meninggal dunia, dia datang bertemu dengan Yusuf Hussin,
sahabat baik dan orang kanan Ibrahim Libya sebab Yusuf
Hussin dibebas daripada tahanan ISA, dia datang membawa
sebilah pisau yang diambil di rumah Ibrahim Libya, pisau
kecil untuk memotong daging. Dia datang menyerahkan
pisau itu kepada Yusuf dan minta Yusuf lakukan apa yang
hendak lakukan kepada dia kerana dia telah terlibat dalam
peristiwa Memali.

Yusuf kata kalau kamu menyesal, kalau kamu merasa kamu


bersalah, marilah ikut aku berceramah atas pentas PAS
19 | Tragedi Memali
beritahu kepada orang ramai katakan kamu minta maaf
kepada keluarga yang terkorban.

Dia kata "Kalau saya buat begitu dalam servis habislah kerja
saya."

Yusuf kata "Kalau kamu tidak buat begitu aku tidak boleh
buat apa-apa."

Ini berlaku. Kepada RTM saya minta, ini Menteri


Penerangan, Setiausaha Parlimennya boleh pergi jumpa
Yusuf Hussin di Alor Setar atau di rumahnya di Baling, di
Memali boleh tanya dia, dia masih hidup.

Ini kenyataan daripada bekas Timbalan Menteri Dalam


Negeri yang menyebutkan UMNO mendesak-mendesak
dalam Perhimpunan Agung UMNO, dalam perjumpaan-
perjumpaan, UMNOlah bertanggungjawab.

k) Sebab itu saya menyoal apa kesalahan yang dilakukan


oleh Ibrahim Libya yang dia berhak dibunuh, yang dia layak
dibunuh – tidak ada!

Dan kematian empat anggota polis pun tidak diketahui siapa


yang sebenarnya menembak mereka, sebab tidak ada
bedah siasat dibuat untuk menentukan peluru mana yang
masuk ke dalam tubuh mereka, peluru siapa?

20 | Tragedi Memali
Sebab itu, saya minta dua orang Menteri Penerangan dan
Setiausaha Parlimen jumpa Yusof Hussin, orang kanan yang
bersama Ibrahim Libya yang masih hidup pada hari ini.

Soal siapa tembak siapa, ini sebab itu saya kata panggil
Yusof, Yusof yang menyaksikan perkara itu, jumpa dia, apa
payah sangat hendak jumpa dia, leceh sangatkah hendak
jumpa dia, dia orang miskin, dia orang kampung, tidak boleh
jumpa dia, kalau hendak mencari kebenaran. Dia yang
tengok, dia yang ada pada waktu itu.

l) Apa erti untuk menangkap Ibrahim Libya pergi dengan satu


angkatan macam hendak memerangi musuh, lengkap
dengan senjata, lengkap dengan sub machinegun, lengkap
dengan M16, dengan kereta kebal, dengan kereta meriam.
Ini mengingatkan kita macamlah juga peristiwa untuk
menangkap Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada malam 20
September 1998 yang lalu, tiga tahun yang lalu.

m) Berdakwah. Ada pelbagai bentuk sekatan yang dibuat


oleh kerajaan bukan satu sekatan, bukan semua du’at, para
du’at itu diambil tindakan seperti diambil tindakan terhadap
Ibrahim Libya.

Ada banyak sekatan-sekatan lain dibuat termasuk sekatan-


sekatan melalui ceramah. Tetapi Ibrahim Libya kerana beliau

21 | Tragedi Memali
tidak mahu menyerah diri di bawah akta yang zalim, itu
sahaja.

Dan ini tidak boleh dilibatkan dengan PAS. Ada pemimpin


PAS yang dikeluarkan waran untuk ditangkap di bawah ISA
dan mereka ditangkap dan PAS tidak melarang mereka
untuk mereka membiarkan diri mereka ditangkap tetapi kita
membuat bantahan kemudian.

Tetapi Ibrahim Libya, tetapi dia hanya sendiri, tidak mahu


menyerahkan dirinya, apakah kalau dia tidak mahu
menyerahkan dirinya di bawah ISA, dia dijatuhkan hukuman
bunuh?

Bila mahkamah lain menjatuhkan hukuman yang dia layak


dibunuh.

n) Mengenai dengan fatwa. Ini saya hendak menceritakan,


kami waktu itu pimpinan PAS Kedah, telah menemui Majlis
Fatwa Kedah apabila Majlis Fatwa Kedah memanggil kami.

Kami pergi, dan kami berbincang dengan Majlis Fatwa


Kedah, kami memberi pendapat kami tentang kematian
Ibrahim Libya. Pada waktu itu Majlis Fatwa hanya
mendengar pandangan kami dan tidak menjawab dan tidak
menolak hujah-hujah yang kami berikan. Kemudian Majlis
Fatwa membuat satu ruling.

22 | Tragedi Memali
Sebab itu kami tidak membangkitkan lagi perkara itu. Kami
menerima, kami tidak mengadakan sambutan peringatan
seperti yang dikatakan tadi, hari peringatan, kami
memberhentikan sambutan hari peringatan dan kami
menerima apabila Majlis Agama yang dititahkan oleh Tuanku
Sultan Kedah untuk menukar batu-batu nisan di perkuburan
Ibrahim Libya dan murid-muridnya – kami menerima.

o) Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi penjelasan


tentang perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat
bagi Arau tadi mengenai dengan apakah RTM menyiar
sapenuhnya gambar-gambar yang dirakamkan di Memali.
Itulah yang kita minta, kita minta supaya kalau RTM hendak
menyiarkan klip video Memali, siarkan dengan adil, jangan
hanya mengambil bahagian-bahagian daripada peristiwa itu
kemudian diulas untuk menyokong mereka, untuk
kepentingan mereka.

Kenapa tidak disiarkan satu gambaran yang sangat


menyayat hati?

Sebab itu saya meminta supaya Menteri Penerangan dan


Setiausaha Parlimen berbincang dan menemubual,
merakamkan kenyataan daripada Yusof Husin, orang kanan
Ibrahim Libya yang menyaksikan peristiwa yang berlaku.
Kejadian yang tidak digambarkan dalam klip video yang
difitnahkan dan di propaganda oleh RTM ialah dimana dalam
23 | Tragedi Memali
peristiwa itu, ketika Allahyarham Ibrahim Libya ditembak, dari
depan, dari kiri dan dari kanan.

Saya menyaksikan mayatnya, saya menyaksi mayat


Allahyarham Ibrahim Libya di rumah mayat di Hospital
Sungai Petani, apabila saya pergi ke sana selepas
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah ditangguhkan
pada tengah hari. Dia memang ditembak di bahagian depan.

Mengikut apa yang diterangkan oleh Yusof Husin ini, apabila


Ibrahim Libya ditembak dan dia jatuh, isterinya memangku di
bahagian kepala Ibrahim untuk mengingatkan dia supaya dia
melafazkan kata-kata Lailahaillallah.

Sementara ibunya yang sudah tua dan bapanya yang sudah


tua memangku di sebelah kiri dan sebelah kanan. Ketika itu
mengikut Yusof, Ibrahim hanya boleh melafazkan kalimah
Allah, lah, tiba-tiba datang sekumpulan polis menyeret
tangan isterinya dan ibu bapanya. Dengan keras menyeret
tangan mereka yang sedang memangku tubuh suaminya
dan anakanak mereka dan anak mereka diseret oleh polis,
dibiarkan Ibrahim terlentang seorang diri. Keganasan ini
kenapa tidak ditunjuk, kenapa tidak digambarkan, kenapa
disembunyikan?

Ini sebab saya katakan tidak ada akhlak, tidak amanah, tidak
jujur kecuali membuat fitnah dan membangkitkan fitnah yang

24 | Tragedi Memali
sudah tidur. Allah melaknat orang menggerakkan fitnah yang
sedang tidur. Saya ulangi hadis [Membaca sepotong hadis],
fitnah itu tidur kata Rasulullah, Allah melaknat orang yang
membangkitkannya.

p) PAS tidak ada peluang untuk menjawab, berbulan-bulan


RTM menyiarkan daripada peristiwa Taliban sambung
dengan Memali, berbulan-bulan. Kenapa Majlis Fatwa
Kebangsaan berdiam diri pada waktu itu? Seolah-olah
sengaja membiarkan RTM menyiarkan dan bila hampir
Persidangan Parlimen, kita tidak diberi peluang untuk
menjawab. Bila kita hendak mengadakan majlis ceramah
untuk memperjelaskan, kita diserang oleh polis. Barulah
Majlis Fatwa Kebangsaan membuat kenyataan meminta
semua pihak memberhentikan percakapan dan apa juga
bentuk berkenaan dengan peristiwa Memali. Adilkah ini?

Adilkah ini? Adilkah kalau satu kumpulan perompak


merompak rumah kita dan mengambil habis harta benda kita,
tiba-tiba apabila tuan rumah itu bangun dengan keluarganya
untuk menentang, perintah dikeluarkan: “Berhenti semua
tindakan!” Adakah adil? Perompak telah merompak habis
harta benda, kita hendak membantah, tidak boleh, kita
hendak menentang tidak boleh.

Adilkah? Saya bukan tidak menghormati Majlis Fatwa


Kebangsaan, saya menghormati Majlis Fatwa Kebangsaan,
25 | Tragedi Memali
tetapi biar Majlis Fatwa Kebangsaan bertindak dengan adil.
Kenapa larangan itu tidak dibuat di waktu awal RTM
membuat siaran ini, berbulan bukan sehari dua.

Pada hari Persidangan Parlimen baru-baru ini waktu saya


hendak pulang, saya sempat bertanya dengan Setiausaha
Parlimen, “Kementerian Penerangan, adakah lagi klip video
Memali?” “Ada lagi.”.

Saya kata, “Bagus, siar!” Sebab rakyat, rakyat sudah bosan


dan mual dan benci. Apa mereka fikir rakyat akan
menyokong mereka dengan cara fitnah begitu?
Membongkarkan perkara-perkara yang sudah lama dan
memang RTM menjadi sindrom, menceritakan perkara-
perkara lama termasuk filem-filem lama, tak ada idea baru.

q) Saya minta adil. Kita bersedia untuk patuh, terima


pandangan. Semalam saya pun beritahu orang surat khabar
kerajaan berhenti dahulu, tetapi beri peluang kepada kita
untuk memberi penjelasan, kemudian kita akan berhentikan.
Kita pun sudah lama berhenti tidak bercakap soal isu Memali
ini dan suasana masyarakat pun sudah pulih.

Apa tujuannya, kalau tidak untuk fitnah. Apa lagi


perancangan yang hendak dibuat untuk menghapuskan imej
PAS. Apa lagi konspirasi yang hendak dibuat, apa lagi yang
difikirkan oleh Jeneral Maulud yang bertempat di Putrajaya

26 | Tragedi Memali
itu untuk merancang, untuk membuat sesuatu, untuk
menghancurkan PAS dan parti Pembangkang, apa lagi?

Trak polis sudah dibakar, video Memali sudah disiar, Taliban


sudah disiar, apa lagi yang hendak dibuat? Kami tiada
tempat untuk mengadu, hendak berjumpa dengan Menteri
berkenaan, tidak bersedia hendak berjumpa, hanya kami
mengadu kepada Allah. Itulah tempat untuk mengadu.

Jadi hendak beritahu, itulah tempat pengaduan kami orang-


orang PAS, hanya kepada Allah.

Sebab itu, bagi kami tiada tempat untuk kami mengadu


melainkan kepada Allah. Munajat kami, doa kami, solat hajat
walaupun ditempelak oleh UMNO, apa PAS buat solat hajat,
Allah tidak terima. Mereka harus faham, Allah tidak akan
menolak doa orang yang dizalimi. Penerimaan itu
bergantung dalam pelbagai corak. Ini harus dibaca. Mungkin
hukuman Allah itu tidak turun serta merta dan ianya berlaku
dalam pelbagai bentuk dan cara.

r) Selepas peristiwa Memali dan pembunuhan Allahyarham


Ibrahim Libya, kami melihat perpecahan mula berlaku dalam
UMNO. Timbalan Presidennya, Timbalan Perdana
Menterinya pada waktu itu meletakkan jawatan, krisis UMNO
berlaku dalam tahun 1987, ramai orang-orang UMNO yang

27 | Tragedi Memali
tersingkir, pemimpin UMNO yang tersingkir datang meminta
kasihan belas daripada PAS.

Kami tidak menyimpan perasaan dendam termasuk Ahli


Parlimen bagi Jelebu yang sekarang menjawat jawatan
Menteri yang mengumumkan dia telah membakar jambatan,
sekarang dia merangkak semula dan menjadi
pengancam,kenyataan-kenyataannya sentiasa mengancam
PAS, mengugut PAS lalunya dialah menagih simpati
daripada PAS. Perpecahan dalam UMNO berlaku berterusan
sampai hari ini.

Ini satu daripada bentuk azab, ‘Iqab’. Malapetaka yang


berlaku dalam negara kita, bencana yang berlaku dalam
negara kita, musibah yang menimpa negara kita, isu
penambakan laut oleh Singapura. Ini satu musibah yang
sedang dihadapi oleh negara kita. Dalam hadis menyatakan
bahawa satu musibah yang ditimpakah oleh Allah adalah
disebabkan kemaksiatan yang dilakukan oleh hambaNya.

s) Pendirian saya sudah tetap mengenai isu Memali satu


kezaliman yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional
pimpinan UMNO atas desakan Parti UMNO.

Tentang kedudukan Ibrahim Libya, syahid atau tidak syahid,


pendirian PAS Kedah, saya menyatakan, sewaktu kita
bertemu dengan Ahli-ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri

28 | Tragedi Memali
Kedah, kami menyatakan pendirian kami menyokong
pendirian yang diambil oleh penduduk tempatan di Kampung
Parit Panjang bahawa Ibrahim Libya adalah syahid. Kami
mempertahankan pendirian kami.

Di depan Ahli Majlis Fatwa dengan hujah-hujah kami


bersandarkan kepada kitab-kitab rujukan kami yang
muktabar. Di antaranya ialah kitab Fiqah, As-Shafie,
Khalyubi dan Ummairah dan kitab Fiqh Hambali yang ditulis
oleh seorang ulama dalam mazhab Hambali iaitu Ibnu
Khudamah dalam kitab Al-Mughni. Tetapi apabila Majlis
Fatwa mengeluarkan kenyataan dan mengeluarkan
keputusan, kami tidak lagi memperbesarkan isu itu…..

t) Mereka yang menyangkal Majlis Fatwa yang menafikan,


Majlis Fatwa yang berlainan, merekalah yang
bertanggungjawab untuk menggali semula kubur itu dan
memandikan Ibrahim Libya, menyembahyangkan jenazahnya
dan mengapankan. Itu kewajipan mereka. Bukan kerja PAS,
bukan tugas PAS. Tugas UMNO untuk mendesak Majlis
Fatwa bagi membuktikan kebenaran fatwa mereka, lihat.

Saya, waktu kami pimpinan PAS telah bertemu dengan


Majlis Fatwa, kami minta supaya Majlis Fatwa pergi melihat
tempat kejadian itu sebelum mengeluarkan fatwa. Tetapi itu
semua tidak dilakukan. Tetapi kami akur kemudian. Sebab itu

29 | Tragedi Memali
sebagaimana saya katakan tadi, bahawa apabila Majlis
Agama Islam Negeri Kedah membuat keputusan atau titah
Tuanku Sultan Kedah untuk menukar batu nisan, kami
terima. Kami akur, tidak apalah, saya bagi tahu kepada
sahabat-sahabat di Memali, terima, Ini perintah Tuanku,
Sultan yang memerintah. Kita terima Tuanku Sultan Kedah.

u) Saya hendak ceritalah bagi jelas supaya masyarakat


boleh dengar, ini catatan sejarah, rekod.

Tuanku Sultan Kedah ini bukan sebarang Sultan. Seorang


yang lembut budi bahasa, halus budi bahasa dan sangat
bersopan santun. Tinggi pekertinya. Baginda berangkat
menziarahi perkuburan Allahyarham Ibrahim Libya dan
murid-muridnya di Kampung Parit Panjang.

Ini menunjukkan Ibrahim Libya bukan penjenayah.

Bukan penderhaka. Bukan bughah dalam istilah Islam. Kita


tidak hendak menyeret Baginda dalam perbahasan ini.
Tetapi hendak membuktikan, menunjukkan bukti empirical.

v) Soalnya, saya telah menyatakan tadi, Ibrahim Libya tidak


bersedia menyerahkan dirinya kerana dia hendak ditahan di
bawah ISA, satu akta yang zalim sebab itu dia tidak bersedia
hendak menyerahkan diri kepada ISA. Polis hendak

30 | Tragedi Memali
memeriksa dia, menyiasat dia dengan menggunakan ISA. Itu
yang dia tidak boleh terima. Tetapi kalau kerajaan hendak
menyelesaikan dengan baik perkara ini, perkara yang sudah
berlaku tidak guna. Kerajaan boleh menghantar satu
pasukan, kumpulan Majlis Fatwa umpamanya kerana ini
melibatkan isu agama, isu syariat.

Sebab itu bila kita bertanya kepada ahli-Ahli Majlis Fatwa,


adakah kerajaan mendapat fatwa daripada Majlis Fatwa
sebelum kerajaan bertindak yang sampai cara bertindak itu
sudah sampai kepada peringkat membunuh, tidak ada! Jadi
Majlis Fatwa hanya dirujuk untuk mendapat pengesahan
tindakan itu. Tidak adil, menzalimi juga Majlis Fatwa.

7. Sepanjang ucapan perbahasan Almarhum Ustaz Fadzil mengenai isu


Memali ini, seramai 9 orang Ahli Parlimen BN, 5 orang Ahli Parlimen
PAS dan seorang Ahli Parlimen PKR yang bangun mencelah.
Mereka adalah :

Nama Ahli Parlimen Parti & Kawasan Parlimen


Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin BN – Arau
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan BN – Tebrau
Tuan Haji Noh bin Haji Omar BN – Tanjong Karang
Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja
BN – Larut
Haji Omar
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz BN – Sri Gading
Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh BN – Kangar
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad BN – Parit Sulung

31 | Tragedi Memali
Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed BN – Shah Alam
BN – Jempol
Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus
Timbalan Menteri Penerangan
Tuan Mohamad bin Sabu PAS – Kuala Kedah
Tuan Mahfuz bin Haji Omar PAS – Pokok Sena
Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron PAS – Rantau Panjang
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad PAS – Jeli
Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib PAS – Baling
Tuan Saupi bin Daud KeADILan – Tanah Merah

8. Sehingga kini, tiada siasatan rasmi yang dibuat oleh Kerajaan bagi
merungkai apakah yang berlaku sebenarnya dalam Tragedi Memali?

Antara individu utama yang dikaitkan dengan tragedi ini ialah Tun
Musa Hitam yang merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap
Menteri Dalam Negeri yang mengawal Polis.

Dalam satu forum Diskusi di Kelantan pada tahun 2014, beliau ada
mendedahkan bahawa sebenarnya Tun Dr Mahathir ada di dalam
Malaysia ketika kejadian itu berlaku bukannya di China seperti yang
orang ramai sangkakan. Beliau menyatakan kesediaan
bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan PM, Tun Dr Mahathir
juga kena bertanggungjawab atas prinsip collective responsibility.
Tun Musa Hitam disoal oleh moderator adakah Tun kesal dengan
kejadian ini. Beliau menjawab,

"Titik hitam di dalam kehidupan politik saya ialah Memali.


Saya hendak cakap terus terang. Saya berasa apa kata
32 | Tragedi Memali
orang 'guilty' ke dari segi accountability. Saya berasa sangat-
sangat sedih. Takkanlah saya hendak buat sebegitu rupa
dengan zalim. Tidak, tetapi ia terjadi di bawah saya.

Di bawah siapa? Di bawah Menteri yang berkenaan. Inilah


sistem kerajaan yang harus diterima. Accountability, kalau di
negeri-negeri lain, boleh berhenti atau dibuang. Tetapi,
culture waktu itu tidak wujud.

Saya berani menyatakan, saya berasa sangat sedih. Apabila


saya berhenti, saya pergi Mekah. Saya berdoa, bertaubat, Ya
Allah Ya Tuhanku, dosa aku banyak, bukan sahaja Memali.
Dosa saya yang paling besar ialah Memali.

Saya tidak boleh lupakan perkara ini. Saya tidak boleh


berasa suka dalam hal ini. Bukan cara saya. Tetapi,
tanggungjawab telah diberi dan dijalankan. Akauntabiliti,
terpulanglah kepada samada Mahkamah atau rakyat jelata
membuat pertimbangan."

33 | Tragedi Memali
PENCELAHAN OLEH AHLI PARLIMEN SEMASA UST
DATO’ FADZIL BIN MOHD NOOR MENYAMPAIKAN
UCAPAN BERKENAAN MEMALI DI PARLIMEN.

KENYATAAN IBRAHIM LIBYA

YB Shah Alam (Dato’ Ir Mohd Zain bin Mohamed)- UMNO bertanya tentang satu
kenyataan Ust Ibrahim Libya,

“Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Yang Berhormat tadi menceritakan
tentang peristiwa Memali. Dalam semakan saya yang kerajaan telah pun mengeluarkan kertas
putih terhadap peristiwa Memali, saya hendak supaya Yang Berhormat dapat merenung perkara
ini dan mengulas dengan secara ikhlas.
Apa pandangan Yang Berhormat terhadap kenyataan Ibrahim Libya ataupun Ibrahim
Mahmood, pada masa itu Yang Berhormat kata sebagai Pesuruhjaya PAS negeri Kedah tentu
saya yakin bahawa Yang Berhormat mengikuti perkara ini pada 12 Jun 1984 di Kampung Rusa
Padu, Kuala Nerang, Kedah, Ibrahim Libya berkata di khalayak ramai "Menentang sesiapa
sahaja dengan pedang walaupun adik, abang, pak cik atau datuk nenek kita sendiri dan jangan
kita campuri mereka kerana mereka itu adalah murtad. Jangan bercampur gaul dengan orang-
orang UMNO yang telah kafir. Sembelihan mereka, masakan mereka adalah haram, jangan kita
hadiri kenduri mereka."
Ini lanjutan daripada amanat Haji Hadi yang telah pun dikeluarkan dan kita sedar bahawa
memang ada gerakan untuk instigate rakyat untuk menumbang kerajaan yang sah, dipilih secara
demokrasi dan ini berlaku di bawah kawalan Yang Berhormat selaku Pesuruhjaya PAS di negeri
Kedah. Saya hendak minta komen Yang Berhormat, adakah ini penyelewengan fakta. Ini kertas
putih, Yang Berhormat.”

YB Pendang (Ustaz Dato’ Hj Fadzil bin Md Noor)-PAS menjawab,

34 | Tragedi Memali
“Saya tidak pasti kenyataan itu. Tetapi kita harus melihat, kita harus menimbang suasana dan
keadaan yang mempengaruhi, yang menyelubungi Ibrahim Libya pada waktu itu, suasana yang
menyelubungi keadaan kezaliman yang dilakukan ke atasnya.
Ini yang terakhir yang RTM cuba hendak mengaitkan pula dengan apa yang dikatakan amanat
Haji Hadi.”

35 | Tragedi Memali
UMNO DALANG PERISTIWA MEMALI

YB Baling (Tuan Taib Azamudden bin Md Taib)- PAS bertanya,


” Peristiwa Memali sebenarnya adalah satu desakan UMNO. Kabinet sendiri tidak pernah
setujui tindakan ini. Ini dijelaskan sendiri oleh bekas Ketua Setiausaha Negara pada ketika itu,
Tan Sri Salehuddin. Maklumat diberi kepada Kabinet, diberi makluman, di brief kepada Kabinet
sehari selepas kejadian. Ini adalah penjelasan yang pernah keluar dalam surat khabar, 16 April
1987.
Bolehkah Yang Berhormat menjelaskan selanjutnya dan membuktikan bahawa ini adalah
sebenar keburukan tindakan UMNO, khususnya UMNO Baling sendiri kerana mereka cemburu
terhadap pengaruh Allahyarham Ibrahim Libya dengan kebangkitan PAS di kawasan Baling
pada ketika itu. Konon dengan tindakan mereka terhadap Ustaz Ibrahim ini sendiri memberi
ruang untuk UMNO bergerak semula dan bangun semula di Baling ”

Kemudian, soalan ini dibangkitkan lagi oleh Ahli Parlimen Sri Gading (Datuk Haji
Mohamad bin Haji Aziz) - UMNO dengan memohon penjelasan dari YB Pendang (Ustaz
Dato’ Hj Fadzil bin Md Noor)-PAS,

“Saya amat dukacita kenyataan Yang Berhormat dan pertanyaan Yang Berhormat bagi Baling
yang menyatakan peristiwa Memali ini kerana kehendak UMNO. UMNO tidak ada kuasa
memerintah polis. [Disorak] Yang berkuasa kepada polis ialah kerajaan. Dan kalau polis
melakukan tindakan tentu ada sebab musabab. Polis tidak akan sewenang-wenangnya
melakukan sesuatu tindakan melainkan ada sebab musabab. Sebab musabab ini kerana takut
merugikan PAS, PAS akan lindungi kerana hendak menunjukkan kesalahan polis. Dalam
peristiwa Memali 17 tahun walaupun kita sepatutnya tidak membahas perkara ini kerana
mematuhi fatwa Majlis Fatwa Negara yang tidak mahu perkara ini ditimbulkan lagi.
Saya sebenarnya ingin patuh kepada Majlis Fatwa Negara, tetapi kerana Yang Berhormat Ketua
Pembangkang membangkitkan dan cuba mencemarkan nama UMNO kerana untuk mendapat
keuntungan politik.

36 | Tragedi Memali
Dalam Peristiwa Memali ini, pihak polis empat orang terbunuh, mereka diserang dibunuh.
Pihak Allahyarham Ibrahim Libya berlaku pertempuran antara dua pihak ini kerana seperti
mana fatwa Haji Hadi yang diamalkan oleh Ibrahim Libya.
Saya mohon penjelasan, jadi supaya fakta ini jangan diputarbelitkan seolah-olah PAS hendak
melonggokkan semua kesalahan, Peristiwa Memali ini kepada UMNO, walhal sebab
musababnya terang, seperti mana Kertas Putih yang dikeluarkan dan sebagaimana yang semua
mengetahui empat anggota polis, pasukan keselamatan negara kita yang berjasa, yang
sepatutnya tidak menjadi korban tetapi terkorban kerana keganasan orang PAS, mengikut fatwa
yang dikeluarkan oleh Haji Hadi yang diamalkan oleh Allahyarham Ibrahim Libya.
Jadi, dalam keseluruhan episod ini, kesalahan harus ditanggung oleh PAS dan kesalahan ini
harus diterima dengan lapang dada dan jangan menyalahkan semua pihak.”

YB Pendang (Ustaz Dato’ Hj Fadzil bin Md Noor)-PAS menjawab,

“Itulah Sri Gading tidak dengar tadi. Ini kenyataan daripada bekas Timbalan Menteri Dalam
Negeri yang menyebutkan UMNO mendesak-mendesak dalam Perhimpunan Agung UMNO,
dalam perjumpaan-perjumpaan, UMNOlah bertanggungjawab. Sebab itu saya menyoal apa
kesalahan yang dilakukan oleh Ibrahim Libya yang dia berhak dibunuh, yang dia layak dibunuh
– tidak ada!
Dan kematian empat anggota polis pun tidak diketahui siapa yang sebenarnya menembak
mereka, sebab tidak ada bedah siasat dibuat untuk menentukan peluru mana yang masuk ke
dalam tubuh mereka, peluru siapa?
Sebab itu, saya minta dua orang Menteri Penerangan dan Setiausaha Parlimen jumpa Yusof
Hussin, orang kanan yang bersama Ibrahim Libya yang masih hidup pada hari ini”

Timbalan Menteri Penerangan ( Dato’ Haji Mohd Khalid bin Mohd Yunus )- UMNO turut
mencelah,

“saya hendak bertanya Yang Berhormat, ini dalam Peristiwa Memali ini, ini soal fakta, siapa
yang mula-mula melepaskan tembakan kepada siapa? Itu saya hendak tanya.”

37 | Tragedi Memali
YB Pendang (Ustaz Dato’ Hj Fadzil bin Md Noor)-PAS menjawab,

“Soal siapa tembak siapa, ini sebab itu saya kata panggil Yusof, Yusof yang menyaksikan
perkara itu, jumpa dia, apa payah sangat hendak jumpa dia, leceh sangatkah hendak jumpa dia,
dia orang miskin, dia orang kampung, tidak boleh jumpa dia, kalau hendak mencari kebenaran.
Dia yang tengok, dia yang ada pada waktu itu.”

YB Pokok Sena (Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar) -PAS mencelah,

“berdasarkan kepada kenyataan akhbar seperti yang disebutkan oleh Baling sebentar tadi, saya
ada dan saya baca sekarang ini. Maknanya, berlaku usaha untuk berlepas tangan di kalangan
pemimpin-pemimpin UMNO dan Kabinet dan melonggokkan bahawa masalah ini adalah
masalah yang dilakukan oleh pihak polis.
Tadi disebut oleh Ahli Yang Berhormat bagi Baling bahawa kenyataan Ketua Setiausaha Negara
mengatakan Jemaah Menteri tidak pernah mengeluarkan arahan ataupun memberikan
persetujuan terhadap tindakan ke atas Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya di Kampung
Memali, itu kata Ketua Setiausaha.
Dalam akhbar yang sama ini pula, saya baca di sini bahawa Perdana Menteri pula mengatakan
tindakan itu adalah urusan polis yang terletak di bawah Menteri Dalam Negeri iaitu Musa
Hitam ketika itu, yang sedang disandangkan oleh Musa Hitam ketika itu, kata Perdana Menteri,
ini melonggokkan kepada Menteri Dalam Negeri.
Kemudian Timbalan Menteri Dalam Negeri, pada waktu itu beliau telah menjadi Timbalan
Menteri Perusahaan Utama, Dato’ Radzi Sheikh Ahmad pula sebagai respond terhadap
kenyataan Perdana Menteri dalam laporan ini mengatakan bahawa Dato’ Radzi Sheikh Ahmad
berkata, tindakan ke atas Ibrahim Libya dan pengikutnya dibuat atas persetujuan Kabinet dan
arahan itu dikeluarkan atas arahan Perdana Menteri sendiri sedangkan Perdana Menteri kata,
dia tak tahu apa-apa. Ketua Setiausaha kata bahawa Kabinet telah pun dimaklumkan,
sedangkan Dato’ Radzi mengatakan bahawa arahan itu dikeluarkan oleh Perdana Menteri
sendiri.
Satu lagi, saya difahamkan, kata Dato’ Radzi, UMNO Baling telah melobi Perdana Menteri
supaya dilakukan serangan ke atas Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya, kata Dato’ Radzi

38 | Tragedi Memali
kepada pemberita selepas merasmikan satu seminar di sini dan di penghujungnya Timbalan
Presiden UMNO pada waktu itu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Musa Hitam, yang
sekarang ini menjadi Pengerusi Suhakam telah menyatakan bahawa Timbalan Presiden UMNO
dan bekas Timbalan Perdana Menteri yang pada ketika itu menjadi Menteri Dalam Negeri
berkata, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Kabinet dan Majlis Tertinggi UMNO telah
diberitahu mengenai perkara itu sebelum polis bertindak terhadap Ibrahim Libya dan
penyokong-penyokongnya di Kampung Memali, mukim Siong, Baling, Kedah.
Ini menunjukkan bagi saya bahawa satu kecelaruan, penafian yang dibuat oleh Ketua
Setiausaha dan Perdana Menteri tetapi ianya diperakui oleh bekas Timbalan Perdana Menteri
yang berada di dalam Kabinet dan juga Timbalan Menteri Dalam Negeri pada waktu itu yang
turut sama bertanggungjawab dalam hal yang sedemikian mengaku bahawa Kabinet
dimaklumkan, arahan itu dikeluarkan oleh Perdana Menteri untuk membunuh Ustaz Ibrahim
Mahmud, As-Syahid Ibrahim Libya.
Ini menunjukkan bahawa bagi saya, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat, apakah
Yang Berhormat sepatutnya sekarang ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang
seharusnya diseret ke mahkamah untuk didakwa ataupun sekurang-kurangnya satu public
enquiry atuapun suruhanjaya penyiasat untuk dilakukan secara terbuka termasuklah
membabitkan Perdana Menteri, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Musa Hitam, dan juga
Dato’ Radzi Sheikh Ahmad.”

YB Pendang (Ustaz Dato’ Hj Fadzil bin Md Noor)-PAS respon kepada celahan YB Pokok
Sena (Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar) -PAS,

“ Terima kasih. ya, kalau tidak salah saya, Yang Berhormat, memang kita menuntut dari awal
penyiasatan yang adil, saksama dan bebas dibuat. Tetapi siapa yang hendak menubuhkan
suruhanjaya ini?
Kalau ini mereka yang terlibat dalam peristiwa Memali, mereka itu masih berkuasa, tetapi
rakyat tahu dan rakyat hendaklah tahu bahawa apa yang sebenarnya berlaku”.
Timbalan Menteri Penerangan ( Dato’ Haji Mohd Khalid bin Mohd Yunus )- UMNO
mencelah ,

39 | Tragedi Memali
“Kes Memali ini, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Dato’ Ketua
Pembangkang begini sahajalah, sekarang Yang Berhormat sendiri kata tadi, ya, mengapa kes ini
berlaku?
Satu, kerana polis dapat maklumat kononnya ada kubu dibuat di situ. Ada senjata-senjata
bahaya. Saya tidak hendak mempersoalkan sama ada Ibrahim Libya ini alim tidak alim, itu saya
tidak mempersoalkan. Kalau dia alim, dia alimlah. Tidak alim, tidak alimlah. Tetapi yang saya
hendak kata ini, bila Yang Berhormat Ketua Pembangkang kata, Ibrahim Libya ini dibunuh oleh
desakan UMNO, ini saya kira tidak betul.
Pasal, cuba Yang Berhormat fikir, kalau Yang Berhormat sendiri tahu di satu tempat itu ada
keadaan yang macam itu tadi dan polis pergi ke situ bertujuan semata-mata hendak ambil
Ibrahim Libya. Tetapi fasal apa, fasal apa, pasukan keselamatan polis, dihalang dan akhirnya
berlaku kejadian itu. Itu saya tanya tadi, siapa yang mula tembak? Siapa yang mula tembak?
Jangan lupa dalam 18 orang yang mati itu, yang rebah sama ialah empat orang polis yang
menjalankan tanggungjawab dia untuk menjaga keselamatan kita, rakyat kita. Macam mana
pula kedudukan polis ini, yang mati ini, dia pun ada anak isteri, ada saudara mara, Adakah
mereka ini juga mati syahid ataupun tidak? Tinggal lagi Yang Berhormat hendak
mempertahankan hujah dia tetap mati syahid, hendak hormat, tidak hormat keputusan Majlis
Fatwa Kebangsaan, itu hak Yang Berhormat. Tetapi yang saya hendak minta penjelasan kepada
Yang Berhormat ialah, hendak kata Ibrahim Libya dibunuh walhal dia mati kerana akibat
daripada pertempuran itu. Yang itu saya hendak minta penjelasan sedikit.”

YB Pendang (Ustaz Dato’ Hj Fadzil bin Md Noor)-PAS menjawab,

“Timbalan Menteri Penerangan. Ini kenyataan-kenyataan dan keterangan-keterangan daripada


bekas-bekas pemimpin UMNO yang mengatakan tindakan itu diambil berdasarkan kepada
tekanan-tekanan, desakan-desakan UMNO. Inilah yang polis bertindak dan polis juga memikul
tanggungjawab, tidak boleh terlepas kecuali kalau Yang Berhormat tidak mahu mengakui
mereka itu sebagai pemimpin UMNO tetapi mereka itu adalah pemimpin UMNO, orang-orang
penting dalam UMNO. Mungkin pada waktu itu Yang Berhormat masih duduk di Utusan.”

40 | Tragedi Memali
YB Kuala Kedah (Tuan Mohamad bin Sabu) – PAS mencelah,

“Yang Berhormat Ketua Pembangkang, pemimpin UMNO itu bersama dengan PAS masa 46
dahulu. Mereka yang berucap mengatakan bahawa tindakan terhadap Memali itu desakan
daripada pemimpin UMNO. Di antara mereka sekarang menjadi Menteri, yang dahulunya
bersama dengan kami berceramah ke sana ke mari. Kami pun tidak tahu yang dia didesak oleh
pemimpin UMNO tetapi mereka menceritakan dalam ceramah-ceramah bersama dengan kami
dahulu. Bagaimana pemimpin itu hendak tarik balik kenyataan mereka sekarang? Itu soalan
pertama, kedua tunggu sekejap lagi.”

41 | Tragedi Memali
KEPUTUSAN MASJLIS FATWA KEBANGSAAN

YB Arau (Puan Hajah MastikaJunaidah binti Husin) -UMNO turut membuat celahan,

” Kita tadi mendengar Yang Berhormat bagi Pendang menceritakan versi daripada beliau
berkenaan dengan peristiwa Memali. Kalau hendak dikirakan tadi, disebutkan bahawa Ibrahim
Libya adalah pendakwah, dalam negara kita, kita ada ramai pendakwah, tetapi tidak ada
pendakwah yang terlibat di dalam peristiwa yang sebegini hebat di dalam negara kita. Itu satu.
Kerajaan membenarkan siapa sahaja hendak berdakwah, tidak ada pendakwah-pendakwah yang
berdakwah dalam negara kita disekat oleh kerajaan. Ini harus kita ambil ingatan.
Saya sebenarnya, kebelakangan ini, apabila selepas peristiwa 11 September, ada penghormatan
kepada parti pembangkang sebab kita sama-sama tidak menerima militan, tidak menerima
keganasan, tetapi hari ini apabila mendengar apa yang disebutkan oleh Ketua Pembangkang,
seolah-olah pihak pembangkang membenarkan keadaan-keadaan yang tidak sihat ini berlaku di
negara kita.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, tape yang ditunjukkan oleh RTM, adakah pihak
PAS hendak menyatakan bahawa ini sandiwara, rekaan, dilakonkan semula atau benar-benar
berlaku di tempat yang berkenaan kerana semua wanita, kanak-kanak menjadi histeria, mereka
telah menjadi manusia-manusia militan pada waktu itu. Sikap ini membahayakan negara kita.
Dan satu lagi, Majlis Fatwa telah membuat keputusan, matinya mereka yang terlibat bukan mati
syahid, tetapi PAS tidak hendak juga terima. Adakah kalau ini soal yang dikaitkan, yang dilihat
dalam perspektif politik, boleh pihak PAS hendak terima apa yang diputuskan oleh kerajaan,
saya pasti, kalau sikap ini dilaksanakan tidak timbul masalah, adakah PAS boleh terima,
sedangkan Majlis Fatwa telah buat keputusan pun tidak diterima oleh pembangkang.”

YB Pendang (Ustaz Dato’ Hj Fadzil bin Md Noor)-PAS menjawab,

“ Berdakwah. Ada pelbagai bentuk sekatan yang dibuat oleh kerajaan bukan satu sekatan, bukan
semua 'duat', para 'duat' itu diambil tindakan seperti diambil tindakan terhadap Ibrahim Libya.
Ada banyak sekatan-sekatan lain dibuat termasuk sekatan-sekatan melalui ceramah. Tetapi
Ibrahim Libya kerana beliau tidak mahu menyerah diri di bawah akta yang zalim, itu sahaja.

42 | Tragedi Memali
Dan ini tidak boleh dilibatkan dengan PAS. Ada pemimpin PAS yang dikeluarkan waran untuk
ditangkap di bawah ISA dan mereka ditangkap dan PAS tidak melarang mereka untuk mereka
membiarkan diri mereka ditangkap tetapi kita membuat bantahan kemudian.
Tetapi Ibrahim Libya, tetapi dia hanya sendiri, tidak mahu menyerahkan dirinya, apakah kalau
dia tidak mahu menyerahkan dirinya di bawah ISA, dia dijatuhkan hukuman bunuh? Bila
mahkamah lain menjatuhkan hukuman yang dia layak dibunuh.
Mengenai dengan fatwa. Ini saya hendak menceritakan, kami waktu itu pimpinan PAS Kedah,
telah menemui Majlis Fatwa Kedah apabila Majlis Fatwa Kedah memanggil kami.
Kami pergi, dan kami berbincang dengan Majlis Fatwa Kedah, kami memberi pendapat kami
tentang kematian Ibrahim Libya. Pada waktu itu Majlis Fatwa hanya mendengar pandangan
kami dan tidak menjawab dan tidak menolak hujah-hujah yang kami berikan.
Kemudian Majlis Fatwa membuat satu ruling. Sebab itu kami tidak membangkitkan lagi perkara
itu. Kami menerima, kami tidak mengadakan sambutan peringatan seperti yang dikatakan tadi,
hari peringatan, kami memberhentikan sambutan hari peringatan dan kami menerima apabila
Majlis Agama yang dititahkan oleh Tuanku Sultan Kedah untuk menukar batu-batu nisan di
perkuburan Ibrahim Libya dan murid-muridnya – kami menerima”

43 | Tragedi Memali
PROPAGANDA JAHAT RTM

Yang Berhormat bagi Arau tadi mengenai dengan apakah RTM menyiar sapenuhnya gambar-
gambar yang dirakamkan di Memali.
Itulah yang kita minta, kita minta supaya kalau RTM hendak menyiarkan klip video Memali,
siarkan dengan adil, jangan hanya mengambil bahagian-bahagian daripada peristiwa itu
kemudian diulas untuk menyokong mereka, untuk kepentingan mereka. Kenapa tidak disiarkan
satu gambaran yang sangat menyayat hati?
Sebab itu saya meminta supaya Menteri Penerangan dan Setiausaha Parlimen berbincang dan
menemubual, merakamkan kenyataan daripada Yusof Husin, orang kanan Ibrahim Libya yang
menyaksikan peristiwa yang berlaku.
Kejadian yang tidak digambarkan dalam klip video yang difitnahkan dan di propaganda oleh
RTM ialah dimana dalam peristiwa itu, ketika Allahyarham Ibrahim Libya ditembak, dari depan,
dari kiri dan dari kanan. Saya menyaksikan mayatnya, saya menyaksi mayat Allahyarham
Ibrahim Libya di rumah mayat di Hospital Sungai Petani, apabila saya pergi ke sana selepas
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah ditangguhkan pada tengah hari.
Dia memang ditembak di bahagian depan. Mengikut apa yang diterangkan oleh Yusof Husin ini,
apabila Ibrahim Libya ditembak dan dia jatuh, isterinya memangku di bahagian kepala Ibrahim
untuk mengingatkan dia supaya dia melafazkan kata-kata Lailahaillallah. Sementara ibunya
yang sudah tua dan bapanya yang sudah tua memangku di sebelah kiri dan sebelah kanan.
Ketika itu mengikut Yusof, Ibrahim hanya boleh melafazkan kalimah Allah, lah, tiba-tiba datang
sekumpulan polis menyeret tangan isterinya dan ibu bapanya. Dengan keras menyeret tangan
mereka yang sedang memangku tubuh suaminya dan anak-anak mereka dan anak mereka diseret
oleh polis, dibiarkan Ibrahim terlentang seorang diri. Keganasan ini kenapa tidak ditunjuk,
kenapa tidak digambarkan, kenapa disembunyikan? Ini sebab saya katakan tidak ada akhlak,
tidak amanah, tidak jujur kecuali membuat fitnah dan membangkitkan fitnah yang sudah tidur.
Allah melaknat orang menggerakkan fitnah yang sedang tidur. Saya ulangi hadis [Membaca
sepotong hadis], fitnah itu tidur kata Rasulullah, Allah melaknat orang yang membangkitkannya.
PAS tidak ada peluang untuk menjawab, berbulan-bulan RTM menyiarkan daripada peristiwa
Taliban sambung dengan Memali, berbulan-bulan. Kenapa Majlis Fatwa Kebangsaan berdiam
diri pada waktu itu?

44 | Tragedi Memali
Seolah-olah sengaja membiarkan RTM menyiarkan dan bila hampir Persidangan Parlimen, kita
tidak diberi peluang untuk menjawab. Bila kita hendak mengadakan majlis ceramah untuk
memperjelaskan, kita diserang oleh polis. Barulah Majlis Fatwa Kebangsaan membuat
kenyataan meminta semua pihak memberhentikan percakapan dan apa juga bentuk berkenaan
dengan peristiwa Memali. Adilkah ini?
Adilkah kalau satu kumpulan perompak merompak rumah kita dan mengambil habis harta benda
kita, tiba-tiba apabila tuan rumah itu bangun dengan keluarganya untuk menentang, perintah
dikeluarkan: “Berhenti semua tindakan!” Adakah adil? Perompak telah merompak habis harta
benda, kita hendak membantah, tidak boleh, kita hendak menentang tidak boleh.
Dia tidak hendak faham apa yang saya terangkan. Adilkah? Saya bukan tidak menghormati
Majlis Fatwa Kebangsaan, saya menghormati Majlis Fatwa Kebangsaan, tetapi biar Majlis
Fatwa Kebangsaan bertindak dengan adil. Kenapa larangan itu tidak dibuat di waktu awal RTM
membuat siaran ini, berbulan bukan sehari dua.
Pada hari Persidangan Parlimen baru-baru ini waktu saya hendak pulang, saya sempat
bertanya dengan Setiausaha Parlimen, “Kementerian Penerangan, adakah lagi klip video
Memali?” “Ada lagi.”. Saya kata, “Bagus, siar!” Sebab rakyat, rakyat sudah bosan dan mual
dan benci. Apa mereka fikir rakyat akan menyokong mereka dengan cara fitnah begitu?
Membongkarkan perkara-perkara yang sudah lama dan memang RTM menjadi sindrom,
menceritakan perkara-perkara lama termasuk filem-filem lama, tak ada idea baru.
Saya minta adil. Kita bersedia untuk patuh, terima pandangan. Semalam saya pun beritahu
orang surat khabar kerajaan berhenti dahulu, tetapi beri peluang kepada kita untuk memberi
penjelasan, kemudian kita akan berhentikan. Kita pun sudah lama berhenti tidak bercakap soal
isu Memali ini dan suasana masyarakat pun sudah pulih. Apa tujuannya, kalau tidak untuk
fitnah.
Apa lagi perancangan yang hendak dibuat untuk menghapuskan imej PAS. Apa lagi konspirasi
yang hendak dibuat, apa lagi yang difikirkan oleh general. Maulud yang bertempat di Putrajaya
itu untuk merancang, untuk membuat sesuatu, untuk menghancurkan PAS dan parti
Pembangkang, apa lagi? Trak polis sudah dibakar, video Memali sudah disiar, Taliban sudah
disiar, apa lagi yang hendak dibuat? Kami tiada tempat untuk mengadu, hendak berjumpa
dengan Menteri berkenaan, tidak bersedia hendak berjumpa, hanya kami mengadu kepada
Allah. Itulah tempat untuk mengadu.

45 | Tragedi Memali
IBRAHIM LIBYA MATI SYAHID

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (Dato’ Haji Noh bin Haji Omar) -
UMNO menanyakan berkenaan pendirian YB Pendang (Ustaz Dato’ Hj Fadzil bin Md
Noor)-PAS,

“Adakah Yang Berhormat mengatakan bahawa Ibrahim Libya ini mati syahid? Ataupun Yang
Berhormat masih lagi berpegang dengan kenyataan Yang Berhormat buat pada 7 Februari 1986
di Utusan Melayu yang mengatakan bahawa syahid bukan fatwa PAS.
Ianya dibuat secara spontan oleh penduduk tempatan pada 7 Februari 1986. Adakah Yang
Berhormat masih berpegang kepada kenyataan tahun 1986 ataupun ini sebab sudah tengok
Memali ini, dia orang sudah siar dalam televisyen, PAS merasa tertekan, Yang Berhormat
berubah pula pendirian.”

YB Pendang (Ustaz Dato’ Hj Fadzil bin Md Noor)-PAS menjawab,

“Pendirian saya sudah tetap mengenai isu Memali satu kezaliman yang dilakukan oleh Kerajaan
Barisan Nasional pimpinan UMNO atas desakan Parti UMNO.
Tentang kedudukan Ibrahim Libya, syahid atau tidak syahid, pendirian PAS Kedah, saya
menyatakan, sewaktu kita bertemu dengan Ahli-ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, kami
menyatakan pendirian kami menyokong pendirian yang diambil oleh penduduk tempatan di
Kampung Parit Panjang bahawa Ibrahim Libya adalah
syahid. Kami mempertahankan pendirian kami. Di depan Ahli Majlis Fatwa dengan hujah-hujah
kami bersandarkan kepada kitab-kitab rujukan kami yang muktabar.
Di antaranya ialah kitab Fiqah, As-Shafie, Khalyubi dan Ummairah dan kitab Fiq Hambali yang
ditulis oleh seorang ulama dalam mazhab Hambali iaitu Ibnu Khudamah dalam kitab Al-
Mughuni. Tetapi apabila Majlis Fatwa mengeluarkan kenyataan dan mengeluarkan keputusan,
kami tidak lagi memperbesarkan isu itu…..
Pendirian kami berdasarkan hujah-hujah ilmiah, bukan sentimen.”

46 | Tragedi Memali
UMNO CADANGKAN BONGKAR KUBUR IBRHIM LIBYA

YB Sri Gading (Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz) - UMNO mencelah,

“Saya seronok sebenarnya berhujah dengan Yang Berhormat Dato’. Sebagai agaknya satu
jawapan yang muktamad, apa kata kalau PAS dan UMNO membuat satu pakatan.
Mengikut yang ana difahamkan oleh para ulama, orang mati syahid ini jasadnya tidak hancur.
Syuhada-syuhada di mana-mana pun tidak hancur. Boleh tak dengan inisiatif PAS dengan
UMNO kita mohon kebenaran keluarga Allahyarham Ibrahim Libya yang dikatakan mati syahid,
kita bongkar kuburnya, kita lihat. Hancur ataupun masih berjasad seperti beliau dikebumikan 17
tahun yang lalu. Kalau hancur maknanya dia bukan mati syahid.
Kalau jasadnya masih seperti di kebumikan 17 tahun yang lalu, dia mati syahid. Confirm, kita
akur. Boleh tidak diatur oleh PAS, kita ikut dan kita sama-sama bongkar kubur Ibrahim Libya,
kes ini kita tutup dengan penemuan jasad ataupun jenazah Allahyarham Ibrahim Libya”

YB Pendang (Ustaz Dato’ Hj Fadzil bin Md Noor)-PAS menjawab

“ Itu bukan tugas PAS [Dewan riuh] Itu kewajipan kepada mereka yang menyangkal kedudukan
Allahyarham Ibrahim Libya. Mereka yang menyangkal Majlis Fatwa yang menafikan, Majlis
Fatwa yang berlainan, merekalah yang bertanggungjawab untuk menggali semula kubur itu dan
memandikan Ibrahim Libya, menyembahyangkan jenazahnya dan mengapankan.
Itu kewajipan mereka. Bukan kerja PAS, bukan tugas PAS. Tugas UMNO untuk mendesak Majlis
Fatwa bagi membuktikan kebenaran fatwa mereka, lihat. Saya, waktu kami pimpinan PAS telah
bertemu dengan Majlis Fatwa, kami minta supaya Majlis Fatwa pergi melihat tempat kejadian
itu sebelum mengeluarkan fatwa. Tetapi itu semua tidak dilakukan. Tetapi kami akur kemudian.
Sebab itu sebagaimana saya katakan tadi, bahawa apabila Majlis Agama Islam Negeri Kedah
membuat keputusan atau titah Tuanku Sultan Kedah Untuk menukar batu nisan, kami terima.
Kami akur, tidak apalah, saya bagi tahu kepada sahabat-sahabat di Memali, terima, Ini perintah
Tuanku, Sultan yang memerintah.
Dia orang dok tanya Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ceritalah bagi jelas supaya masyarakat
boleh dengar, ini catatan sejarah, rekod. Tuanku Sultan Kedah ini bukan sebarang Sultan.

47 | Tragedi Memali
Seorang yang lembut budi bahasa, halus budi bahasa dan sangat bersopan santun. Tinggi
pekertinya. Baginda berangkat menziarahi perkuburan Allahyarham Ibrahim Libya dan murid-
muridnya di Kampung Parit Panjang.
Ini menunjukkan Ibrahim Libya bukan penjenayah. Bukan penderhaka. Bukan bughah dalam
istilah Islam. Kita tidak hendak menyeret Baginda dalam perbahasan ini. Tetapi hendak
membuktikan, menunjukkan bukti empirical, Bahawa Ibrahim Libya adalah jauh daripada apa
yang difitnahkan oleh UMNO”

48 | Tragedi Memali
IBRAHIM LIBYA GHURRAH

YB Sri Gading (Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz) - UMNO mencelah,

“ Apa yang dipaparkan oleh Yang Berhormat tentang Abdullah Ibni-Sallam dan beberapa hadis
tadi, itu betul, benarlah, tetapi perbandingan Yang Berhormat buat itu bercanggah sama sekali.
Kalau buat perbandingan dengan negara-negara yang lain itu dengan Malaysia, ia lain,
Malaysia lain.
Malaysia sebuah negara Islam yang menjalankan berbagai-bagai kebaikan, tidak ada
kezaliman, syiar agama - Alhamdulillah dicontohi oleh Negara-negara OIC, dikagumi. Kita
jalankan berbagai-bagai perkara yang berkaitan dengan Islam, ilmu Fikah, Ilmu Tauhid,
macam-macam kita jalankan kepada ulama kita, kita benarkan berdakwah, sekolah agama,
madrasah, begitu hebat dalam negara ini. Negara ini berbeza dengan andaian, perbandingan
dengan negara-negara lain, tidak zalim tetapi dalam Islam juga Ibrahim Libya ini boleh juga
dikatakan gurrah – pengkhianat, penderhaka.
Dalam Islam penderhaka boleh dibunuh. Tetapi oleh sebab PAS hendak mempertahankan
Ibrahim Libya bagi orang PAS maka dia dimake-up Ibrahim Libya ini sebagai orang yang mati
syahid, orang yang memperjuangkan agama dan sebagainya tetapi gurrah Ibrahim Libya,
penderhaka Ibrahim Libya sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam, gurrah boleh dibunuh.
Islam tidak melarang kalau kita membuat hukuman kepada orang Islam yang melanggar
undang-undang. Ini yang berlaku dalam negara ini.
Jadi kalau hendak dibuat perbandingan dengan negara lain, kita bukan negara yang zalim,
negara yang penuh dengan kenikmatan, kemakmuran dan kebahagiaan yang dapat kita rasai
termasuk Ahli-ahli Pembangkang pun merasai bagaimana nikmat pemerintahan yang adil oleh
Kerajaan UMNO Barisan Nasional dalam negara ini.”

YB Pendang (Ustaz Dato’ Hj Fadzil bin Md Noor)-PAS menjawab

“ Saya terpaksa memberi satu kuliah mengenai dengan gurrah - bukan gurrah, ‘ghurah’, ghain.
Macam semalam wakil Arau sebut haman - bukan ‘haman’, ‘hamam’ - Haman itu burung

49 | Tragedi Memali
merpati, sebut pun tidak berapa betul, Bahasa Arab ini ia sensitif, silap letak harakatnya pun
baris bawah atas pun ia memberi makna yang lain. Ini bukan ‘gurrah’ – ‘ghurah’, ha ‘ghurah’.
Ia ada dalam Kitab Fikah, Tuan Yang di-Pertua, bukannya dalam mana-mana Kitab sama ada
Syafie kah, Hanafi kah atau mana-mana Kitab Fikah. Ada undang-undang yang khas, peraturan,
hukum-hukum yang tertentu bagi ghurah iaitu ghurah tidak boleh dibunuh kecuali apabila
mereka mengangkat senjata macam golongan Hawarij menentang Saidina Ali.
Itu pun sebelum itu mesti dihantar orang yang dihormati untuk mendapat penjelasan kumpulan
itu sebagaimana Saidina Ali menghantar Ibnu Abbas untuk berdepan, berhujah dengan
kumpulan Hawarij. Kenapa kamu menentang Ali, orang yang dihormati? Langkah ini tidak
pernah diambil oleh UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional untuk berunding dengan Ibrahim
Libya dan bertanya apa sebab dia menentang? Tidak ada!
Ini yang kami bangkitkan di hadapan Majlis Fatwa. Jangan Majlis Fatwa memberi fatwa,
diminta oleh kerajaan memberi fatwa ketika sudah berlaku kejadian. Majlis Fatwa tidak pernah
dirujuk oleh kerajaan sebelum tindakan diambil untuk membunuh Ibrahim Libya. Majlis Fatwa
digunakan hanya untuk mengesahkan tindaka. Kemudian jika sekiranya pandangan yang
diberikan kumpulan yang dianggap ghurah ini didengar oleh orang yang dihormati ini, orang
itu kalau ada asas, dia mesti pulang bertemu dengan kerajaan memberitahu ini perkara-perkara
yang ditentang oleh kumpulan yang menentang.
Dan kerajaan mesti memperbaiki, membetulkan keadaan yang tidak betul. Kalau semua itu
dilakukan dan mereka terus mengangkat senjata, barulah kerajaan boleh bertindak
menggunakan kekerasan kepada mereka. Itu pun kalau mereka menentang berdepan. Kalau
mereka lari, mereka tidak berdepan dengan kekerasan, mereka tidak boleh dibunuh dan mereka
tidak dianggap kufur.”

50 | Tragedi Memali
IBRAHIM LIBYA TIDAK MAHU SERAH DIRI

Timbalan Menteri Penerangan ( Dato’ Haji Mohd Khalid bin Mohd Yunus )- UMNO
mencelah

“Tadi Yang Berhormat Ketua Pembangkang kata, mengapa Ibrahim Libya tidak disiasat. Jadi
tujuan polis pergi ke situ, hendak ambil dia, hendak siasatlah itu, tetapi sebab apa dia pergi
lawan? Ha, dia lawan. Cuba dia, orang yang duduk di situ dahulu, 17 tahun dahulu serahkan
Ibrahim Libya itu mungkin tidak jadi macam itu. Hah, nampak tidak? Tadi Yang Berhormat kata
Ibrahim Libya mesti disiasat. Polis hendak pergi mengambilnya hendak siasatlah itu, takkan
saya pula pada waktu itu hendak pergi mengambilnya.”

YB Pendang (Ustaz Dato’ Hj Fadzil bin Md Noor)-PAS menjawab,

“Polis bukan orang yang layak untuk berbincang mengenai dengan syariat dengan Ibrahim
Libya. Sepatutnya kerajaan menghantar rombongan Majlis Fatwa untuk mendapat pandangan
daripada mereka. Polis pergi untuk bertindak, janganlah Yang Berhormat hendak defend -
hendak pertahankan perkara yang salah, yang zalim.
Kalau hendak dikira macam kata Sri Gading tadi, kalau saya ambil sebagai contoh, kisah saya
hendak habiskan ini. Kisah...”

Belum sempat YB Pendang (Dato’ Hj Fadzil bin Md Noor)-PAS menghabiskan jawapan,


Timbalan Menteri terus mencelah,

“Begini sahajalah ya. Jadi Yang Berhormat Ketua Pembangkang melemparkan satu tuduhan
andaian. Itu dari segi kaca mata Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya hendak kata
terang-terang, saya berdiri di sini bukan hendak mempertahankan benda yang zalim. Kalau
betul zalim, saya pun sama balun, nampak? Saya pun sama tidak bersetuju tetapi dalam kes ini
yang saya hendak pergi kepada fakta sahaja, itu sebab saya tanya “sulih-sulihlah”, kata orang
kampung, satu-satu saya tanya.

51 | Tragedi Memali
Jadi dalam kes ini, sepatutnya bila polis bertindak bagi pihak kerajaan, betullah, takkanlah
macam mana cara kerajaan hendak bertindak itu, itu atas budi bicara, kebijaksanaan kerajaan.
Kalau pada ketika itu hendak pergi mengambil orang yang disyaki membuat satu-satu perkara
yang boleh memudaratkan keselamatan, orang yang patut pergi ialah orang yang menjaga
keselamatan. Lepas itu kalau sudah diambil, Arwah Ibrahim Libya ini dahulu, kalau hendak
panggil Ahli Majlis Fatwa kah, siapa yang bijaksana, yang arif tentang agama, waktu itu
mungkin tindakan susulan boleh dibuat.

Jadi, saya hendak menyatakan di sini, hendak melemparkan tuduhan yang begitu berat
mengatakan Ibrahim Libya itu dibunuh, itu saya payah hendak terima sedikitlah.”

YB Pendang (Ustaz Dato’ Hj Fadzil bin Md Noor)-PAS menjawab

“Memanglah mentaliti Yang Berhormat susah hendak terima. Soalnya, saya telah menyatakan
tadi, Ibrahim Libya tidak bersedia menyerahkan dirinya kerana dia hendak ditahan di bawah
ISA, satu akta yang zalim sebab itu dia tidak bersedia hendak menyerahkan diri kepada ISA.
Polis hendak memeriksa dia, menyiasat dia dengan menggunakan ISA. Itu yang dia tidak boleh
terima. Tetapi kalau kerajaan hendak menyelesaikan dengan baik perkara ini, perkara yang
sudah berlaku tidak guna.
Kerajaan boleh menghantar satu pasukan, kumpulan Majlis Fatwa umpamanya kerana ini
melibatkan isu agama, isu syariat. Sebab itu bila kita bertanya kepada ahli-Ahli Majlis Fatwa,
adakah kerajaan mendapat fatwa daripada Majlis Fatwa sebelum kerajaan bertindak yang
sampai cara bertindak itu sudah sampai kepada peringkat membunuh, tidak ada! Jadi Majlis
Fatwa hanya dirujuk untuk mendapat pengesahan tindakan itu. Tidak adil, menzalimi juga
Majlis Fatwa.
Kisah Hajjaj bin Yusuf Al-Saqafi. Kalau hendak kira kerajaan buat itu, kerajaan buat ini, Hajjaj
bin Yusuf Al-Saqafi ini sangat terkenal sebagai seorang Gabenor yang banyak berjasa kepada
Islam. Sampai hari ini jasanya itu kekal diterima oleh orang-orang Islam.
Dalam konteks Islam, dialah orang yang awal meletakkan tanda huruf-huruf Arab yang
membolehkan umat Islam yang bukan Arab pun boleh membaca Al-Quran, dan boleh membaca
hadis. Tetapi dia zalim, dia terkenal dengan kezaliman. Seorang Gabenor yang zalim, seorang

52 | Tragedi Memali
panglima yang zalim, membunuh para ulama termasuklah antaranya Saad bin Zubair ulama
terkenal di Madinah dari kalangan Tabiin, generasi kedua selepas sahabat, dibunuh oleh Hajjaj
bin Yusuf Al-Saqafi. Kerana apa? Kerana menentang kezaliman pemerintah pada waktu itu.
Suatu hari Hajjaj bin Yusuf ketika dia hendak memakainya jubahnya didapati jubahnya
terkoyak. Saya hendak menceritakan tentang erti kezaliman dalam Islam. Dia minta pegawainya
mencari tukang jahit untuk menjahit jubahnya. Pegawai itu membawa jubahnya pergi ke pasar
mencari tukang jahit. Ada dia bertemu dengan tukang jahit. Oleh kerana bajunya cantik jadi
tukang itu bertanya, jubah siapakah in? Pegawai itu mengatakan jubah Hajjaj. Oh, jubah Hajjaj
kami tidak boleh, saya tidak boleh menjahit. Kenapa? Hajjaj seorang yang zalim. Jubahnya pun
tidak boleh dijahit, membantu orang yang zalim.
Sampai petang pegawai itu mencari, tidak seorang pun tukang jahit di bandar itu yang mahu
menjahit jubah Hajjaj kecuali seorang sahaja, itu pun yang mengatakan kerana hari sudah lewat
besok sahajalah kamu datang ambil jubah ini. Pada malam itu dia pergi menemui seorang
ulama yang masyhur iaitu Suffian Al-Sauri Rahimallah. Beliau bertanya Suffian Al-Sauri adakah
jika saya tolong menjahit jubah Hajjaj, saya dianggap sebagai seorang yang membantu orang
yang zalim. Suffian Al-Sauri Rahimallah menjawab, kamu bukan sahaja dianggap membantu
tetapi kamu juga dianggap sebagai orang yang zalim sama dengan Hajjaj. Dia tidak membunuh,
dia hanya hendak menjahit baju Hajjaj sahaja. Inilah bagaimana Islam begitu sensitif tentang
masalah kezaliman.
Saya sendiri memang tidak ada apa-apa rasa permusuhan dengan Perdana Menteri. Sebab itu
saya kasihan apabila mendengar ucapannya yang terbaru di Dewan Bahasa. Ini satu ucapan
yang merbahaya. Inilah yang menyebabkan beberapa orang penulis dalam akhbar-akhbar
berbahasa Inggeris menulis, menghina.”

53 | Tragedi Memali
CATATAN KHAS
Ucapan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Menyanggah Tun Dr Mahathir Berkenaan Tragedi
Memali
SYED AHMAD FADHLI
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
Bertarikh: 30 Zulkaedah 1438H / 23 Ogos 2017M

1. Setelah DAP dan anak didik kesayangannya, PAN tampil membela


Tun Dr Mahathir dalam isu Tragedi Memali, hari ini empunya badan
sendiri pula yang bersuara.

Skrip yang sama digunakan, taktik 'diversion', iaitu mereka


bersepakat untuk menyerang PAS dengan menggunakan 'Amanat
Haji Hadi' sebagai punca Tragedi Memali.

Mereka ingin orang ramai melupakan hakikat sebenarnya yang


berlaku pada era pentadbiran Tun Dr Mahathir iaitu tahanan tanpa
bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim itu
hendak dikenakan terhadap Almarhum Ustaz Ibrahim Libya.

2. Dalam blog Tun Dr Mahathir hari ini turut memetik ucapan Tun Musa
Hitam, Pemangku Perdana Menteri di Parlimen yang bertarikh 20
November 1985.

Timbul kemusykilan di sini, kerana Tun Musa Hitam pada tahun 2014
telah mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir berada dalam negara
ketika Tragedi Memali berlaku dan Tun Musa menafikan beliau
bertindak sebagai Pemangku Perdana Menteri.

Kelihatannya, episod tuding-menuding berlaku sesama mereka


kerana pada tahun 1980an itu UMNO sedang mengalami konflik
perbalahan dalaman antara Team A dan Team B. Tun Mahathir
berganding dengan Tun Ghafar Baba dalam Team A manakala Ku Li
berganding dengan Tun Musa berada dalam Team B.
54 | Tragedi Memali
3. Pada persidangan Parlimen Mac 1986, Kerajaan membentangkan 2
Kertas Putih iaitu isu Skandal Kewangan BMF dan Tragedi Memali.
Kertas Putih ini direkayasa Kerajaan bagi menghalalkan tindakan
kejam mereka membunuh 14 orang penduduk Kampung Memali
termasuk Almarhum Ustaz Ibrahim Libya.

Sejak dulu sehingga sekarang, PAS tidak pernah berganjak dalam


menuntut penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja dan penarikan
semula Kertas Putih yang hitam itu agar semua yang terbabit
mendapat keadilan dan pembelaan yang sewajarnya.

4. Almarhum Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan Ahli
Parlimen Pengkalan Chepa bagi sesi Parlimen tahun 1982-1986.
Pada petang Jumaat 14 Mac 1986, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul
Aziz bangun membahaskan Titah Diraja.

Dalam ucapan ini, beliau tegas mempertahankan Almarhum Ustaz


Ibrahim Libya yang dituduh oleh Kerajaan sebagai pelampau agama
sedangkan Almarhum Ustaz Ibrahim adalah pejuang yang berani
menentang ISA yang zalim sehingga terkorban nyawanya.

5. Berikut adalah teks penuh ucapan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul
Aziz;

Tuan Yang di-Pertua, untuk sama-sama membahaskan Titah


Baginda Yang di- Pertuan Agong yang diucapkannya pada 10 hb
Mac, 1986 baru lalu, saya ingin menyebutkan dengan ringkas
bahawa satu Titah yang telah dilafazkan oleh Baginda-baginda
Sultan Negeri ataupun oleh Yang di-Pertuan Agong, sebahagian
besarnya disusun oleh Kerajaan-kerajaan Negeri dan juga Jemaah
Menteri Pusat, kalau pun tidak kesemuanya sekali, ianya
dikemukakan oleh Baginda Sultan dan Baginda Duli Yang Maha
Mulia Yang di-Pertuan Agong sebagai pandangan dan dasar
Kerajaan yang sedang berkuasa.

Oleh itu, tidaklah mencemarkan Baginda sekiranya ulasan-ulasan


yang saya akan buat ini memperlihatkan kelemahan-kelemahan atau
kepalsuan amalan Kerajaan yang sedang
dijadikan landasan bertindak sekarang ini.

55 | Tragedi Memali
Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik apabila Baginda menyentuh
mengenai cabaran terhadap negara oleh orang atau golongan yang
menyalahgunakan agama untuk kepentingan peribadi
dan politik.

Tuan Yang di-Pertua, perkataan mempergunakan agama,


menyalahgunakan agama dan sebagainya selalu ditonjolkan sekarang
ini untuk mengelirukan dan menakut-nakutkan
rakyat yang sebahagian besarnya tidak mendalami pengajian agama.
Kepala orang yang mempelajari agama dan mendalaminya yang
bilangannya sekarang ini semakin membesar,

Alhamdulillah, kata-kata tadi akan menikam balik perut yang


mengatakan itu sendiri.

Saya hendak tanya benda apakah yang digunakan oleh Rasullullah


S.A.W. untuk menarik orang ramai supaya menyokong Baginda kalau
tidak agama?

Benda apakah yang telah digunakan oleh Baginda Rasullullah S.A. W.


untuk mendapat sokongan dan bantuan orang ramai kalau tidak kerana
Qallallah dan Firman Allah.

Benda apakah yang menjadi daya tarikan orang ramai terhadap


Baginda Rasullullah S. A. W.

kalau tidak kerana wahyu yang diterimanya sebagai firman dan tingkah
laku Baginda, tutur kata Baginda dan kerja, buat Baginda sebagai Hadis
dan pentafsiran wahyu, yang kesemuanya itu disebut agama.

Tidak ada apa pun yang menjadi daya menarik untuk Badwi Arab yang
jakun itu terhadap Baginda Muhammad bin Abdullah s.a.w. selain
daripada agama yang dibawanya. Hendak dikatakan kerana hartanya
menjadi daya tarikan maka beliau orang miskin yatim piatu. Hidupnya
sendiri di bawah jagaan nendanya Abdul Mutalib.

56 | Tragedi Memali
Kemudian berpindah di bawah bapa saudaranya Abu Talib yang juga
miskin.

Hendak dikatakan kerana kekuasaan yang diperolehi, beliau adalah


Nabi Rahmah bukan dari golongan samseng yang bermaharajalela.

Kesimpulannya, benda yang dipergunakan sepenuhnya oleh beliau


untuk menarik sokongan dan bantuan orang ramai sejak dahulu sampai
hari ini, baik pun di bahagian ibadat ataupun di bidang pemerintahan,
beliau hanyalah agama. Sabda yang keluar daripada beliau dan semua
tindak-tanduk beliau adalah menjadi bahan turutan seluruh umat Islam
sejak dahulu sampai Kiamat
.
Orang-orang yang menerimanya disebut Mukmin, yang tidak
menerimanya ada yang disebut Munafik dan ada yang disebut Kafir.

Sungguhkah PAS telah menyalahguna agama seperti yang disebut-


sebut, itu belum tentu! Kerana di depan kita ada dua, satu UMNO, satu
lagi PAS. Mengikut kaedah biasa bila berlaku bertengkaran di antara
dua orang atau dua puak maka orang yang ketiga perlu dicari.

Sekarang segala kata-kata yang tidak sedap didengar yang dilemparkan


ke atas PAS sama ada pelampau, pemecahbelah masyarakat,
penyalahguna agama adalah tuduhan sebelah pihak sahaja, iaitu
UMNO.

Puak yang ketiga belum lagi dicari sampai sekarang walaupun bagi
orang Islam puak ketiga ini memang telah lama wujud kerana turunnya
Adam alaihissalam ke dunia ini sejak zaman
purba pun adalah untuk membawa misi penyelesaian, yang bertugas
sebagai puak ketiga,

Tuan Yang diPertua.


Oleh itu, kata-kata kesat dan tuduhan-tuduhan tadi sengaja dibesar-
besarkan bagi melindungi keburukan mereka sendiri iaitu menolak puak
ketiga sebagai misi damai, misi damai
yang dikirim sendiri oleh Allah, pencipta alam melalui para anbia
57 | Tragedi Memali
alaimussalam, yang bermula daripada Adam terus-menerus kepada
Nabi Musa a.h., Nabi Isa a.h. dan akhir sekali Nabi Muhammad S.A.W.
Sila baca ayat seratus dua puluh tiga, Surah Thaha.

Tuan Yang di-Pertua, telah ada usaha sedikit-sebanyak ke arah


meredakan keadaan dan kalau boleh menghapuskan keadaan tegang di
antara UMNO dengan PAS sejak lama dahulu.
Saya sebutkan di sini bahawa hingga hari ini sudah empat kali ura-ura
hendak mengadakan perjumpaan secara berdepan dengan PAS di
bawah berbagai-bagai nama tetapi tidak pernah jadi pun.

Yang pertama, semasa PAS masih di bawah pimpinan Datuk Mohd.


Asri, ketika mana seorang pemimpin tertinggi Kerajaan berucap di
sebuah kilang Butir Jagus, di Kampung Raja,
Besut, kira-kira empat lima tahun dahulu, dalam ucapannya itu beliau
menyebut masalah-masalah muzakarah dengan PAS dan diulangi lagi
di tempat-tempat lain tetapi tidak pernah menemui pemimpin PAS
sendiri, menyebabkan Presiden PAS ketika itu membuat ulasan bahawa
cara melaung-laungkan muzakarah di sebelah pihak sahaja tanpa
menghubungi pihak yang kedua, serupalah orang yang hanya melaung
di tengah market ikan bahawa dia mahu meminang anak gadis si anu, si
anu tetapi tidak pernah berhubung dengan keluarga anak gadis itu
sendiri.

Kali yang kedua, ialah bila isu debat ditimbulkan oleh orang yang sama
tetapi tidak juga terlaksana.

Kali yang ketiga, ialah bila isu Memali meletus, timbul lagi isu dialog
dengan PAS dan disambut oleh beberapa pihak yang ingin menyertai
dialog itu seperti Persatuan Ulama Malaysia dan lain-lain. Inipun tidak
sampai ke mana-mana juga.

Dan keempat ialah yang sedang heboh seminggu dua, sebulan dua ini
daripada seorang Menteri dan kemudian dibentuk satu jawatankuasa
yang terdiri daripada orng-orang yangdikenali tidak mempunyai
pengalaman dalam hal-hal kerja seperti ini dan sampai sekarang pun
kami tidak terima apa-apa jemputan dan maklumat yang rasmi, kerana

58 | Tragedi Memali
UMNO masih terus-menerus direndung bala dan kalau usaha membawa
balik Menteri yang telah meletak jawatan baru-baru ini berjaya maka
makin banyak lagi balanya yang akan menimpa.

Kesimpulannya tidak siapa boleh menerima tuduhan-tuduhan liar dari


pihak pertama ke atas pihak yang kedua selagi misi damai pihak ketiga
iaitu ajaran Nabi Muhammad s.a.w. terus-menerus ditolak.

Tuan Yang di-Pertua, dalam jarak masa kira-kira 30 tahun negara ini
diperintah oleh Kerajaan yang wujud sekarang ini, sudah acapkali cerita
Kertas Putih ini dikemukakan kepada rakyat. Dua Kertas Putih yang
dikemukakan sekarang ini kalau tidak salah saya adalah kertas yang ke
6 dan kertas yang ke 7. Sesungguhnya acap sangat menggunakan
Kertas Putih ini memberi erti banyak kesilapan dan penyelewengan
berlaku.

Pihak Kerajaan boleh meletakkan punca silap dan seleweng itu atas
kepala rakyat, bahkan pihak Pembangkanglah yang tidak
bertanggungjawab. Tetapi kalau mengikut ilmu pendidikan maka murid
yang gagal dalam pelajaran itu tidak mestinya kerana mereka bebal.
Terdapat banyak kegagalan murid-murid itu berpunca daripada
Cikgunya sendiri yang tidak pandai mengajar atau pihak pentadbiran itu
sendiri yang cuai dalam tugas hariannya.

Dengan itu, mintalah tolong jaga sedikit status Kertas Putih ini supaya
ianya terus putih melepak, tidak putih pucat.

Tuan Yang di-Pertua, bila kita bandingkan di antara isu Memali dan isu
BMF kita dapati banyak rahsia-rahsia yang memalukan telah
didedahkan oleh satu jawatankuasa yang hanya dibentuk oleh BBMB
yang kuasa-kuasanya adalah terhad. Usaha- usahanya mencari dan
meneliti fail-fail tertentu hanya terletak di atas ihsan balas kasihan pihak
jabatan-jabatan tertentu. Apa kata kalau kerja-kerja penyiasatan ini
ditugaskan kepada sebuah Jawatankuasa di Raja yang mempunyai
kuasa-kuasa pembongkaran yang tidak terbatas sudah pasti banyak lagi
penyelewengan dan pengkhianatan yang akan terburai keluar.

59 | Tragedi Memali
Tetapi dalam kes Memali, usahkan Suruhanjaya Diraja yang dibentuk
sepertimana yang kami tuntut selama ini, jawatankuasa kecil seperti
yang dibuat oleh BBMB pun tidak ada.

Yang ada di hadapan kita hanya kenyataan sebelah pihak sahaja iaitu
pihak Kerajaan, pihak Kerajaan sahaja yang bermaharajalela membuat
kenyataan-kenyataan tertentu.

Tuan Yang di-Pertua,


Tambah buruk Iagi bila sebahagian daripadanya dibuat oleh orang-
orang tertentu semasa mereka ditahan, yang besar kemungkinan
mereka itu telah dilakukan sesuatu yang menjejaskan mental dan fizikal
mereka. Dan dalam kes penangkapan apa yang dikenali sebagai kes
"Tiga Abdul" dahulupun, ada di antara mereka yang telah membuat
kenyataan terbuka bila mereka dibebaskan menafikan kesahihan
kenyataan yang mereka buat semasa dalam tahanan dahulu.

Tuan Yang di-Pertua,


ada beberapa perkara penting di dalam kes Memali ini yang perlu
dijelaskan iaitu:

Pertama, tidak terdapat pemeriksaan ke atas senjata dan peluru oleh


Jabatan Kimia dan sebagainya sepertimana yang telah dibuat dalam
kes pembunuhan Dato' Mokhtar Hashim. Penyiasatan ini selain
daripada tugas biasa pihak yang berkenaan yang perlu dilakukan, ia
juga boleh menentukan benar atau tidak teori peluru getah atau
katakanlah peluru air sejuk yang digunakan oleh pihak pasukan
bersenjata.

Dia juga boleh menentukan pembunuhan ke atas pegawai-pegawai


bersenjata itu sama ada daripada pihak mereka sesama sendiri
memandangkan gambar sketch yang ditunjukkan di muka depan
sebuah akhbar berbahasa Inggeris di hari yang pertama kejadian itu
berlaku menunjukkan kedudukan pasukan Polis itu adalah secara
berdepan satu sama lain; satu.

60 | Tragedi Memali
Kedua, apa puncanya maka dalam kes pembunuhan Memali ini sahaja
yang dikenakan kepungan dan tangkapan yang sampai luar daripada
peri kemanusiaan, kecil-besar, tua-muda; sedangkan semasa
pembunuhan bekas Ketua Polis Negara dulu tidak ada apa-apa pun
tindakan luar biasa seperti itu. Semasa ramai detektif-detektif kita yang
dibunuh di jalan-jalan raya di Kuala Lumpur sendiri oleh perompak-
perompak yang bersenjata juga tidak ada kepongan-kepongan dan
tangkapan-tangkapan beramai-ramai dibuat.

Ketiga, sudah tidak adakah cara lain yang boleh dibuat selain daripada
membawa pasukan bersenjata beramai-ramai, penuh dengan
kelengkapan perang yang jelas datang untuk membunuh, bukan untuk
berunding. Bukankah lebih baik menggunakan kepungan ketat, seketat-
ketatnya supaya barangan makanan dan minuman kehabisan.

Dan bagi orang kampung Baling keseluruhannya yang terkenal miskin,


sudah tentu tidak banyak simpanan bekalan makanan yang biasanya
tidak lebih daripada untuk satu ke dua minggu sahaja; itu pun banyak.
Bila mereka kelaparan dan kehausan, keadaan tidak lagi memerlukan
peluru dan gas pemedih mata yang memakan korban harta dan nyawa.

Kalau dengan Chin Peng, Ketua Komunis, boleh diusahakan sungguh-


sungguh sampai boleh berunding. Kalau dengan pengganas-
pengganas komunis pun Kerajaan lebih banyak menggunakan tektik
mengepong, tidak tektik menyerang maka adalah seorang ustaz, yang
Kertas Putih sendiri mengakui ilmunya tinggi dan pihak Polis sendiri
mengakui kebaikannya dengan memberikannya senapang patah yang
berlesen, adakah ianya lebih buruk daripada Chin
Peng? Tidak masuk akal !

Kejadian Memali, Tuan Yang diPertua,


perlu menjadi pelajaran kepada pihak Kerajaan bahawa tidak semua
manusia boleh tunduk kepada Akta ISA dengan sewenang-wenangnya.
Ada di antara manusia yang berpelajaran tinggi telah menggunakan ilmu
dan akal yang dikurniakan kepadanya oleh Tuhan seperti Allahyarham
Al-Syahid Ibrahim Libya misalnya, untuk menanya diri sendiri mengapa

61 | Tragedi Memali
aku dikenakan ISA, sedangkan tidak ada orang yang aku bunuh
sebelum ini
.
Tidak ada wang negara yang aku gelapkan sebelum ini.
Tidak ada pengajaran ilmu salah yang aku sebarkan sebelum ini.
Kerana beliau telah diakui berpelajaran tinggi di bidang Islam. Kerajaan
yang menuduh almarhum itu mengajar ilmu salah, adalah Kerajaan
yang tidak bermaruah kerana Kerajaan yang ada hari ini sendiri
tenggelam dalam lubuk ilmu salah.

Kalau almarhum Ibrahim Libya salah kerana mengajar ilmu salah


sekalipun, maka bukan tugas pasukan bersenjata menembak mati
orang yang menyebar ilmu salah, ada pihak lain yang ditugaskan untuk
membetulkan orang yang mengajar ilmu salah iaitu Majlis Agama Islam.
Dan kenapa tidak ditembak mati bekas Pengerusi PSRM yang
mengeluarkan teori Hadis yang diakui salahnya oleh pihak Nadwah
Islamiah baru-baru ini sendiri?

Pentadbiran Kerajaan yang wujud hari ini adalah sambungan daripada


pentadbiran Inggeris yang sengaja membelah-duakan kuasa di antara
Inggeris yang bukan Islam dan di antara Raja-raja Melayu yang
memerintah dengan syariat Islam sebelum itu, mulai dari Perjanjian
Pangkor pada tahun 1874 hingga ke masa ini.

Kerajaan khususnya UMNO yang hingga ke hari ini menjadi tulang


punggung pemerintah sekarang tidak berbuat apa-apa pun untuk
menyatukan balik pembelahan tadi.

Bahkan meneruskan dasar sekular dan pengasingan Islam ini daripada


pentadbiran negara.

Siapa sahaja yang membaca ucapan Yang Amat Arif Tun Haji Mohd.
Salleh bin Abas dalam sidang pembukaan Seminar Perundangan Islam
pada 9-2-1985, di Kuala Lumpur, anjuran Bar Council Malaya dan juga
Kertas Kerja yang dikemukakan oleh Professor Dato' Ahmad Ibrahim,
Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, dalam Seminar
Perundangan Islam anjuran Jabatan Syariah, UKM pada 10-8-1981 di

62 | Tragedi Memali
Bangi dengan jelas dapat mengetahui bahawa negara ini bukan negara
Islam sepertimana yang ditonjolkan oleh golongan yang berkepentingan.

Itu tidak termasuk lagi ucapan-ucapan pemimpin neegara sendiri di


merata-rata tempat dan disiarkan secara terang-terangan. Orang yang
berkeras menyatakan negara ini sebagai negara Islam maka secara
otomatis telah meletakkan Rasullullah s.a. w. sendiri sebagai ketua bagi
negara yang bukan Islam, waizubillah.

Sebaliknya, orang yang menyakini dengan penuh iman bahawa


Rasullullah s.a. w. itu ketua negara Islam dengan sendirinya menyakini
bahawa negara ini bukan negara Islam. Kerana kalau yang
menggunakan perundangan buatan sendiri itu dikira Islam maka yang
menggunakan perundangan Allah itu takkanlah hendak dinamakan
Islam juga.

Kalau di antara negara sosialis dan negara demokrasi pun telah dibeza-
bezakan hasil dari perbezaan perlembagaan masing-masing, inikan di
antara wahyu langit dan keputusan manusia di bumi takkanlah tidak ada
beza.

Kalau kedua-duanya serupa maka serupalah pula taraf wahyu Allah dari
langit dengan taraf keputusan manusia di bumi. Dan itulah namanya
"syirik".

Mereka yang menyerupakan dua perkara yang tidak serupa inilah yang
sebenar-benar pelampau, dan bukan Allahyarham Ibrahim Libya yang
dicapkan sebagai pelampau atau pengkhianat dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua,


berhubung dengan isu fatwa; adalah diketahui umum bahawa negara ini
bukannya negara fatwa. Bukan negara yang meletakkan fatwa sebagai
asas aktivitinya. Bukan negara yang bertanya khabar fatwa terlebih
dahulu baru menjalankan kerja-kerjanya.

63 | Tragedi Memali
Negara ini tidak pernah meminta fatwa terlebih dahulu sebelum
menjalankan kegiatan ASN misalnya, yang melibatkan kewangan dan
ekonomi rakyat yang melabur di tempat-tempat permodalan yang
mengamalkan riba.

Tidak meminta fatwa terlebih dahulu sebelum membuka kegiatan judi


dan maksiat-maksiat lain. Bahkan sebelum daripada melakukan
pembunuhan beramai-ramai di Memali pun tidak juga terlebih dahulu
meminta fatwa.

Meminta fatwa dan mengeluarkan fatwa dalam kes Memali sama ada
"syahid makriqah" kah atau tidak adalah merupakan pertolongan cemas
dari golongan yang sedang dirundungbala yang mereka sendiri
menimpanya.

Khalifah pertama, selepas RASULLULLAH S.A.W. dalam • ucapan


sulungnya sebelum memegang jawatan ketua negara ada menyebut,
yang bermaksud "hendaklah kamu sekalian taatkan saya selagi saya
sendiri taatkan Allah."

Beliau sendiri mengeluarkan fatwa bahawa ketaatan


rakyatnya kepada beliau adalah bersyarat. Beliau sendiri mentaati Allah
terlebih dahulu, sedangkan beliau adalah Khalifah yang pertama yang
telah diberi mandat oleh Rasullullah S.A.W. supaya orang Islam
sekalian taatkan Khalifah.

Maka kalau seorang Khalifah telah meletakkan syarat ke atas diri sendiri
maka golongan yang tidak bertaraf Khalifah tidak usahlah bising, dan
tidak usahlah risau sangat sekiranya ada sesiapa yang mempertikaikan
pendapat dan fatwa mereka. Islam, alhamdulillah tidak tegap atas fatwa,
tetapi tegap atas nas yang sah dan muktabar.

Zaman manusia sebelah sini menerima secara total semua pendapat


orang atas dan menerima semua fatwa golongan tertentu telah pun
berlalu masanya.

64 | Tragedi Memali
Zaman pengajian Islam telah mula menyuluhi alam dan generasi baru
telah mula menguasai alam pemikiran yang jauh berbeza dengan
"grand design" yang diatur oleh golongan Thaghut zaman-berzaman.

Generasi sekarang ini telah dengan selera memikul tugas jihad fillah
biamwalihim waanfusihim seperti yang diajar oleh Allah s.w.t. Mereka
menerima Allah sebagai Tuhan bukan kerana Allah itu dilantik oleh para
Malaikat untuk menjadi Tuhan. Atau ditabalkan terlebih dahulu untuk
Tuhan. Allah menjadi Tuhan pujaan mereka kerana ianya Tuhan yang
penuh berhak dan berkuasa, termasuk di lapangan Syariah dan hukum.

Bukan seperti kekuasaan yang ada di tangan manusia yang lebih


dahulu mesti dipilih, terlebih dahulu mesti dilantik, terlebih dahulu mesti
ditabal baru berkuasa. Dan cerita fatwa yang
bercanggah sesama Mufti Mesir di atas isu berdamai dengan Israel
adalah satu isu yang perlu difahami oleh kita sebelah sini.

Sesungguhnya kalau Kerajaan sekarang tidak berniat serong terhadap


PAS khususnya Almarhum Ustaz Al-Syahid Ibrahim Libya tentunya
banyak lagi ikhtiar yang boleh dibuat untuk mengelak daripada
pembunuhan beramai-ramai.

Kalau Musa Ahmad, bekas komunis itu pun Kerajaan berjaya


membawanya balik hidup-hidup, melintasi beberapa buah negeri, inikan
pula Ibrahim Libya yang rumahnya hanya di tepi jalanraya, bukan di tepi
hutan belantara, ia hanya dipagari dengan kawat berduri biasa sahaja,
bukannya kubu-kubu kuat macam Mengganouk di Perancis atau Barlif di
Terusan Siez.

Sesungguhnya, Tuan Yang diPertua, penyalahgunaan agama hanya


berlaku bila agama dan saluran agama itu dipergunakan untuk
mempertahankan sekularisme, untuk mengharuskan tindakan-tindakan
zalim seperti yang diamalkan oleh Kerajaan hari ini.

Hatta golongan Paderi di Manila yang tidak melibatkan diri dalam proses
politik pun tahu bahawa rejim Marcos adalah zalim dan menipu, inikan
65 | Tragedi Memali
pula kita orang Islam di Malaysia yang sentiasa mengikuti politik untuk
membentuk politik Islam makin mudah mengenali dan dapat merasai
kezaliman-kezaliman yang berlaku di Memali.

Tuan Yang di-Pertua,

Dalam masalah BMF nampaknya tidak jauh bezanya dengan masalah


Memali.

Sama-sama berlaku kecuaian dan penyalahgunaan kuasa. Yang saya


hendak sebut di sini cuma hanya satu iaitu waktu kes ini mula heboh
kira-kira 2-3 tahun lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
sekarang telah pun membuat ulasan terbuka bahawa kes ini adalah satu
kes jenayah moral. Biasanya , jenayah moral ini tindakan ke atasnya
pun berbentuk tindakan moral dan tatatertib sahaja, tidak melibatkan
fizikal atau kewangan yang banyak. Sekiranya begitulah bendanya,
maka kehilangan wang yang amat besar ini tanpa tindakan selain
daripada tindakan moral sahaja akan memberanikan lagi penjenayah-
penjenayah lain bertindak dalam cara yang sama atau lebih
sophisticated di masa akan datang.

Dan di masa itu kewibawaan Parlimen dan kedaulatan undang-undang


tidak akan mendapat tempat lagi dalam nubari rakyat. Rakyat di masa
itu akan bertindak secara mereka sendiri dan inilah yang merbahaya.

Kalau hujan menimpa kita di tengah padang, kita lari berteduh di bawah
pokok; kalau pokok tidak dapat meneduhi kita, kita lari balik ke rumah
sendiri. Tetapi kalau rumah sendiri mula bocor, biasanya orang buang
atap lama untuk ditukar dengan atap baru.
Sekian, terima kasih

66 | Tragedi Memali
KENYATAAN PRESIDEN PAS
MEMALI:
KECOH NOTHING TO HIDE 2.0
Penulis: YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Tarikh: 23 Zulkaedah 1438H / 15 Ogos 2017

Semua pihak menunding jari menyalahkan pihak lain dengan melupai


punca asas tercetusnya kekecohan apabila jawapan yang tidak
memuaskan hati terhadap peristiwa Memali. PAS adalah mangsanya
apabila diserang hebat sehingga mengorbankan salah seorang
pemimpinnya, Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakan.

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang meminta penjelasan


berkenaan peristiwa Memali. Kepada yang tidak mampu menjawab
sepatutnya tidak marah dan orang lain tidak membuat kekecohan. Anak-
anak muda sahaja tidak sepatutnya dipersalahkan, sepatutnya juga
dipersalahkan yang menjadi penyebabnya.

Ketika peristiwa itu masih panas darah yang mengalir, para ulama PAS
mengisytiharkan syahidnya mereka yang menjadi mangsa kerana dibunuh
dengan zalim dan mereka mempertahankan Islam yang ditegakkan.

Ketika itu Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya dipersalahkan,


bukan pula dipersalahkan orang yang selalu menghina Islam dan
hukumnya yang sangat dimarahi oleh Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan.

67 | Tragedi Memali
PAS mempunyai pendekatan sebagai parti yang berdakwah, bukan
menghukum kafir mengkafir kerana kejahilan umat terhadap Islam, yang
mengharamkan pendekatan itu. Akhirnya PAS berjaya membendungnya
secara ilmu dan mereka yang paling kuat mengkafirkan UMNO pula
akhirnya ramai yang masuk UMNO atau diam sahaja. Hari ini dapat
diwujudkan kerjasama PAS dan UMNO dalam perkara Islam. Malangnya
ada pihak yang marahkan pendekatan ini.

Ramai kakitangan kerajaan, polis dan UMNO tidak bersetuju dengan


pendekatan yang dilakukan sehingga mengorbankan polis yang dipaksa
dan Ustaz Ibrahim dan rakan-rakannya yang diserang. Kita mengharapkan
yang dipaksa juga mendapat syahid, inilah hukum Islam.

Namun ramai yang melempar batu menyembunyikan tangan dalam


mengulas isu sejarah hitam ini. PAS hanya menyebut pepatah Arab yang
berbunyi:

‫ ظلمين واشتكى‬, ‫ضربين وبكى‬


"Dia yang memukul saya, dia pula yang menangis. Dia yang
menzalimi saya, dia pula yang mengadu"

Tiada guna mengungkit cerita lama sejarah hitam itu tanpa bertaubat dan
meminta maaf sekiranya bersalah, dan tanpa membetulkan keadaan
dengan membayar yang perlu dibayar dan mengganti yang perlu diganti.

Apa yang terbaik adalah melaksanakan nasihat daripada Allah:

68 | Tragedi Memali
ِ َّٰ ِ‫ك ِذكر ٰى ل‬ ِ‫ات ٰذَل‬
ِ ِ‫ٱلسي‬ ِ ‫تي‬ِ َ‫ٱلصلَ ٰوةَ طَر ََِف ٱلنَّها ِر وُزلَفا ِمن ٱلَّ ِيل إِ َّن ٱحلس ٰن‬ ِِ‫َوأَق‬
َ ‫لذك ِر‬
.‫ين‬ َ َ َ
َّ ‫ب‬
َ ‫ذه‬ُ َ َ َ َ َ َ َّ ‫م‬
"Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau
dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang)
dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari
waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama
sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-
perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi
orang-orang yang mahu beringat" (Surah Hud: Ayat 114)

"Sejahtera Bersama Islam"

69 | Tragedi Memali
KENYATAAN TIMBALAN PRESIDEN PAS
PAS MENGGESA SATU SURUHANJAYA
DIRAJA DIBENTUK BAGI MENGKAJI
TRAGEDI MEMALI
Penulis: YBhg Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Tarikh: 24 Zulkaedah 1438H / 16 Ogos 2017

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 mengorbankan 14


orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-
ratus orang. Dalam serangan polis terhadap orang kampung itu, Ustaz
Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.

Dalam satu forum 'Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang' yang
berlangsung di Kota Bharu pada 2014, bekas Timbalan Perdana Menteri
ketika Tan Sri Musa Hitam berkata peristiwa Memali merupakan titik hitam
dalam kerjaya politiknya.

Sebelum itu, Tan Sri Musa mengejutkan negara dengan pendedahan


bahawa Perdana Menteri ketika peristiwa berdarah itu berlaku, Tun Dr
Mahathir Mohamad masih berada di Kuala Lumpur pada hari kejadian,
bukan di China seperti dakwaan sebelum ini.

Di Baling, pada tanggal 24 Mei 2014 yang lalu, PAS telah mengadakan
Himpunan Keadilan Untukmu Memali yang dihadiri oleh seluruh
kepimpinan PAS ketika itu.

70 | Tragedi Memali
Satu forum khas bertajuk 'Tragedi Memali: Pembetulan fakta sejarah
menolak pembohongan kertas putih Kerajaan Malaysia' telah diadakan
ketika itu, di mana saksi-saksi kejadian Memali tampil mendakwa bahawa
Kertas Putih mengenai peristiwa Memali yang dibentangkan oleh kerajaan
di Parlimen adalah penuh dengan pembohongan.

Apakah mereka yang pernah menghadiri himpunan tersebut dan mengikuti


kes Memali secara dekat kini bersetuju dengan versi tragedi Memali seperti
yang didakwa Dr Mahathir semalam di mana pihak polis bertindak dengan
betul bagi mempertahankan diri? Atau kebenaran tidak lagi penting pada
sesetengah mereka kerana mereka kini memerlukan Dr Mahathir untuk
pilihanraya umum ke 14?

PAS kesal tragedi yang sepatutnya boleh dielak dari berlakunya


pertumpahan darah itu berakhir dengan tindakan sangat zalim.
Sewajarnya, pada pandangan PAS, kerajaan perlu membuat permohonan
maaf secara terbuka kepada mangsa Memali.

Memandangkan timbulnya pelbagai kenyataan yang bercanggah dengan


fakta sebenar, PAS menggesa satu siasatan yang telus dan adil dapat
dijalankan untuk membongkar tragedi Memali.

Sehubungan itu, PAS mendesak agar satu Suruhanjaya DiRaja diwujudkan


bagi menyiasat semula tragedi Memali bagi memberikan keadilan kepada
semua pihak dan membersihkan nama-nama mereka yang tidak bersalah.

71 | Tragedi Memali
TRANSKRIPSI SIDANG MEDIA PRESIDEN PAS
ISU PERISTIWA MEMALI
Penulis: Izwan Abdul Halim
Tarikh: 4 Zulhijjah 1438H / 26 Ogos 2017

Berikut merupakan transkripsi semasa sidang media oleh Presiden PAS,


Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang berlangsung di Rusila,
Terengganu pada hari Jumaat, 25 Ogos 2017.

PRESIDEN PAS:
Kita sudah bersetuju melalui Mesyuarat (PAS) Pusat supaya ditubuhkan
RCI (Suruhanjaya Diraja). Dan kita sanggup bekerjasama bila-bila masa
sahaja kerana banyak yang tersirat, yang tersembunyi di peristiwa Memali
itu. Banyaklah yang tak tahu, mereka yang hidup masa tu pun tak tahu,
apa lagi generasi muda yang baru lahir kemudian lagi tak tahu. Ramai jadi
mangsa bukan sahaja Ustaz Ibrahim (Mahmud, atau Ibrahim Libya) dan
rakan-rakannya, termasuk anggota Polis juga jadi mangsa. Penduduk jadi
mangsa kerana penyelesaian tidak mengikut cara betul. Sebab itu perlu
ditubuhkan RCI yang bebas daripada kalangan politik yang
bertanggungjawab.

MEDIA : Tok Guru, macam Lim Kit Siang kata ditubuhkan RCI ni tu
balik PAS jadi punca?

PRESIDEN PAS :
Itu (merujuk kepada tindakan Lim Kit Siang) dah buat keputusan, belum
sahih jangan buat keputusan lagi. Nantilah pihak RCI buat siasatan dulu
72 | Tragedi Memali
baru boleh buat keputusan, janganlah buat keputusan awal. Mengikut
kehakiman, kita tak boleh buat keputusan (sekiranya) belum disiasat,
belum diselidik dulu.

MEDIA: Dato’ Seri, untuk slot moment satu jam bersama Dato’ Seri di
media macam melalui stesen media tempatan, macam mana benda
tu? Adakah Dato’ Seri perlukan lagi menerangkan.

PRESIDEN PAS:
Saya telah menulis buku tentang apa yang disebut 'Amanat Haji Hadi' tu.
Yang diuar-uarkan itu petikan ucapan saya satu jam lebih tak silap saya,
takkanlah ambil beberapa perkataan. Sepatutnya didengar habis ucapan
itu.

Ekorannya saya sudah tulis buku tahun 2002. Sudah dicetak tiga kali buku
itu, Penerangan PAS Pusat cetak dan Dewan Pemuda PAS Pusat cetak
dua kali. Dan saya difahamkan bahawa ucapan-ucapan saya sudah dikaji
oleh pihak berkenaan. Termasuklah Majlis Agama Islam yang
dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam di masa
itu. Dan termasuk dalam yang mengkaji itu sehingga tiada apa-apa
tuduhan terhadap saya. Dari segi salah membawa dari segi agama (dan)
dari segi undang-undang tak ada, walaupun banyak desakan ketika itu.
Dan saya menganggap itu lebih kepada tujuan politik daripada hakikat
yang sebenar.

73 | Tragedi Memali
Dan saya tiada masalah, kalau nak siasat balik pun tak pa. Apa yang
menarik tu mereka yang dengar kaset ni datang balik minta maaf dengan
saya, bukan seorang dua ada ramai.
MEDIA : Maaf Dato’ Seri, saya ada nak tanya satu soalan tentang Tun
Musa Hitam yang ada mencadangkan RCI ni tidak perlu ditubuhkan?

PRESIDEN PAS:
Saya rasa Tun Musa Hitam berkata begitu, saya ikut kenyataan dia minta
supaya selepas pilihan raya.

MEDIA: Itu terdahulu Dato’ Seri, tapi hari ni yang terbaru dia
mengatakan RCI tidak perlu. Adakah PAS sendiri akan memohon
kepada kerajaan?

PRESIDEN PAS:
Tak tahulah.

MEDIA: Dato’ Seri, adakah PAS sendiri akan memohon kepada


kerajaan untuk tubuhkan RCI?

PRESIDEN PAS:
Ikut respon daripada kenyataan Timbalan Perdana Menteri, yang buat
kenyataan. Ikuti respon dari kenyataan dia.

MEDIA: So maknanya, sekiranya kerajaan tak tubuhkan tak pe atau


tidak?

74 | Tragedi Memali
PRESIDEN PAS:
Terpulang kepada kerajaanlah. Dan kita terus menerus di Memali tu,
memperingati pejuang Memali tiap-tiap tahun diadakan.

MEDIA: Dato’ Seri, kalau RCI ini ditubuhkan, adakah Dato’ Seri akan
bekerjasama dengan ni?

PRESIDEN PAS:
Insya-Allah

MEDIA: Setakat ni bagaimana Dato’ Seri dengan sambutan pada buku


yang dikeluarkan?

PRRSIDEN PAS:
Bila cetak tiga kali tu, (maknanya) ada sambutanlah bila dicetak.

MEDIA: Maaf Dato’ Seri, berapa jumlah cetakan tu.

PRESIDEN PAS:
Saya tak tahu berapa jumlah cetakan yang dibuat, kedua ketiga itu
(diterbitkan oleh Dewan) Pemuda PAS.

MEDIA: Dato’ Seri berpendapat yang RCI ni politik daripada pihak


UMNO ataupun untuk mencari keadilan?

PRESIDEN PAS:

75 | Tragedi Memali
Saya lebih penting mencari keadilan kerana mangsa itu terbunuh. Ustaz
Ibrahim dan rakan-rakannya yang kita anggap syahid dianiaya dan dizalimi.
Polis juga terbunuh dan kita faham polis dipaksa. Sepatutnya bila berkait
dengan ajaran (yang) salah, (menjadi tugas) pejabat agama bukan polis.
Dan ada buku yang ditulis oleh OSP dia Baling, tulis buku. Dan banyak lagi
di kalangan polis buat kenyataan selepas itu menandakan bahawa mereka
telah dipaksa oleh kalangan politik. Sebab itu kita tidak menyalahkan polis,
orang-orang yang dipaksa itu. Kita harap Allah Taala cucuri rahmat kepada
mereka semua.

MEDIA: Terakhir Dato’ Seri, Tun Musa Hitam kata perlu tutup tak perlu
siasat. Pendirian Dato’ Seri perlu teruskan siasatan?

PRESIDEN PAS:
Bila orang buka, bukalah. Bukan kita. Kita sentiasa letak dalam ingatan kita
peristiwa ini.

MEDIA : Tapi Tun Mahathir cakap, polis bertindak selepas diserang


sebab tu terjadi kata apa ada yang terbunuh.

PRESIDEN PAS:
Itu kenyataan Tun Mahathir, perlu disiasat. Polis yang masih hidup ada
lagi, semua kena siasat ekoran-ekoran dia, sebab-sebab pun kena kaji lah
sebab berlakunya peristiwa itu. Setahu kita mereka itu tidak ada senjata,
yang ada senjatanya polis, senjata kampung ni lah. Kita difahamkan
Komunis pun, ucapan Tuan Guru Nik Aziz di Parlimen ketika berlaku
peristiwa Memali itu disiarkan balik. Baca ucapan itu, bahkan mengikut
76 | Tragedi Memali
prosedur Komunis pun dikepung dulu, suruh serah, sekat makanan dulu
sehingga dia lapar. Apalagi ni orang awam dia ada prosedur dia cara dia.
Dari segi Islam pula, sekiranya di anggap bercanggah dengan kerajaan,
kerajaan kena hantar wakil. Apa yang bercanggah itu kena dengar hujah-
hujah dia, itu peraturan dia. Bukan boleh terus gitu, sebab tu saya kata
kena siasat secara terperinci.

77 | Tragedi Memali
BIODATA PENULIS
SYED AHMAD FADHLI

Nama beliau yang sebenar adalah Syed Ahmad Fadhli Bin Syed Mahmad
Hadzari. Sosok kecil yang berbisa ini merupakan anak kelahiran Jerantut,
Pahang Darul Makmur.

Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan


(Sains Politik) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kini beliau telah bergiat aktif dalam politik sejak tahun 2013 sebagai
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS (PPP) dan juga menjawat jawatan
sebagai Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS Pusat sehingga kini.

78 | Tragedi Memali
79 | Tragedi Memali

You might also like