You are on page 1of 3

KUIH CAKOI resepi: 

MamaFami
sumber: kak Azura Rahman & Izahdaut
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan :
400 g tepung ~ diayak -
1 cawan air
1 sudu besar majerin ~ dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng
1 sudu besar minyak
1 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih-parut (tambahan)

Kaedah :
1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda
bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama
setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1
inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu
sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.

Nota:cara sediakan bekas besar,masukkan air suam,yis,marjerin,gula,susu pekat


manis,kuning telur, dan tunggu sehingga yis kembang/hidup. Masukkan bawang putih
dan bawang merah yang sudah diparut halus.
Selepas itu baru masukkan sedikit tepung yang diayak bersama soda bikarbonat dan
garam. Gaul sebati dan baru ayakkan tepung selebihnya sehingga boleh diuli(tidak
perlu habiskan tepung)
Setelah doh benar2 sebati dan elastik,masukkan minyak dan uli seketika lagi. Biar
mengembang kejap. Selepas itu baru canaikan(guna tangan ajer ratakan doh,potong
kepada beberapa bahagian. Tekan tengahnya menggunakan chopstick. Tarik sedikit
doh dan goreng menggunakan minyak yang banyak sehingga keperangan.

Berat Kalori
Makanan Hidangan
(g) (kcal) 

Cakoi 2 biji 4080

You might also like