Dapatkan Tudung Fesyen, Tudung Dubai, Tudung Ekin ala Ariani, Hajaba dari kedai online kami

 

Tudung Dubai Dua Lapis adalah didatangkan bersekali iaitu bahagian anak tudung dan selendangnya telah siap dijahit. Bahagian anak tudungnya mempunyai bahagian yg labuh dan boleh menutupi dada. Halaman ini bertujuan untuk memberikan gambaran tentang bentuk tudung dubai dan cara-cara memakai tudung dubai dua lapis ini.


CARA-CARA MEMAKAI TUDUNG DUBAI
DUA LAPIS

Step 1
Sarungkan bahagian anak tudung dan betulkan kedudukan 'awning' sesuai dgn raut muka. Jika anak tudung besar, boleh pinkan di bahagian dagu. Gambar menunjukkan bentuk bahagian depan dan belakang tudung.

Step 2, 3, 4, & 5
Lilitkan selendang melepasi kepala. Selendang boleh dipinkan dengan keronsang di bahu atau dipinkan di belakang kepala mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing.

Step 6
Bahagian anak tudung yg labuh didepan diselempangkan dan dipinkan ke bahu untuk menutup bahagian depan / dada. Gambar menunjukkan contoh-contoh pandangan depan dan belakang. Tudung Dubai Dua Lapis ini boleh digayakan dengan pelbagai cara pemakaian bergantung pada kreativiti masing-masing.

 

Cara-cara pemakaian Tudung Dubai dalam segmen Santun Anggun Majalah NUR Oktober 2009

Tudung Dubai & Jubah dari sericahaya.com

Kredit kepada Majalah NUR keluaran Karangkraf

 

Kembali ke Laman Utama

 

Hubungi
kami

ym:seri_cahaya

Email :
sales@sericahaya.com

Copyright © Reserved SeriCahaya.com 2007