Datuk Sosilawati Lawiya adalah seorang wanita pengusaha kosmetik yang berjaya di Malaysia. Dia mulai menjual produk kecantikan dari rumah ke rumah untuk menafkahi enam anaknya setelah bercerai. Kemudian dia berhasil membangun syarikat kosmetiknya sendiri dan memperluas bisnisnya ke seluruh Malaysia. Prinsip kerja keras dan percaya pada diri sendiri membantunya mencapai kesuksesan.
2. KISAH hidup wanita yang boleh dianggap antara paling
berjaya dalam bidang industri kecantikan di negara ini
Datuk Sosilawati Lawiya sememangnya penuh ranjau dan
duri.
Sosilawati yang pernah mengalami pelbagai peristiwa
jatuh bangun dalam hidup kini dikejutkan pula dengan
kisah kehilangan beliau sejak ahli keluarganya melaporkan
kehilangannya sejak 30 Ogos lalu.
Kini setelah Hari Raya Aidilfitri masuk hari ketiga
keluarganya masih belum menerima berita mengenai
pemilik syarikat kosmetik terkenal, Nouvelle Beauty
Centre Sdn. Bhd. (Nouvelle Beauty) itu.
Dalam melihat kejayaan wanita yang terlibat dalam
perniagaan kecantikan, selalunya kita hanya melihat kisah
KEHIDUPAN DATUK SOSILAWATI
3. Satu ketika dahulu wanita ini pernah menjaja produk
kecantikan dari rumah ke rumah sambil mengendong
bayinya semata-mata untuk mendapatkan wang bagi
menyara enam anaknya yang masih kecil selepas suami
yang dahulu menjadi tempat bergantung menceraikannya.
Biarpun tidak pernah keluar bekerja sepanjang bergelar
isteri pada perkahwinan pertama, Sosilawati tidak pernah
menjadikannya sebagai alasan untuk mengharap belas
ehsan daripada orang lain bagi meneruskan kehidupan.
Menurut wanita kelahiran Sri Medan, Batu Pahat, Johor
ini, penceraian pada usia awal 30-an telah menjadikannya
lebih berani untuk menongkah liku-liku kehidupan.
Bagi beliau peristiwa itu mengajarnya untuk berdikari dan
mula bercampur dengan rakan-rakan yang terlibat dalam
perniagaan kosmetik dan kecantikan dan mendapati ia
merupakan sebuah perniagaan yang bagus.
4. Beliau kemudiannya berjaya mengusahakan produk
sendiri, NV sebelum mengembangkan perniagaan ke
seluruh Malaysia. Kejayaan beliau menghasilkan sebuah
produk yang murah tetapi berkualiti merupakan penanda
aras kepada kejayaannya sekarang.
Pada peringkat awal sememangnya ia memerlukan usaha
yang gigih apatah lagi stigma masyarakat lebih
mempercayai produk kecantikan dari Barat.
Namun Sosilawati berjaya membuktikan bahawa produk
ini berkesan, dan sesuai digunakan masyarakat negara ini.
Prinsip dan falsafah yang dipegangnya sehingga sekarang
iaitu kerja keras dan percaya pada kemampuan diri sendiri
merupakan tonggak kepada kejayaannya sekarang.
Terkenal dengan produk kosmetik, Nouvelle Beauty Centre
turut membuka galeri pengantin, penjagaan kesihatan,
salun rambut dan kecantikan serta hartanah.
Butik andaman pengantin, salun rambut dan spa
beroperasi di Wisma Nouvelle, Cyberjaya manakala
Nouvelle Development membangunkan kawasan
komersial di Kota Damansara.