Penternak ikan patin mengeluh, pasaran kritikal - Utusan Malaysia

Penternak ikan patin mengeluh, pasaran kritikal

MOHAMAD FIKRI Abdul Rahman (kanan) bersama seorang pengusaha ternakan menunjukkan ikan patin yangtidak laku di pasaran di Kampung Paya Kecil, Temerloh, Pahang hari ini. - HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Pengusaha ternakan ikan dalam sangkar di Sungai Semantan di sini menanggung kerugian ekoran permintaan yang rendah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berikutan pelbagai sekatan dalam tempoh itu menyebabkan permintaan terhadap ikan sungai terutama ikan patin yang menjadi kegemaran penduduk tempatan dan luar tiada sambutan.

Berikutan kekurangan pelanggan, pengusaha kedai makan di bandar Temerloh juga terpaksa mengehadkan jualan masakan asam tempoyak ikan patin yang sebelum ini cukup dikenali serta laris dalam kalangan pelanggan tempatan dan luar.

Kesemua pengusaha merungut kerana kesukaran untuk menghantar ikan ke pasaran  luar daerah atau negeri lain dalam tempoh penguatkuasaan PKP ini.

Pengusaha ternakan sangkar Kampung Paya Kecil, Mohamad Fikri Abdul Rahman, 30, berkata, kemungkinan akan berlaku lambakan ikan ternakan di Sungai Semantan dan Sungai Pahang berikutan tiada permintaan dan peluang dipasarkan ke luar.

“Kira-kira 10 tan ikan patin di sangkar milik saya belum mendapat pasaran dan sekiranya masih lagi tidak dijual minggu ini menyebabkan saya menanggung kerugian kerana terpaksa membelanjakan makanan untuk melanjutkan hayat ikan ini.

“Mulai PKP Mac tahun lalu, pengusaha di sini tidaklah berdepan tekanan pasaran seteruk ini malahan masih ada pemborong dan pelanggan walaupun pasarannya mula nampak perlahan,” katanya Kampung Paya Kecil dekat sini kelmarin.

Rakannya, Norzainal Faridan Zainal Abidin, 30, berkata, sebelum ini ikan patin boleh laku kira-kira 100 kilogram (kg) sehari berbanding apabila sejak bermulanya PKP cuma 10 kg mampu dipasarkan malahan tidak berbaloi menampung belanja membeli makanan ikan yang harganya terus meningkat.

“Kami hanya bergantung pesanan pelanggan tempatan yang dipasarkan secara COD itupun dalam kuantiti yang amat sedikit dan langsung tidak pulang modal belanja pengurusan ternakan ini.

“Kita berharap kerajaan membantu masalah kami pengusaha ikan sangkar di sini dengan memberikan kelonggaran atau kemudahan menghantar ikan patin ke negeri lain seperti yang dilakukan sebelum ini,” ujarnya.- UTUSAN  ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya