You are on page 1of 2

Soalan : Penggunaan 

telefon bimbit dalam kalangan masyarakat semakin meluas.


Huraikan kebaikan-kebaikan penggunaan telefon bimbit.

Pada masa kini, isu penggunaan telefon bimbit semakin hangat dibicarakan dalam kalangan
masyarakat. Hal ini kerana kita akan memperoleh banyak kebaikan dengan menggunakan telefon
bimbit. Telefon bimbit boleh digunakan sebagai alat komunikasi kepada semua masyarakat.
Terdapat banyak kebaikan penggunaan telefon bimbit. Persoalannya, apakah kebaikan penggunaan
telefon bimbit? (43 patah perkataan)

Antara kebaikan penggunaan telefon bimbit ialah memudahkan komunikasi antara manusia.
Hal ini demikian kerana kita akan dapat menghantar sesuatu mesej atau pesanan dalam masa yang
singkat berbanding dengan mengirim surat. Kita dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk
menyampaikan sesuatu informasi. Sudah terang lagi bersuluh, memudahkan komunikasi antara
manusia merupakan kebaikan penggunaan telefon bimbit.

Selain itu, mengurangkan membeli peralatan kamera ialah kebaikan penggunaan telefon
bimbit. Hal ini dikatakan demikian kerana aplikasi kamera telah dimuatkan di dalam telefon bimbit.
Telefon bimbit juga lebih sesuai dan ringan untuk dibawa kemana-mana sahaja berbanding dengan
kamera. Jelaslah bahawa kita tidak perlulah membeli peralatan kamera kerana sudah tersedia di
dalam telefon bimbit.

Di samping itu, meluaskan pengetahuan juga merupakan salah satu kebaikan penggunaan
telefon bimbit. Murid-murid dapat melayari internet dimana-mana sahaja untuk mendapatkan
informasi dalam masa yang singkat. Dalam pada masa yang sama murid-murid juga dapat belajar
secara atas talian untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Tegasnya bahawa meluaskan
pengetahuan merupakan kebaikan penggunaan telefon bimbit kepada murid-murid.

Seterusnya, telefon bimbit juga dapat menghiburkan hati kita. Hal ini kerana terdapat banyak
aplikasi yang boleh menghiburkan hati pengguna telefon bimbit. Contohnya, aplikasi “Youtube”,
“Tiktok”, “Instagram” dan banyak lagi. Jelaslah bahawa penggunaan telefon bimbit dapat
menghiburkan hati sesiapa sahaja yang menggunakannya.

Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit mendatangkan pelbagai kebaikan kepada kita.


Penggunaan telefon bimbit bukan sahaja memberikan kebaikan malah mendatangkan keburukan jika
disalahgunakan. Oleh itu, kita haruslah menggunakan telefon bimbit secara berhemah agar
mendatangkan kebaikan kepada kita.

You might also like