Dokumen tersebut membahas tentang fasa-fasa dalam lompatan tinggi, termasuk penujuan, lonjakan, layangan, dan pendaratan. Juga dibahas beberapa gaya lompatan tinggi seperti gaya pelana dan Fosbury Flop beserta cara melakukannya.
1. LOMPAT TINGGI: Fasa-Fasa Dalam Lompatan
Posted by akubudakmaktab at 10:21 PM
Biasanya, apabila murid-murid disuruh melompat sesuatu halangan, kebanyakan
daripada mereka melompat menggunakan penujuan dari hadapan. Mereka jarang
menggunakan penujuan dari sisi atau rusuk. Sebenarnya, dari segi prinsip mekanikal,
teknik penujuan dari sisi adalah lebih berkesan.
Dalam Pendidikan Jasmani, latihan lompat tinggi hendaklah bertujuan membantu
murid-murid mempelajari kemahiran melompat dan juga menyedarkan mereka tentang
prinsip-prinsip asas lompatan. Penyampaian ini bolehlah dilakukan melalui aktiviti
lompatan dan pengajaran secara ansur maju.
GAYA LOMPAT TINGGI
Terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya guling
barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.
a) Gaya gunting
pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada di
luar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk
berlunjur.
2. Gaya Gunting
b) Gaya timur
pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan (90%). Semasa melonjak, kaki
bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang
secara mengiring.
c) Gaya guling barat
penujuan ke palang adalah secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat
melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam
keadaan bengkok semasa pelompat “berguling” selari dengan palang untuk membuat
pelepasan.
d) Gaya pelana
Gaya ini adalah hampir sama dengan gaya guling barat. Pelompat menuju ke palang
secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan
keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.
e) Gaya Fosbury Flop
Penujuan ke palang sebelum pelompat melonjak adalah secara melengkung. Pelompat
melepasi palang dengan membelakangi palang.
Gaya Fosbury Flop
3. Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya pelana dan gaya
Fosbury Flop. Walau bagaimanapun masih ada guru yang mengajar gaya gunting
kepada murid-muridnya meskipun gaya ini mempunyai banyak kekurangan. Mengikut
prinsip mekanikal, gaya ini kurang berkesan kerana seluruh berat badan pelompat
terpaksa dibawa lebih tinggi dari paras palang sebelum pelepasan dapat dilakukan
dalam keadaan berlunjur. Meskipun demikian, gaya gunting masih boleh diajar di atas
sebab-sebab yang lain.
Gaya pelana adalah suatu gaya lompatan yang sesuai untuk pelompat yang
mempunyai kaki lompatan yang kuat. Bagi gaya Fosbury Flop pula pelompat yang
mahir dalam penujuannya akan dapat melepasi palang dengan mudah. Murid yang
telah biasa dengan gaya gunting tidak akan menemui kesulitan apabila diajar teknik
lompatan Fosbury Flop. Cara membuat lonjakan bagi gaya gunting mempunyai banyak
persamaan dengan cara membuat lonjakan bagi gaya Fosbury Flop.
FASA-FASA LOMPAT TINGGI
Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu :
a) Penujuan – larian menghala ke palang
b) Lonjakan – tindakan kaki untuk menaikkan badan
c) Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.
d) Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.
GAYA PELANA
a) Penujuan
Biasanya pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga sembilan langkah menuju ke
palang dari sudut 30-45 darjah. Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas dan
terkawal. Badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki lonjak
dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir.
b) Lonjakan
Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat hendaklah melompat
dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan disusuli
dengan bahagian hujung kaki. Serentak dengan tolakan ini, kaki bebas dihayun dengan
4. kencang ke atas paras palang. Fasa lonjakan ini juga dibantu dengan menghayunkan
kedua-dua belah tangan ke atas.
c) Layangan
Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat berada dalam keadaan
hampir selari dengan palang yang berada di bawahnya. Ketika ini, badan dan kaki
bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan kepala
pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini adalah untuk
membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat. Kaki lonjak mestilah
menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan.
d) Pendaratan
Ketika di fasa pendaratan, pelompat memusingkan badannya dan mendarat di atas
bahagian belikat atau bahagian belakang badan.
KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN DALAM LOMPAT TINGGI GAYA
PELANA
1. Larian menuju palang terlalu pantas hingga tidak terkawal.
2. Badan ke hadapan semasa bahagian tumit kaki lonjak mencecah tanah.
3. Kaki bebas tidak dihayun secara maksimum ke atas.
4. Badan dikilas terlalu awal sebelum bahagian kepala dan bahu kanan melepasi
palang.
GAYA FOSBURY FLOP
Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada tahun 1968. Beliau telah
memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang lompat tinggi di mana pelepasan
palang dibuat dengan bahagian belakang (bahu) dahulu dan pendaratan dibuat di
belakang badan hampir sama dengan bahagian tengkuk.
Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa murid-murid
tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan, guru mesti
memastikan bahawa tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran
atau latihan.
a) Penujuan
Biasanya pelompat mengambil tujuh hingga sembilan langkah larian di mana tiga
langkah terakhir itu adalah dalam bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang
5. menyediakan pelompat melepasi palang dengan bahagian belakangnya dahulu. Cara
menentukan penujuan bagi gaya Fosbury Flop ditunjukkan dalam rajah di bawah.
b) Lonjakan
Ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengakhiri larian yang
melengkung, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakan yang
semakin hampir selari dengan palang. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan dan
dihayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga
dibengkokkan. Lutut ini digerakkan secara melintang badan untuk membantu pusingan
badan di udara supaya bahu menjadi selari dengan palang.
c) Layangan
Semasa di udara, pelompat menoleh ke belakang (memandang palang) sambil
melentikkan badannya. Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah
kaki dibengkokkan di bahagian lutut. Lentikan badan ini akan membantu bahagian
punggung pelompat melepasi palang. Kedua-dua belah kakinya diluruskan dan
diangkat tegak ke atas. Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang
dan juga sebagai persediaan untuk pendaratan.
d) Pendaratan
Serentak dengan mengangkat kakinya ke atas, pelompat menarik kepala dan dadanya
ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas
bahagian belakang badannya (tulang belikat).
BUTIRAN MENGAJAR
1. Kepantasan masa penujuan hendaklah terkawal.
2. Gunakan tandaan semak supaya langkah-langkah larian menjadi sama atau
seragam.
3. Melonjak cara meledak dan angkat kedua-dua belah tangan ke atas.
4. Lutut kaki bebas diangkat dan melintangi badan sebaik sahaja pelompat
melonjak.
5. Lentikkan badan semasa melepasi palang.
6. Buka kaki sedikitsemasa meluruskannya ke atas.
PERATURAN ASAS
6. 1. Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.
2. Peserta boleh mula melompat di mana-mana ketinggian yang disukainya.
3. Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak
melompat, menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuh
kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat.
4. Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut
(tanpa diambil kira di paras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada
pertandingan.
5. Seseorang peserta berhak meneruskan lompatannya (walaupun setelah semua
peserta yang lain gagal) sehingga dia tidak dapat meneruskannya lagi mengikut
peraturan.
6. Ketinggian lompatan diukur secara menegak dari paras tanah hingga ke
bahagian tengah atas palang.
P/S: Jangan lupa untuk Komen...hee
Reactions:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
No comments:
7. Post a Comment
Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
"His Excellency Tun Dr. Mahathir Mohamad"
"A journey of a thousand miles begins with the first steps. We have taken many steps. Let us
march forward in this struggle to achieve true civilisation, to criminalise war."
The Woman Formerly Known as Beautiful
SELCA
FOLLOW BY EMAIL
8. FOLLOWERs~~
POSTS
► 2013 (5)
▼ 2012 (16)
o ► December (1)
o ► November (1)
o ► October (2)
o ► September (4)
o ▼ May (1)
LOMPAT TINGGI: Fasa-Fasa Dalam Lompatan
o ► April (3)
o ► March (2)
o ► January (2)
► 2011 (3)
► 2010 (1)
► 2009 (3)
BESTIES
anisah zainal
syimah zainal
wana ainaa
QUOTE OF THE DAY
Editor's Pick Quotes by Great-Quotes.com
YAY!
9. FIND OUT, WHO ARE YOU?
My Favorite Korean Group
SNSD a.k.a Girl Generation