Thailand keluar amaran kuih cakoi tidak baik untuk kesihatan

Pa thong ko atau cakoi yang menjadi makanan kegemaran di negara Asia Tenggara.
Pa thong ko atau cakoi yang menjadi makanan kegemaran di negara Asia Tenggara.
A
A
A

BANGKOK - Jabatan Kesihatan Thailand mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya berhenti mengambil gabungan sarapan popular kuih pa thong ko atau cakoi beserta teh ais Thai kerana ia tidak baik untuk kesihatan.

Menurut jabatan itu, gabungan kuih disajikan dengan susu pekat manis boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan awam selepas ia tersenarai dalam kedudukan ke-10 makanan teratas dalam panduan makanan atas talian, TasteAtlas.

Channel News Asia (CNA) melaporkan bahawa pa thong ko menduduki tempat kelima dalam senarai makanan manis jalanan di dunia manakala teh ais Thai berada di kedudukan ketujuh.

"Bagi menikmati sarapan sihat, anda dinasihatkan mengelakkan makanan segera yang memberikan terlalu banyak tenaga atau perlu digoreng beberapa kali seperti pa thong ko," kata Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan, Dr Suwanchai Wattanayingcharoenchai.

Pa thong ko adalah kuih sama berasal dari China iaitu Youtiao.

Menurut data dari Biro Nutrisi bahawa hidangan 100 gram (g) pa thong ko menghasilkan 441 kalori tenaga dan mengandungi 40.56g karbohidrat serta 27.79g lemak.

"Pa thong ko adalah makanan ringan mengandungi karbohidrat dan lemak tepu serta membekalkan tenaga tinggi. Ia sesuai untuk menambahkan tenaga.

"Namun, makanan ringkas dan digemari ramai itu turut mengandungi paras natrium tinggi yang terhasil daripada garam dan soda bikarbonat serta tidak sesuai kepada mereka mempunyai penyakit tiroid atau tekanan darah tinggi," kata Dr Suwanchai. - Agensi.