2 pelajar sekolah ditahan kes buang bayi di pusat tahfiz

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian
A
A
A

LARUT- Polis menahan dua pelajar sekolah menengah bagi membantu siasatan berhubung penemuan bayi perempuan yang ditinggalkan di sebuah pusat pengajian Islam di Rantau Panjang dekat Selama pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Selama, Superintenden Sarudin Samah berkata, remaja lelaki berusia 17 tahun dan pelajar perempuan berusia 14 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

"Polis telah berjaya membuat tangkapan terhadap suspek lelaki yang dipercayai terlibat membuang bayi tersebut.

"Manakala suspek perempuan berusia 14 tahun masih menerima rawatan di hospital. Kedua-dua mereka merupakan pelajar sekolah," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut beliau, dengan penahan kedua-dua suspek itu, kes berjaya diselesaikan.

Sinar Harian melaporkan seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam kotak oleh kumpulan pelajar tahfiz yang mahu menunaikan solat subuh sekitar jam 5.30 pagi pada Sabtu.

Bayi dianggarkan seberat dua kilogram itu berada dalam keadaan stabil telah ditempatkan di Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan: