top of page

Kenyataan Hj Hadi sokong dakwaan politik wang - Bersih



Kenyataan Presiden Pas, Hj Hadi Awang berhubung isu pemberian wang tunai telah menyokong dakwaan berlakunya pembelian undi ketika PRU15, kata Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).


Bersih menegaskan apa-apa bentuk pemberian wang tunai atau apa-apa yang berharga ketika pilihan raya adalah dianggap sebagai rasuah dan ia menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya.


"Undang-undang jelas menyatakan ini adalah satu kesalahan, pihak berkuasa sama ada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu menyiasat dan Jabatan Peguam Negara perlu mendakwa individu yang terlibat sebelum mahkamah boleh membuat keputusan," kata Bersih.


NGO itu merujuk kenyataan Hj Hadi mempertahankan pemberian wang tunai yang didakwa berlaku di Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.


Menjawab kepada petisyen oleh Umno Terengganu yang mahu keputusan di tiga kerusi Parlimen itu dibatalkan, Hj Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata undang-undang pilihanraya menyatakan hanya calon dan ejen mereka dilarang daripada memberi wang.


Sebaliknya kata Timbalan Presiden Perikatan Nasional (PN) itu, individu yang dirakam mengagihkan wang kepada pengundi dalam video yang tular baru-baru ini sebenarnya memberi sedekah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page