Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tapak kaki jadi sarang cacing gara-gara berkaki ayam di pantai Port Dickson


Seorang wanita tidak menjangkakan pengalaman beliau berjalan berkaki ayam di atas pasir pantai di sebuah pusat peranginan akhirnya mengundang padah kepada dirinya sendiri setelah tapak kakinya itu dimasuki cacing yang kemudiannya bersarang di situ.

Menerusi satu posting yang dimuatnaik oleh Nurul Ezzatul Akma di ruangan Facebook, beliau memberitahu tentang pengalaman hitam semasa bercuti bersama dengan keluarga di pantai Port Dickson baru-baru ini.




Akma memberitahu, beliau telah disahkan terkena jangkitan cacing apabila berjalan ‘berkaki ayam’ di persisiran pantai tersebut.

Pada mulanya, beliau cuma menganggap garisan yang muncul di kaki kirinya itu adalah disebabkan masalah urat saraf selepas seminggu pulang daripada percutian mereka itu.





Beliau sangkakan ianya kesan melecet…

Garisan tersebut mula timbul dan seperti mempunyai cecair di bahagian telapak kakinya.

Akma juga telah berjumpa dengan tukang urut bagi mendapatkan rawatan dan diberitahu dirinya mengalami masalah urat saraf pada bahagian tapak kakinya.

Tapak kakinya mula berasa sangat gatal selepas berurut…





Selepas itu, beliau terus merujuk ke hospital persendirian di Ara Damansara. Doktor mengesahkan telapak kaki kiri beliau dijangkiti cacing dan ianya sudah tertanam di dalam kulitnya.

Doktor juga memberitahu Akma, jangkitan cacing tersebut disebabkan oleh sisa najis kucing dan anjing yang berada di dalam pasir pantai.

Kemudian, Akma diberikan ubat makan dan jika tiada apa-apa perubahan, beliau disarankan berjumpa dengan pakar kulit untuk membuang cacing berkenaan.





Pada mulanya, beliau masih lagi boleh merasa cacing kerawit itu bergerak di dalam kakinya tetapi ianya sudah hilang selepas pengambilan dos ubat yang ketiga.

“Kata doktor, cacing kerawit boleh masuk ke dalam salur darah kalau tak berhati-hati”





“Cacing kerawit sehalus benang dan boleh masuk ke dalam badan manusia tanpa ada sebarang luka ataupun kulit yang rosak”

Kini keadaan kaki Akma sudah pulih sepenuhnya. Beliau juga menasihatkan orang lain serta rakan-rakannya supaya belajar daripada pengalaman beliau.

Sumber: Borak Daily

BACA: Budak Taiping kantoi buat projek di tempat terbuka