You are on page 1of 1

Berdasarkan video “Head Covering: An Inter-Religious Discussion” yang menunjukkan

perbincangan antara tiga agama iaitu Islam , Kristian dan Yahudi mengenai penutupan kepala
ataupun lebih dikenali sebagai pemakaian tudung. Dalam perbincangan ini , mereka cuba untuk
memberikan pendapat yang tersendiri mengenai pemakaian tudung yang sering menjadi buah mulut
masyarakat yang memandang perkara ini dengan sebelah mata sahaja . Walhal , dari sudut setiap
agama telah menyeru setiap umat wanita untuk berpakaian seperti menutup kepala mengikut
syariat yang telah ditetapkan . Dalam perbincangan ini juga terdapat beberapa persamaan dan
perbezaan mengenai perkara ini .

Berdasarkan kata-kata yang telah di kemukakan oleh Dr. Mary Boys . Beliau mengatakan
bahawa penutupan kepala ini bergantung kepada kepahaman diri kita tentang siapakah diri kita di
dunia ini. Beliau juga menambah bahawa beliau tidak ingin digelar sebagai wanita yang alim kerana
stereotaip yang sering diperkatakan terhadap biarawati Kristian . Terdapat juga sebuah komuniti
wanita yang memakai tudung kerana mereka ingin digelar sebegai seorang yang alim oleh
pemakaian mereka sendiri. Dalam dasar ini , terdapat persamaan diantara agama Kristian dan agama
islam seperti yang di katakan oleh Dr. Mary Boys dimana sebilangan wanita dari komuniti Islam yang
memakai tudung kerana ingin digelar sebagai seorang wanita yang alim. Selain itu , Menurut
pendapat yang telah dikemukan oleh Tayyibah Taylor yang mengatakan bahawa pemakaian tudung
ini tidak bersifat sebagai benda yang harus dilakukan oleh semua kaum wanita. Malahan beliau juga
mengatakan bahawa kewarakan seseorang wanita itu bukan berdasarkan kepada pemakaian tudung
, akan tetapi kewarakan itu seharusnya diukur melalui keimanan seseorang itu kepada tuhannya.
Kata-kata beliau juga disokong oleh Rori Picker Neiss yang mengatakan bahawa tiada halangan bagi
seseorang wanita untuk tidak memakai tudung dan kaum wanita juga dibenarkan untuk menambah
baik pemakaian tudung itu dengan mengikuti fesyen-fesyen yang terdapat pada masa kini.

Terdapat juga perbezaan yang boleh di huraikan melalui video ini . Dipetik dari kata-kata
Tayyibah Taylor , beliau mengatakan bahawa pemakaian tudung ini selalunya diperketatkan oleh
kerajaan sesebuah Negara terutamanya Negara islam. Para wanita didorong untuk menepati
piawaian yang telah ditetapkan oleh Al-Quran . Berbeza dengan agama kristian dan yahudi , mereka
langsung tidak memaksa atau mendorong seseorang wanita itu untuk memakai tudung .

Kesimpulannya,setiap agama sudah menetapkan peraturan untuk memakai tudung seperti


yang dikehendaki . Tetapi , semua ini hanya terpulang kepada diri sendiri sama ada ingin
memakainya ataupun tidak dan semua pihak seharusnya menghapuskan stereotaip yang telah
menyebabkan sesorang wanita itu malu untuk memakai tudung.

You might also like