Resepi Cakoi Bahan-bahan: 1 kg Tepung Gandum 1 cawan Gula 2 sudu besar Garam Halus 2 sudu teh ibu roti (mauripan/instant yeast) 2 sudu besar lemak sayur / marjerin (dicairkan) 2 sudu besar susu tepung @ (susu pekat Manis kurangkan gula 2 sudu besar) 1 sudu teh bread improver (untuk melembutkan doh) 700 ml air Cara-cara Penyediaan: 1. Sediakan satu bekas besar 2. Masukkan separuh dulu air ke dalam bekas 3. Masukkan gula, garam, susu, ibu roti, bread improver, kacau supaya sebati 4. Masukkan lemak sayur yang dicairkan di atas suhu panas 5. Kemudian masukkan tepung dan baki air tadi 6. Gaul sehingga sebati 7. Perapkan selama 1 jam / sehingga naik 2 kali ganda 8. Selepas naik bolehlah dicanai panjang di atas meja yang ditabur tepung 9. Potong memanjang selebar 2 jari, tekan di bahagian tengah doh dengan sebatang chopstick yang dicelup terlebih dahulu ke dalam air, kemudian angkat dan digoreng di dalam minyak yang panas, goreng sehingga kekuningan, angkat toskan minyak 10. Siap dihidang, cakoi sedap di makan begitu sahaja atau bersama gulai kari (ikan/ayam/daging), kopi O, kaya / jem, ice cream, kuah kacang atau kuah sate. * Satu kilo tepung boleh dapat 80 hingga 90 biji #instafood #foodporn #instaresepi #resepionline #resepiraya #biskutraya2014 #biskutraya #resepi #bukuresepi #kongsiresepi #resepimudah #resepisedap #anekaresepi #bloggerchef #instachef #resepiberbuka #resepikuih #kuihmuih #cakoi

Sponsored

You are using an unsupported browser and things might not work as intended. Please make sure you're using the latest version of Chrome, Firefox, Safari, or Edge.