Melaka benarkan solat di masjid seperti biasa - Utusan Malaysia

Melaka benarkan solat di masjid seperti biasa

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Solat Jumaat dan solat fardu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di semua masjid dan surau khas di negeri ini dibenarkan untuk dilaksanakan seperti biasa mengikut kapasiti saiz masjid dan surau.

Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, kelas pengajian takmir, bacaan Yasin antara waktu Maghrib dan Isya, kuliah Subuh dan kelas ilmu berskala kecil turut dibenarkan seperti biasa.

Bagaimanapun, ceramah sempena Maulidur Rasul dan ceramah-ceramah melibatkan jemputan rentas negeri dan dalam negeri yang berskala besar perlu ditangguhkan dalam tempoh itu.

“Jamuan makan selepas kelas pengajian takmir atau bacaan Yasin juga tidak dibenarkan semasa PKPB tetapi disyorkan secara bungkusan untuk dibawa balik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengumumkan, kerajaan akan menguatkuasakan PKPB di Kedah, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu bermula 9 November sehingga 6 Disember ini.

Sementara itu, Abdul Halim berkata, urusan perkahwinan di masjid atau surau pula tertakluk kepada bidang kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Pendaftar Perkahwinan Daerah.

“Jabatan Mufti Negeri Melaka akan memberikan maklumat lanjut kepada masyarakat Islam di negeri ini dari semasa ke semasa berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan dan kerajaan negeri.

“Semua jemaah juga dinasihatkan untuk mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dan kesihatan sepanjang berada di masjid dan surau,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya